Bagi kebanyakan remaja, jika keluarga memberikan kebenaran untuk kita keluar dari rumah buat sementara waktu, sudah tentu kita tidak sabar-sabar lagi untuk melangkah keluar and just have a good time.
Namun, lain ceritanya dengan pelakon muda, Arena Wan Mun Yi yang terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga demi menjayakan sebuah projek drama adaptasi telenovela iaitu Mistres Hermanas.
Selain dikenali sebagai pelakon drama bersiri SMK Kita di Astro Ceria, Arena turut dikenali menerusi akaun Instagram Adam’s Autism Family yang selalu memuat naik perkembangan keluarga Arena yang dianggotai oleh Adam, seorang adik lelaki autistik.
Justeru, keputusan untuk berpisah dengan keluarga bagi satu tempoh yang agak panjang bukanlah keputusan yang dibuat secara mudah oleh Arena.
“Jujurnya sejak tahun lalu, Arena tercari-cari peluang untuk mengembangkan lagi bakat lakonannya dan ingin memegang watak yang berlainan daripada Lisa Kim yang dibawakan dalam SMK Kita.
“Jadi apabila Global Station memilih Arena untuk membintangi drama adaptasi Mistres Hermanas sebagai Beatriz atau Baby, ini adalah peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskan. Arena rasakan inilah rezeki yang ditunggu-tunggu.”
Foto: Ihsan Arena Wan.
Ads
“Namun, ia juga datang dengan pengorbanan besar apabila Arena terpaksa berpisah dengan keluarga terutamanya Adam dan Ara (adik perempuan). Going out of the house without my family is not something that I often do. Lebih membimbangkan adalah apabila Arena ke lokasi lain pada musim PKP 2.0.
“Ini adalah pengalaman baharu untuk diri Arena sebagai seorang pelakon dan sebagai seorang individu. Arena sentiasa akan menghubungi keluarga apabila ada masa terluang dan tidak akan lupakan restu yang diberikan oleh ayah dan ibu,” kongsi pemegang gelaran Dewi Favourite bagi edisi pencarian Dewi Remaja 2018/2019 ini.
Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan mengirimkan doa menerusi mesej di DM.
Foto: Ihsan Arena Wan.
Ads
Gentar Dibandingkan Dengan Pelakon Original?
Untuk pengetahuan, drama adaptasi Mistres Hermanas ini bakal ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi dan dibintangi oleh Amar Baharin (Santiago), Isyariana (Lisa), Silvia (Mia Nasir), Margarita (Mona Allen), Zamarul Hisham (Agusto), Ruby (Afifah Nasir), Syamim Farid (Barbara), Nabil Aqil (Francisco) dan ramai lagi.
Ini bukanlah kali pertama telenovela negara latin diadaptasi menjadi drama bersiri berbahasa Melayu. Sebelum ini, kita pernah dihiburkan dengan drama seperti Memori Cinta Suraya (A Love To Remember), Manjalara (Mi Gorda Bella) dan Lara Aishah (La Loba).
Persoalannya, adakah Arena sudah bersedia untuk dibandingkan dengan pembawa watak original Beatriz a.k.a Beba iaitu Chantal Baudaux?
“Tentulah ada perasan gentar dalam diri Arena, tapi bukanlah disebabkan perbandingan dengan lakonan Chantal kerana itu adalah normal.
“Arena lebih risaukan sama ada lakonan sebagai Beba dapat membawa kesan kepada penonton memandangkan ramai pencinta telenovela tempatan yang membesar dengan watak Beatriz ini. So I have to meet their expectation.
“Selain memperbaiki lontaran dialog dalam bahasa Melayu, Arena juga banyak mendapatkan tip dan nasihat daripada pelakon lain yang lebih senior di set.
“Sedikit perubahan yang kami lakukan kepada watak Beatriz adalah menukar namanya kepada Batrisyia. Beberapa babak daripada telenovela asal juga perlu diubah agar ia lebih bersesuaian untuk tayangan di Malaysia. Tetapi jangan risau, plot dan jalan ceritanya masih sama untuk korang enjoy,” jelasnya.
*
Tak sabar rasanya nak menantikan Mistres Hermanas versi Malaysia ini! Ia dijangka memasuki slot Tiara yang kini menayangkan drama berisi popular, Angkara Cinta.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acap kali dilihat memainkan watak wanita teraniaya, aktres jelita, Datin Elvina Mohamad kali ini menzahirkan rasa puas apabila diberi peluang membawa watak perempuan ‘gedik’ dan antagonis dalam naskhah terbaharunya berjudul Ternyata Sebuah Bahagia.
Berkata kepada Remaja, pelakon berusia 29 tahun itu memaklumkan sekurang-kurangnya dengab membawa karakter itu dapat menjadikan ia seorang aktor versatil.
“Penonton akan bosan bila kita asyik bawa watak yang sama. Bila saya fikir balik, kenapa kita cuba perkara yang baharu dengan membawa watak yang lain daripada sebelum ini.
“Sekurang-kurangnya kita boleh menjadi pelakon yang versatil, bukan hanya boleh bawa satu karakter sahaja iaitu wanita teraniaya,” katanya.
Selain itu, Elvina turut menekankan bahawa membawa watak-watak berkenaan adalah pengalaman baru yang menarik, berbeza dengan karakter wanita teraniaya yang sering dilakonkan.
“Bila saya dapat watak antagonis ini, saya sangat gembira dan saya sukakannya. Ia kerana, apabila kita bawa watak wanita teraniaya mahupun heroin dalam sesebuah naskhah.
“Kita sentiasa kena jaga perwatakan iaitu perlu menjadi lembut dan baik. Tetapi kali ini, kita boleh buat dialog sendiri ketika pengambaran,” ujarnya lagi.
Pelakon drama popular Cinta Si Wedding Planner itu juga bersyukur apabila pihak produksi menyukai lakonannya, ia sekali gus menandakan langkahnya untuk mencuba watak yang berbeza berhasil.
“Saya akui ada yang mudah, ada yang tak mudah apabila bawa watak perempuan gedik ini. Tapi ia satu perkara yang baharu buat saya. Saya risau juga jika watak ini tidak menjadi atau sebaliknua, tetapi pihak produksi suka apa yang saya lakonkan Alhamdulillah.
“Ya, sudah pastinya saya sangat puas kerana inilah watak yang saya tunggu selama ini. Hari-hari pergi ke set pengambaran pun tak stress. Jadi inilah karakter yang saya tunggu sebelum ini,” tuturnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penggemar filem aksi, francais filem ‘Mission: Impossible” pastinya akan tersenarai sebagai antara filem-filem terbaik dari genre tersebut. Nama Ethan Hunt kini tidak perlu lagi diperkenal dan bagi REMAJA, ia kini seharusnya wajib berada senada dengan nama agen perisikan popular, James Bond.
Jadi kamu sebagai pengikut filem ‘Mission: Impossible’ sudah pasti sangat familir dengan premis dan karakter Ethan Hunt – seorang ehen handalan rahsia daripada pertubuhan IMF. Bagaimana pula cabaran terbaru yang perlu dihadapi oleh Ethan Hunt dalam filem keenam siri filem ‘Mission: Impossible’?
Permulaan ceritanya, Ethan Hunt kini ditugaskan untuk melakukan risikan dan merampas kembali plutonium yang akan dijual kepada pihak pengganas. Namun dia terpaksa bertemu sekali lagi dengan musuhnya, Solomon Lane. Pada masa menjalankan misi, Solomon terlepas dari genggaman pihak berkuasa seterusnya mengancam jutaan manusia dan boleh menyebabkan kemusnahan global yang tak tercapai dek akal!
Ethan Hun yang dilakonkan oleh Tom Crusie kini nampak lebih berusia. Kadangkala dia nampak seakan sudah bosan dengan segala ancaman yang perlu dihadapinya setiap kali munculnya ancaman. Namun ia tidak menghalang dirinya untuk sentiasa melakukan apa sahaja yang perlu demi menjaga keamanan dan menyelamatkan orang-orang yang tidak berdosa.
Selain berdepan ancaman pengganas, Ethan Hunt juga perlu berdepan dengan karenah birokrasi CIA terutamanya dari kuat mereka, Erika Sloan selaku Pengarah CIA. Bagi Erika, pasukan IMF tidak ubah seperti ‘kanak-kanak’ yang bebas bermain di taman permainan tanpa sebarang peraturan.
Konflik dalaman Ethan juga sedikit sebanyak ditonjolkan di dalam sekuel kali ini. Kerisauannya yang tidak pernah padam akan keselamatan Julia yang juga merupakan isterinya dahulu. Dendam Solomon Lane juga bakal menyajikan plot yang memberikan impak sangat besar.
Kemunculan Henry Cavill yang membawa watak sebagai perisik dan pembunuh profesional CIA, August Walker juga cukup memberikan impak besar. Dia ditugaskan oleh Erika Sloan untuk megikuti pasukan IMF bagi mengawasi pergerakan Ethan Hunt dan juga memastikan misi berjalan lancar. Namun, di sebalik itu terdapat motif rahsia yang dibawa oleh August Walker.
Bgai REMAJA, ‘Mission: Impossible – Fallout’ merupakan sebuah filem aksi yang lengkap. Dan tidak salah juga untuk kami katakan bahawa ia merupakan antara filem aksi terbaik tahun ini. Ia telah mula ditayangkan di seluruh negara bermula hari ini. Go check it out!
RATING: 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kesembilan baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku dan menjadikan kelapan-lapan peserta layak ke peringkat suku akhir.
Menerusi tema Mendonia, Ning Baizura meraih markah 73.17 peratus dengan membawakan lagu First Love nyanyian asal Hikaru Utada dan juga duet bersama Zehra Zambri menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang oleh Alyah mendapat pujian para juri.
“Ning banyak improve dan very less error. Dia juga sangat istimewa, sebab bakat dia tu kalau dia tak ada benda ‘special’ tu, tiada syarikat rakaman akan ambil dia dan dia patut maintain level yang dia ada tu,” kata Datuk Ramli M.S ketika ditemui pihak media selepas konsert Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.
Dalam pada itu, persembahan unik dari Fairuz Selamat membawakan lagu Mirai E nyanyian Kiroro No Mori bagaimanapun kurang berjaya memikat hati para juri apabila mendapat markah tercorot iaitu sebanyak 55.54 peratus.
“Bila saya sudah berada di tempat terbawah, ada banyak lagi benda perlu saya belajar dan belum gali lagi. Ini semua rezeki,” komen Fairuz ketika ditanya pihak media selepas konsert #GV11.
Sementara itu, Liza Aziz (73.16%) menerusi lagu Mas Que Nada nyanyian Jorge Ben Jor berada di tempat kedua dan Zehra Zambri (71.04%) di tempat ketiga selepas menyampaikan lagu berbahasa Arab penyanyi asal Pascale Machaalani berjudul Nour El Chams.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!