Sebuah lagi filem horror, Polaroid bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Dan macam biasa, kami nak belanja korang menonton wayang percuma bersama team Remaja.
Polaroid menceritakan tentang seorang pelajar sekolah yang bernama Bird Fitcher secara tidak sengaja menjumpai kamera Polaroid lama yang mempunyai kisah misteri disebaliknya. Sesiapa yang gambarnya diambil dengan kamera tersebut pasti akan mati dalam keadaan tragik.
Ads
Bird dan rakan-rakannya bergelut untuk menyelamatkan diri, selain perlu menyelesaikan misteri sumpahan kamera, sebelum mereka semua mati!
Dibintangi oleh Kathryn Prescott, Katie Stevens dan Madelaine Petsch, filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 Mei nanti.
Ads
Kalau nak menang dua tiket percuma filem ini dan tonton bersama kami, sertai peraduan #WayangRemaja dengan hanya menjawab soalan mudah.
Setiap kali tibanya akhir tahun, semua orang pasti teringatkan akan musim perayaan dan percutian.
Seperti biasa pada setiap tahun, produk jenama Korea Selatan, innifree kembali 'memanjakan' kita dengan koleksi Holidays mereka. Bukan saja ia istimewa kerana hadir dalam saiz berbeza, malah ia juga mempunyai rekaan packaging dan botol comel untuk tahun 2019!
Jom tengok 5 produk kegemaran REMAJA.
01
Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Serum (160ml)
Produk kegemaran ramai ini datang dalam saiz dua kali ganda untuk kamu yang tidak pernah gagal memakainya pada setiap hari. Semua tahu Green Tea Seed Serum ini merupakan produk berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. RM152
02
2019 Green Holidays Mood Up Party Palette
Terlalu sibuk untuk mencari palet eyeshadow dan blusher untuk akhir tahun ini? Apa kata korang beli saja produk yang digabungkan ini! Terdapat 12 warna solekan mata dan 4 pemerah pipi yang sesuai untuk solekan glitter, pastel dan matte. RM155
03
2019 Green Holidays Perfumed Hand Cream Set (x3)
3 botol krim tangan 30ml ini adalah produk terbaik jika kamu dan BFF teringin mendapatkan seorang satu. Telapak tangan dan lengan akan kekal wangi dan lembap sepanjang hari. Just one thing, kenalah rebut rekaan tube kegemaran kamu bertiga! RM51
04
2019 Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Cream (100ml)
Mengapa dapatkan versi saiz normal sekiranya korang boleh dapat saiz – uh – JUMBO dan dalam tub comel seperti ini, Tekstur gel kegemaran ramai ini dapat memelihara warna kulit kamu agar ia kekal sekata dan sihat sepanjang akhir tahun ini. RM142
05
2019 Green Holidays Bright Music Notes Scented Candle (60g)
Akhir sekali, kita tak boleh melupakan produk wajib innisfree pada setiap musim akhir tahun ini. Setiap kali mereka mengumumkan koleksi Holidays, pastinya kami akan mendapatkan item lilin yang dijual oleh innisfree.
Tahun ini, ia mempunyai aroma spicy, woody dan musky yang cukup istimewa untuk dinyalakan pada waktu malam. Ia juga datang bersama kotak muzik! RM105
Yang manakah produk kegemaran kamu dari innisfree pada musim Holidays ini? Koleksi Green Holidays ini kini boleh didapati di stor innisfree seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menghadiri sesi temu duga boleh menjadi satu kerisauan, dimana kita rasa panik bila memikirkan soalan apa yang nak ditanya oleh panel interviewer nanti.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Kebiasaannya mesti korang jadi lebih takut sebab tidak yakin untuk berkomunikasi.
Biasanya, soalan-soalan lazim ditanya bagi setiap bakal majikan. Jadi apa yang dikongsi oleh Shafika Nadiraa tentang cara menjawab soalan temu duga dalam Bahasa Inggeris dilihat sebagai salah satu persediaan yang korang boleh lakukan sebelum menghadiri sesi interview.
Nah, jangan malas buat revision. Berikut merupakan antara contoh gaya jawapan yang korang boleh sediakan daripada awal.
Apa yang perlu korang jawab:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handily any kind of task with minimal supervision.
Apa yang perlu korang jawab:
My name is Carl. I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated.
Apa yang perlu korang jawab:
I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.
Majikan yang bakal mengambil korang kerja ni mungkin bakal menjadi bekas majikan korang juga. So, jangan tunjuk yang korang suka memburukkan bekas majikan.
Apa yang perlu korang jawab:
I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field.
Apa yang perlu korang jawab:
I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time.
Jangan beritahu tentang kelemahan korang. Tak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan yang korang ada.
Apa yang perlu korang jawab:
I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience.
Apa yang perlu korang jawab:
I’m a team player, I work well under pressure and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.
Jadi, sebelum nak pergi interview tu, korang dah boleh la ready jawapan siap-siap okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon wanita drama Business Proposal telah disahkan positif COVID-19 dan pihak pengurusannya, Jellyfish Entertainment telah pun membuat kenyataan rasmi bahawa Kim Sejeong akan menghentikan sementara semua aktivitinya.
Kim Sejeong kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan terpaksa menangguhkan pertemuan bersama peminat yang akan datang “Sejeong’s Sesang Diary” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2022. Walau bagaimanapun, pelakon itu telah pun menyelesaikan penggambaran drama Business Proposal dan hal ini tidak akan menjejaskan waktu siaran rancangan tersebut.
Dalam satu kenyataan rasmi yang telah dibuat, pihak pengurusannya menjelaskan bahawa pelakon itu disahkan positif selepas melakukan ujian PCR. Kim Sejeong turut dinyatakan telah menerima dua dos vaksin dan kini sedang dalam proses pemulihan.
Segala urusan kerja dan sesi bertemu peminat dibatalkan, pihak mereka turut meminta maaf dan akan membuat susulan dengan lebih terperinci berhubung perkara tersebut melalui satu kenyataan lain.
Get well soon Kim Sejeong!
**Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.