Pasangan warganegara Rusia yang tular pada minggu ini setelah mendedahkan foto-foto mereka memanjat menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur baru-baru ini telahpun menerima implikasi perbuatan mereka itu setelah disahkan akan disiasat oleh pihak polis atas kesalahan meneroboh.
Ivan Beerkus dan Angela Nikolau.
Terdahulu dalam laporan REMAJA mengenai aktiviti ‘daredevil’ yang dilakukan oleh Ivan Beerkus dan Angela Nikolau ini, ramai warganet Malaysia telah tampil mengkritik keberanian mereka yang ‘tidak kena pada tempat’ ini.
Lantas, setelah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman kelmarin berkata pihaknya akan memanggil Ivan dan Angela untuk merakam kenyataan mereka atas tuduhan menceroboh; sebahagian besar warganet merasakan tindakan itu adalah wajar.
Biarpun Ivan dan Angela sudah bergelar pendaki profesional pelbagai bangunan pencakar langit di seluruh dunia sekaligus mempopularkan setiap satu tarikan tersebut, warganet merasakan keberanian mereka di menara Merdeka 118 tidak seharusnya berlaku.
Tambahan pula, menara itu masih belum beroperasi secara rasmi dan belum dibukan kepada umum.
*
Ads
Bagaimanapun, tetap wujud segelintir warganet yang memuji keberanian pasangan dari Rusia ini.
Menerusi hantaran video terbaru di Instagram Ivan dan Instagram Angela, mereka berdua membuktikan bahawa foto-foto yang tular sebelum ini bukannya palsu dan mereka benar-benar telah mendaki hingga ke puncak menara kedua tertinggi di dunia itu.
Pada ketinggian 679m atau 2,227 kaki, Ivan dan Angela berjaya berselindung daripada ‘ditangkap’ kamera berlitar tutup (CCTV) dan pegawai keselamatan yang bertugas di tapak menara.
Ads
“Semasa pendakian di aras 118, hanya kaki kami sahaja yang terkesan.
“Ada sahaja kes-kes di mana pendaki (di menara Merdeka 118) telah ditangkap sebelum kami. Tiada siapa yang boleh ke sana tanpa dikesan,” kata Ivan yang menjelaskan bahawa mereka berdua sering melakukan ‘homework’ atau kajian terlebih dahulu.
Tambahnya lagi, “Sekuriti bangunan benar-benar melakukan kerja yang bagus. Kami memerlukan masa yang lama untuk naik dan turun dari menara ini tanpa ditangkap.
“Ia adalah pendakian paling sukar dalam hidup saya,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang masih ingat lagi tentang seorang remaja yang viral di TikTok kerana dikatakan mempunyai suara mirip penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, kini nampaknya tuah menyebelahi pemuda yang bernama Boby Fahsai apabila kehadirannya telah diperhatikan oleh komposer terkenal Melly Goeslow.
Semalam, penyanyi dan komposer Indonesia itu telah memuat naik nyanyian Boby yang katanya telah menerima banyak DM memberitahu bahawa remaja ini telah menyanyikan semula beberapa lagu nyanyinya dengan baik sekali.
Melly juga turut memuji bakat Boby atau nama sebenarnya Mohamad Haziq Yunus, dan berharap untuk bertemu dengan pemuda berbakat ini.
Remaja berkesempatan menemubual Boby untuk bertanyakan tentang berita gembira ini dengan lebih lanjut.
“Saya betul-betul tak sangka pada jam 12 tengah malam semalam, Melly Goeslow menghantar DM di Instagram saya. Jujur, saya memang sangat teruja dan terkejut kerana Melly adalah legenda Indonesia yang banyak menghasilkan karya-karya hebat. Saya memang meminati beliau sejak dari dulu lagi. Bayangkan dapat DM dari artis Indonesia pada waktu tengah malam, memang saya tak dapat tidurlah,” jelasnya sambil tertawa.
Apa yang lebih menariknya, Melly bukan hanya memuat naik memuji bakat anak kelahiran Sarawak ini, malah dia juga turut meminta nombor telefon dan bertanya dimana tempat tinggal Boby. Ada satu berita gembira yang diterima dan sudah tentu jika ia benar-benar terjadi, ini merupakan satu kejayaan buat anak muda ini.
“Melly juga ada bercakap dengan saya bahawa beliau berminat untuk membuat rakaman semula lagu Cinta daripada nyanyian versi saya. Dia nak buat recording baru, tapi version saya. Namun, katanya disebabkan pandemik COVID-19 di Indonesia masih lagi teruk, jika diizinkan Allah kami boleh berjumpa atau katanya berjumpa secara virtual pun boleh juga,” jelasnya lagi.
Wah, tahniah Boby. Kami doakan agar projek ini dipermudahkan dan sudah tentu ia bakal menjadi kebanggaan industri muzik tanah air kerana anak muda yang bukannya seorang penyanyi, dapat berkolaborasi bersama komposer terkenal Indonesia.
Boby juga turut mengatakan bahawa jumlah pengikutnya di Instagram naik mendadak, daripada 10 ribu followers kepada lebih daripada 31 ribu followers setakat ini.
“Selepas daripada Melly Goeslow memuat naik tentang saya di instagramnya, followers IG saya juga naik mendadak. Saya juga turut menerima banyak DM daripada pengikut dari Indonesia,” tambahnya lagi.
Semoga bakat nyanyian anak muda ini dapat lagi digilap dan diketengahkan bagi menyerikan lagi industri muzik di negara kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang Touch n Go eWallet lancar kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM30, sudah tiba masanya apabila esok merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Menteri Kewangan Lim Guang Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan itu di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat. Tiga pengendali e-dompet terpilih adalah Grab, Boost dan termasuklah Touch n Go.
Korang yang berumur 18 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima wang e-tunai tersebut.
Menurut laporan Malaysiakini lagi, pengendali e-dompet juga akan menambahbaik pemberian RM30 wang percuma yang dibiayai oleh kerajaan dengan memberi insentif tersendiri.
Ini bermakna, korang yang layak mungkin akan menerima lebih daripada RM30 melalui inisiatif tersebut dan jumlahnya akan diumumkan sendiri oleh tiga pengendali berkenaan esok.
Inisiatif ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga terutamanya dalam sektor runcit.
So apa lagi guys, esok seawal jam 8 pagi korang dah boleh tebus di aplikasi yang dinyatakan tadi.
Cubalah buat, mana tahu ada rezeki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anggota kumpulan Kpop popular BTS iaitu V muncul sebagai selebriti lelaki Korea paling kacak pada tahun ini.
Namun untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama V memenangi jolokan itu kerana dia juga pernah dinobat sebagau lelaki paling kacak dunia pada tahun 2017.
Ranking ini dikeluarkan oleh Entertainment Award dan V BTS diumumkan sebagai pemenang setelah mereka mengira undian sejak 20 September 2019 hingga 19 Oktober lalu.
Bukan calang-calang ye calon selebriti yang bertanding untuk merebut ‘Lelaki Korea Paling Kacak 2019’.
87 orang selebriti Korea popular tersenarai dan ia termasuklah Jungkook (BTS), Taeyong (NCT 127), Song Joong Ki, Lee Minho, Jimin, Kim Seok Jin dan ramai lagi.
Namun V BTS atau nama sebenarnya Kim Tae-Hyung berjaya menyambar gelaran ini dengan rupa parasnya yang kacak! Malah doktor pakar pembedahan plastik juga kagum melihat kekacakan wajah V!
Pada tahun 2017, BTS V telah dinobatkan sebagai juara undian World’s Most Handsome Man. Ternyata, rupa paras V telah mendapat pengiktirafan dunia sejak dahulu lagi.
Korang setuju tak? Atau ada idola Korea korang yang lebih kacak daripada V?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!