
Menara tertinggi di Malaysia, Menara Merdeka 118 baru-baru ini rasmi dinamakan semula sebagai Menara Merdeka Maybank, susulan perpindahan ibu pejabat kumpulan perbankan itu ke bangunan mercu tanda berkenaan.
Menerusi sebuah kenyataan, Maybank memaklumkan perubahan nama tersebut mencerminkan kehadiran syarikat itu di Menara Merdeka Maybank yang kini menjadi lokasi rasmi ibu pejabat baharunya. Alamat berdaftar baharu Maybank kini berada di Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.
Difahamkan, penjenamaan semula itu turut melibatkan bangunan lama Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank.

View this post on Instagram
Dalam kenyataan sama, Maybank memaklumkan bangunan tersebut akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak, selaras dengan perubahan identiti kedua-dua bangunan terbabit.
“Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.”
“Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026,” jelas kenyataan itu.

Walaupun berlaku perubahan nama dan perpindahan ibu pejabat, Maybank memberi jaminan bahawa operasi perkhidmatan kepada pelanggan tidak akan terjejas.
Cawangan Utama Kuala Lumpur yang sebelum ini beroperasi di Menara Maybank akan terus menjalankan urusan perbankan dari Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.
BACA: Merdeka 118: Bangunan Ikonik Malaysia Diiktiraf Bangunan Tinggi Terbaik Dunia 2025
BACA: Pasangan Panjat Merdeka 118 Buktikan Foto-Foto Tidak Palsu, Siap Puji Sekuriti Menara Bagus
Sementara itu, Maybank turut menjelaskan bahawa penamaan semula tersebut tidak memberi kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan berkenaan. Selain itu, semua perkhidmatan serta urusan perbankan akan diteruskan seperti biasa.
Sumber: Maybank
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!







