Bangunan ikonik negara, Merdeka 118, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila diiktiraf sebagai Bangunan Tinggi Terbaik Dunia 2025 oleh Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH), sebuah badan global berpangkalan di Chicago, Amerika Syarikat.
Pengiktirafan ini menjadikan Merdeka 118 bukan sekadar simbol kebanggaan rakyat Malaysia, tetapi juga bukti kemampuan anak tempatan menghasilkan karya seni bina bertaraf dunia yang mengutamakan inovasi dan kelestarian alam sekitar.
Bangunan Kedua Tertinggi Dunia, Inspirasi Dari Laungan Merdeka
Dengan ketinggian mencecah 678.9 meter, Merdeka 118 kini menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai. Reka bentuknya yang tajam dan menegak diinspirasikan daripada detik bersejarah laungan “Merdeka!” oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 dan simbol semangat perjuangan, kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia.
Menara ini dibangunkan oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd., anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebagai sebahagian daripada pembangunan semula kawasan bersejarah Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Ads
Reka Bentuk Hijau & Teknologi Pintar Merdeka 118
Lebih membanggakan, Merdeka 118 turut menerima pensijilan Platinum GreenRE dan LEED, dua pengiktirafan tertinggi dunia untuk bangunan hijau. Sistem pengurusan tenaga, pencahayaan serta penggunaan air di bangunan ini direka bagi meminimumkan pelepasan karbon dan menjimatkan tenaga.
Pendekatan ini menjadikan Merdeka 118 bukan hanya simbol kemodenan, tetapi juga pelopor pembangunan lestari di Asia Tenggara, membuktikan kemajuan boleh dicapai tanpa menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Ads
Destinasi Baharu Gaya Hidup Moden
Selain ruang pejabat dan kediaman mewah, menara Merdeka 118 turut menempatkan hotel lima bintang, pusat beli-belah premium, galeri seni dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Kuala Lumpur. Kawasan sekitarnya juga dibangunkan dengan ruang hijau awam yang mesra komuniti.
Merdeka 118 bukan hanya destinasi pelancongan baharu, malah menjadi simbol kemajuan Malaysia menuju masa depan yang mampan, moden dan beridentiti nasional.
Bagi generasi muda, Merdeka 118 membawa mesej penting bahawa kemajuan negara boleh dibina dengan jati diri dan tanggungjawab terhadap alam. Ia menjadi bukti bahawa kreativiti, teknologi dan nilai murni mampu digabungkan untuk membina masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan.
Bangunan ini bukan sekadar menara pencakar langit, tetapi manifestasi semangat Malaysia yang tidak pernah berhenti bermimpi dan berinovasi.
Inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, bermula hari ini di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.
Prosiding ini dijangka berlangsung selama 17 hari hingga 30 September depan dengan kira-kira 70 orang saksi akan dipanggil memberi keterangan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, akan bertindak sebagai koroner sepanjang prosiding.
Antara saksi utama termasuklah pakar patologi yang melakukan bedah siasat terhadap Allahyarham.
Inkues ini diadakan selepas Zara ditemui tidak sedarkan diri di sekolah agamanya pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari kemudian.
Kes tersebut mencuri perhatian masyarakat apabila pemimpin negeri, aktivis dan NGO mendesak agar siasatan rapi dilakukan demi mencari keadilan untuk keluarga Allahyarham.
Sebelum ini, pada 8 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan kubur Zara digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, Sipitang.
Lima hari kemudian, AGC memutuskan satu inkues perlu dijalankan bagi menentukan punca serta keadaan kematian termasuk sama ada wujud unsur jenayah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Aufahanie meminta orang ramai tidak menyebarkan mana-mana gambar arwah abangnya, Allahyarham Nidza Afham di tempat kejadian, di media sosial.
Menerusi coretan di Instastory, penyanyi lagu Geming Jiwa itu menitipkan harapan agar warganet hormat perasaannya dan keluarga yang baru sahaja kehilangan seorang ahli keluarga tercinta mereka.
“Tolong jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke sosial media anda.
“Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” minta Aufahanie.
Malam tadi, pihak polis Selangor mengesahkan mayat seorang lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang ialah penyanyi meningkat naik, Nidza Afham sekitar jam 7 malam.
Terdahulu, adik Allahyarham iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Aufahanie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik – Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.
Insiden menyayat hati itu melibatkan sekumpulan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ketika kejadian sedang dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu.
Bas yang membawa penuntut tersebut telah bertolak dari Jerteh kira-kira jam 9 malam dan kemalangan dilaporkan berlaku lebih kurang empat jam kemudian, sekitar 1.10 pagi, menurut laporan awal Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Perak.
Hasil siasatan awal mendapati 13 mangsa maut di tempat kejadian, manakala dua lagi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Gerik.
Selain itu, sejumlah besar mangsa lain turut mengalami pelbagai tahap kecederaan – dengan tujuh orang kritikal dan dirawat di zon merah, 20 cedera sederhana (zon kuning) dan enam lagi dalam keadaan stabil (zon hijau).
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung punca nahas, manakala proses pengecaman dan pengesahan identiti mangsa masih diteruskan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.