Drama rantaian popular di saluran Astro Prima iaitu Angkara Cinta telahpun melabuhkan tirainya pada minggu lalu dan memberi laluan kepada sebuah drama adaptasi berjudul Hati Yang Dikhianati yang menemui penonton hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Bintangi Drama Adaptasi MISTRES HERMANAS, Mengapa Arena Wan Beremosi Pula? – REMAJA
Begitupun, Angkara Cinta masih segar di minda penonton yang setia menanti di hadapan kaca televisyen setiap jam 6 petang demi mengikuti drama 115 episod itu.
Salah satu faktor utama yang menarik begitu banyak tontonan setiap kali ditayangkan terletak pada gandingan dua orang pelakon terajunya iaitu Hun Haqeem dan Meerqeen.
Meerqeen sewaktu ditemui REMAJA hari ini mengaku chemistry di antara mereka berdua semakin kuat hingga ke penggambaran babak terakhir.
“Meerqeen banyak belajar dari episod satu hingga terakhir. Banyak sangat perasaan yang ada semasa penggambaran tamat, sedih dan gembira itu bercampur-aduk.
“Meerqeen dan Hun (Haqeem) sendiri pun dah menjadi sahabat yang saling memahami perangai masing-masing. Kami lebih seperti ‘brothers’.
“Sebagai pendatang baharu, banyak kata-kata semangat, tip do’s & don’ts yang Hun berikan kepada Meerqeen; melebihi soal lakonan dalam set pengggambaran sahaja.
“Jadi bila kita dah selalu berborak tentang Angkara Cinta di set, tentulah kami sayangkan drama rantaian ini hingga air mata kami tertumpah selepas drama tersebut tamat secara rasmi,” kongsi pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu.
Bercakap mengenai chemistry, ramai juga peminat Meerqeen yang memberikan ‘tanda restu’ sekiranya dia benar-benar bersama dengan pasangannya dalam Angkara Cinta iaitu pelakon, Yuna Rahim.
But we are sorry to break this to you, that may not happen at all.
“Realitinya, hubungan Meerqeen dan Yuna di luar set amat berbeza daripada di dalam set Angkara Cinta. Kami ini individu yang ‘gila-gila’ di luar set, kami sudah seperti kakak dan adik.
“Apapun, kepada peminat drama Angkara Cinta yang telah memberi sokongan dari awal hinggalah ke episod 115 minggu lepas, terima kasih banyak-banyak. Andalah pemberi motivasi kepada team Angkara Cinta untuk teruskan momentum.
“Tanpa penonton, karya ini tidak akan menjadi sebutan dan trending seperti sekarang,” tambahnya.
Anda mungkin berminat dengan
Enggan Masuk Campur
Biarpun drama Angkara Cinta diminati ramai, ia tidak terlepas daripada dipalit kontroversi.
Ia berikutan pendedahan insiden fosil berusia jutaan tahun yang dirosakkan di Gua Matsoorat, Ipoh. Gua tersebut yang merupakan salah satu lokasi penggambaran juga menjadi ‘mangsa’ kepada kesan contengan grafiti pada dinding gua dan menyebabkan kemarahan warganet.
Biarpun isu tersebut hangat diperkatakan, sebagai salah seorang pelakonnya, Meerqeen lebih selesa mengambil langkah untuk tidak masuk campur terhadap siasatan yang dilakukan.
“Meerqeen percaya (pelakon Angkara Cinta) juga enggan masuk campur dengan kontroversi tersebut demi mengelakkan sebarang vibe negatif yang boleh menggangu konsentrasi kami sewaktu masih menjalani penggambaran.
“Jadi, kami serahkan saja isu tersebut kepada pihak pengurusan dan kru untuk kendalikannya,” simpulnya. Tak sabar nak tunggu naskah seterusnya daripada pelakon berusia 19 tahun ini.
∞
Walaupun kita masih didalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun Pencarian Hero Remaja 2021 tetap diteruskan dan bakal menemui penonton tidak lama lagi di kaca televisyen.

Rasanya semua tahu bahawa pertandingan Hero Remaja ini sudah pun bermula sejak tahun 90-an lagi dan melahirkan banyak bintang-bintang besar dalam industri Malaysia. Antara nama besar yang lahir dari Hero Remaja ialah seperti Azhar Sulaiman , Badrul Muhayat, Esma Daniel, Norman Hakim, Eizlan Yusof, Kamal Adli , Fizo Omar, Fatah Amin dan ramai lagi la.
Untuk info semua, sesi ujibakat Hero Remaja 2021 sedang hangat berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan SOP yang ketat dan ditetapkan oleh KKM. Ujibakat ini akan berlangsung hari ini Sabtu 10 April 2021 dan juga Ahad 11 April 2021.





Menampilkan pelakon hebat, Que Haidar sebagai salah seorang juri di casting Hero Remaja hari pertama ini, adakah beliau akan mencari seorang pelakon?
Untuk info semua, ada beberapa stage yang perlu peserta lalui untuk menjadi finalis Hero Remaja ini.
So kalau korang yang berminat untuk sertai pasti kan orang buar research sikit okay. Ingat senang-senang ke nak jadi Hero Remaja ni…hehe
Casting ini masih lagi berlangsung esok. So siapa yang rasa diri dia layak bergelar Hero Remaja 2021. Lets lah!
∞
Merupakan peserta termuda di pencarian Hero Remaja 2021, Syazani mula minat berlakon selepas menonton banyak filem dan drama Korea sewaktu PKP tahun lalu.
Pernah mencuba dalam sesi uji bakat Hero Remaja 2020 tetapi tidak berjaya, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat anak muda ini dan akhirnya berjaya menjadi finalis Hero Remaja 2021.
Menjadikan Ji Chang Wook dan Alif Satar sebagai idolanya dalam bidang lakonan, Syazani tidak sabar untuk meneruskan perjalanan di Hero Remaja 2021 sebagai peserta paling muda dan ingin mencabar dirinya untuk lebih bersinar dan bersaing dengan finalis yang lain.

Siapa sangka anak muda ini juga mempunyai minat untuk mencuba dalam bidang masakan. Jelas Syazani, sepanjang PKP ini dia banyak mencuba resipi yang dikongsi oleh pengguna-pengguna media sosial di Instagram dan antara yang menjadi kegemarannya adalah kek pisang.
“Sebenarnya kalau ikutkan rutin saya, setiap kali selepas bangun tidur saya akan melayari media sosial dahulu untuk mengetahui berita-berita semasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil tahu apa yang berlaku disekeliling kita,”

“Selepas itu, saya akan cuba mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sendiri. Contohnya memasak. Why not kita cuba benda baru daripada tak buat apa-apa di rumah kan?,” jelas Syazani.


Walaupun menjadi peserta paling muda dalam edisi Hero Remaja kali ini, Syazani tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk dia merasakan rendah diri kerana baginya setiap peserta pasti mempunyai kelebihan masing-masing.
Korang juga boleh mengundi Syazani untuk Hero Remaja Favorite 2021 di www.remaja.my.
∞
Mula mencipta nama dalam industri selepas menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997, Wan Shahlim yang mendapat tempat pertama dan juara dalam pertandingan tersebut terus mencipta nama.

Remaja sempat menemuramah Wan Shahlim Wan Abdul Wahab, 43 yang kini merupakan usahawan dan masih aktif dalam bidang seni.


Rezeki menyebelahi Wan Shahlim apabila terpilih sebagai juara pertandingan dan terkini beliau meneruskan bakat dalam bidang pengiklanan tv komersial selain berada di belakang tabir untuk production.
“Mungkin orang tak berapa perasan, tapi Wan Shahlim masih ada dan masih aktif dalam bidang pengiklanan tv komersial selain berada di belakang tabir untuk production.”

Pernah bergandingan dengan Neelofa dalam Drama ‘Red Velvet’ rupanya ada cerita yang ingin dikongsikan oleh juara Hero Remaja 1997 ini.
” Saya sangat terkejut dapat watak jadi bapa Neelofa, masa dapat tawaran dari producer ketika tu saya tengah berkerja dan tidak begitu focus dengan perbualan telefon ketika itu. Lepas balik dan lihat balik perbualan tu memang saya terkejut dapat watak sebagai bapa Neelofa. Role itu agak besar dan itu merupakan first drama saya sebagai Dato Fauzan dalam drama Red Velvet.
Tapi masa lepas habis pertandingan Hero Remaja pada tahun 1997, ketika itu zaman kegawatan ekonomi negara kita. Mungkin bukan rezeki kami ketika itu, industri kita masa itu sangat sunyi, tiada orang berani nak buat drama dan filem.”

Menurut Wan Shahlim, beliau menjadikan Azhar Sulaiman, Sudirman Haji Arshad itu membakar semangat untuk terus berkembang dan bertahan dalam industri seni.
Mengimbau kembali ketika zaman beliau masuk Hero Remaja, menurutnya ketika itu berebut-rebut orang mencuba nasib untuk masuk pertandingan Hero Remaja untuk dijadikan platform memasuki industri seni. Namun rezeki semuanya Allah yang tentukan, we can plan tapi tak tentu itu akan jadi. So tak semestinya kita masuk Hero Remaja kita akan jadi pelakon, artis dan sebagainya.
HERO REMAJA 1997/98 : WAN SHAHLIM
Posted by Remaja on Monday, 18 May 2020
Sempat memberi nasihat kepada semua junior dan Hero Remaja 2020. Ini ucapan Wan Shahlim kepada semua.
“Kena jaga diri, back to basic jaga agama, jaga nama keluarga solat jangan lupa. Kalau jaga semua tu, Insya Allah. Nasihat kepada top 5 pula, please be yourself dan jangan jadi orang lain. Boleh ambil seseorang sebagai idola tapi jangan tiru bulat-bulat.”
Untuk info, Wan Sharlim juga satu batch bersama Arwah Ashraf Sinclair yang merupakan naib juara ketika itu dan diikuti Ash Yuslee ditempat ketiga.

‘
∞