
Tahu tak kenapa kulit wajah wanita Korea kelihatan gebu dan mulus? Ini kerana mereka memiliki rutin penjagaan kulit yang sangat rapi! Ya, mereka cukup menjaga rutin penjagaan wajah dan hasil usaha gigih demi mendapatkan wajah yang cantik dan licin.
innisfree, label skincare yang menonjolkan penggunaan bahan-bahan semulajadi dari Pulau Jeju baru saja memperkenalkan rangkaian produk terbaru, iaitu Jeju Cherry Blossom. Rangkaian produk ini memiliki fungsi utama untuk mencerahkan kulit wajah secara semulajadi dan tampak natural.

Salah satu produk yang wajib di highlight dari rangkaian Jeju Cherry Blossom ini adalah Jeju Cherry Blossom Tone Up Cream yang ektrak dari daun Cherry Blossom.


Rangkaian Jeju Cherry Blossom dihadirkan dalam 4 produk, yaitu Jeju Cherry Blossom Tone Up Cream, Jeju Cherry Blossom Jelly Cream, Jeju Cherry Blossom Lotion, dan Jeju Cherry Blossom Skin yang kesemuanya dihasilkan dengan esktrak Jeju cherry leaf dan Betaine semulajadi untuk menghasilkan wajah yang lebih cerah, lembap dan lembut.

Justeru itu, bersempena dengan pelancaran rangkaian yang baru ini,innisfree menjemput inni-friends dan penggemar produk kecantikan untuk hadir ke JejuCherry Blossom Tone-up Pop Up yang akan diadakan di beberapa lokasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang bermula dari17 September hingga 6 Oktober 2019.

Lokasi & Tarikh
17—18 September Iconic E, Taylor’s Lakeside Campus
21—22 SeptemberTown Park, MyTOWN Shopping Centre
26—29 SeptemberNorth Zone, Queensbay Mall, Pulau Pinang
4—6 OktoberPremier Terrace, Lot 10 Shopping Centre

So apa tunggu lagi, harga produk bermula dari RM 65, pengguna boleh membeli produk-produk baru ini di semua kedai innisfree di seluruh negara. Lets..!

Jika sudah amalkan rutin ini, tahniah! Korang berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit merengsa.
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.







