Setiap kali tibanya akhir tahun, semua orang pasti teringatkan akan musim perayaan dan percutian.
Seperti biasa pada setiap tahun, produk jenama Korea Selatan, innifree kembali 'memanjakan' kita dengan koleksi Holidays mereka. Bukan saja ia istimewa kerana hadir dalam saiz berbeza, malah ia juga mempunyai rekaan packaging dan botol comel untuk tahun 2019!
Jom tengok 5 produk kegemaran REMAJA.
01
Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Serum (160ml)
Produk kegemaran ramai ini datang dalam saiz dua kali ganda untuk kamu yang tidak pernah gagal memakainya pada setiap hari. Semua tahu Green Tea Seed Serum ini merupakan produk berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit. RM152
02
2019 Green Holidays Mood Up Party Palette
Terlalu sibuk untuk mencari palet eyeshadow dan blusher untuk akhir tahun ini? Apa kata korang beli saja produk yang digabungkan ini! Terdapat 12 warna solekan mata dan 4 pemerah pipi yang sesuai untuk solekan glitter, pastel dan matte. RM155
Ads
03
2019 Green Holidays Perfumed Hand Cream Set (x3)
3 botol krim tangan 30ml ini adalah produk terbaik jika kamu dan BFF teringin mendapatkan seorang satu. Telapak tangan dan lengan akan kekal wangi dan lembap sepanjang hari. Just one thing, kenalah rebut rekaan tube kegemaran kamu bertiga! RM51
Ads
04
2019 Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Cream (100ml)
Mengapa dapatkan versi saiz normal sekiranya korang boleh dapat saiz – uh – JUMBO dan dalam tub comel seperti ini, Tekstur gel kegemaran ramai ini dapat memelihara warna kulit kamu agar ia kekal sekata dan sihat sepanjang akhir tahun ini. RM142
Ads
05
2019 Green Holidays Bright Music Notes Scented Candle (60g)
Akhir sekali, kita tak boleh melupakan produk wajib innisfree pada setiap musim akhir tahun ini. Setiap kali mereka mengumumkan koleksi Holidays, pastinya kami akan mendapatkan item lilin yang dijual oleh innisfree.
Tahun ini, ia mempunyai aroma spicy, woody dan musky yang cukup istimewa untuk dinyalakan pada waktu malam. Ia juga datang bersama kotak muzik! RM105
Yang manakah produk kegemaran kamu dari innisfree pada musim Holidays ini? Koleksi Green Holidays ini kini boleh didapati di stor innisfree seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat korang yang tengah nak beli kereta, beberapa jenama kereta termasuk keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan termasuklah model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen akan turun harga.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.
Wah, kalau macam ni ada chance la korang nak tukar kereta baru kan. Hiks!
Jom kita tengok antara senarai kereta yang bakal diturunkan harga.
1. Perodua Axia
Harga: RM40,390
Sebelum ini: RM41,497
2. Perodua MyVi 1.5
Harga: RM54,090
Sebelum ini: RM55,300
3. Honda Jazz 1.5
Harga: RM83,633
Sebelum ini: RM85,750
4. Toyata Vios
Harga: RM93,200
Sebelum ini: RM93,980
5. BMW
Harga: RM185,800
Sebelum ini: RM188,800
6. Volkswagen Polo
Harga: RM74,900
Sebelum ini: RM76,888
Moga dengan penurunan harga kereta ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang untuk beli kereta sendiri. Namun begitu, ukur baju di badan sendiri ya. Jangan sebab harga kereta turun, korang pergi beli yang diluar kemampuan pula.
Menurut kenyataan tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu akan melakukan sesi rakaman terakhir pada 30 Oktober ini.
“Pelakon Jeon So Min akan meninggalkan rancangan Running Man SBS selepas sesi rakaman terakhirnya pada 30 Oktober.
“Selepas perbincangan yang panjang dengan pasukan produksi, diputuskan bahawa dia memerlukan masa untuk berehat dan mengisi semula tenaga supaya dia boleh mempamerkan sisi yang lebih baik daripada dirinya melalui aktiviti masa depannya, termasuk lakonan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada penonton yang bersama Jeon So Min selama enam tahun yang lalu, kedua-duanya ketawa dan menangis. Kami meminta sokongan dan kasih sayang anda untuk Jeon So Min pada masa hadapan,” jelasnya.
Untuk info, pelakon jelita itu menyertai rancangan kegilaan ramai tersebut bermula pada April 2017.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesudahan drama popular, Budak Tebing 2 akhirnya terjawab juga setelah ia melabuhkan tirai episod terakhir sebentar tadi.
Drama lakonan Adam Lee, Aedy Ashraf, Eyka Farhana, Bella Dowanna, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin, Nelissa Nizam dan Imran Aqil ini telah membuka mata khalayak mengenai isu yang selalunya tidak dipertontonkan di slot drama utama Malaysia.
Isu kekeluargaan, persahabatan, jenayah dan penderaan kanak-kanak umpamanya adalah isu-isu yang berlaku dalam realiti kehidupan kita semua. Mungkin di situlah kekuatan Budak Tebing 2 yang tidak gentar untuk memaparkan keadaan sebenar masyarakat dalam bentuk naskah drama 13 episod.
REMAJA berpeluang menemubual salah seorang pelakonnya, Fariz Isqandar yang terkenal dengan watak Yoyol iaitu adik kepada Arif (lakonan Adam Lee) baru-baru ini menerusi sesi Instagram Live : Remaja Dengar Kata.
Susah tak sebenarnya untuk Fariz bawakan watak Yoyol dan apakah perancangan seterusnya?
Babak mana yang paling mencabar untuk Fariz? F : Ada satu babak di mana saya perlu menangis seorang diri di dalam bilik. Babak itu saya rasakan fuh, beratnya.
Yoyol terpaksa menghadap pelbagai perkara yang serabut; dengan bapanya, dengan orang di sekeliling yang menipunya. Kawan dan abang dia juga buat perangai. Dalam babak tersebut, saya jatuh ke lantai bilik dan terus menangis.
Tapi kalau babak bersama Abang Adam, besar kemungkinan babak berlawanlah. Tidak susah tetapi penat.
Ramai berpendapat 13 episod adalah terlalu pendek. Fariz setuju? F : Jika kita lihat feedback dari musim pertama, mereka meminta untuk musim kedua. Dan apabila musim kedua disahkan sedang menjalani penggambaran pada masa itu dan kami memberitahu Budak Tebing 2 hanya akan ditayangkan selama 13 episod; mereka sudah meminta agar ia dipanjangkan.
Mungkin musim ini dikhaskan untuk 13 episod saja. Mungkin juga produksi ingin sekali memanjangkannya, namun disebabkan PKP kami terpaksa akur dengan kekangan penggambaran. Kita doakan bakal ada musim ketiga, siapa tahu?
Apakah watak dalam drama Budak Tebing 2 yang diminati Fariz? F : Saya meminati dua watak iaitu Pablo (lakonan Pablo Amirul). Signature dia makan cupcake memang comel! Kedua ialah watak Talam (lakonan Firdaus Ghufran) kerana wataknya yang blur nampak menarik.
* Imran Aqil (yang membawakan watak Pijoy) turut berada dalam perbualan dan berkongsi pendapatnya mengenai Fariz. *
I : Kalau saya boleh tambah sedikit. Saya beruntung kerana mendapat sparringpartner seperti Fariz kerana bukan saja dia seorang yang baik dan peramah. Dia juga tidak sombong berkongsi pengalaman 8 tahunnya dalam dunia lakonan bersama saya,.
Fariz selalu memastikan saya bersedia sebelum penggambaran dimulakan. Jika dia perlu menolak saya di mana-mana bahagian badan, dia akan pastikan saya tahu perkara itu. Working with him is a pleasure with me.
Watak Yoyol dalam Budak Tebing terbukti berbekas di hati penonton.
Bagaimana Fariz mengambil cabaran mengambil watak-watak berlainan genre selepas ini agar penonton tidak mengaitkan diri dengan Yoyol? F : (Berfikir) Sejak di bangku sekolah, saya sudah ceburi bidang teater. Dari usia itu lagi, saya sudah meletakkan mindset; ‘Sekiranya aku perlu bawa watak berlainan, bagaimana aku hendak lupakan watak yang aku sudah selesa bawa?’
Memang benar, saya selesa dengan watak Yoyol. Penonton kenali saya pun sebagai Yoyol, orang pun masih susah nak panggil saya Fariz. Jadi, solusinya hanya satu. Saya perlukan alter ego. Saya kena ada split personality. Tanpa alter ego, sampai bila-bila pun imej Yoyol itu akan melekat dengan saya.
Jika untuk projek drama seterusnya, saya akan gunakan alter ego dengan ‘memasukkan diri’ ke dalam watak baharu. Apabila saya into the charater, watak Yoyol itu mudah untuk saya lupakan. Contohnya jika saya bawakan watak cacat, saya akan dalami pergerakannya, cara dia bercakap dan cara pemikirannya.
Adakah Fariz inginkan peluang untuk ke negara seberang?
F : Sudah tentu. Bagi yang tidak tahu, saya suka menulis puisi dan inspirasi saya banyak datang dari Indonesia. Saya ingin sekali ke sana untuk belajar cara mereka bekerja di set penggambaran, belajar budaya mereka dan mengutip pengalaman daripada para pelakonnya.
Apa yang Fariz hendak sampaikan kepada penonton yang setia bersama Budak Tebing 2 dari awal hingga episod ke-13? F : Saya harap mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Jika korang rasa susah, ingat ada orang yang lebih susah. Jika korang rasa serabut dengan banyak konflik, ada orang yang lebih banyak konflik di luar sana.
Jika kawan korang senyum dan gelak memanjang, tidak semestinya dia tidak mempunyai masalah. Saya harapkan melalui watak Yoyol ini, korang akan lebih menghargai kawan, keluarga dan orang di sekeliling. Selalunya ringankan mulut bertanya sama ada mereka okay ataupun sebaliknya.
*
Tonton temuramah penuh kami bersama pelakon Budak Tebing 2:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!