
Media Hiburan antara majalah hiburan tanah air yang telah lama bertapak dalam industri penerbitan bagi merungkai gossip-gosip selebriti dalam dan luar negara. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama Media Hiburan masih lagi gah menerusi versi digital.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen dengan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahirah, Dato’ Awie dan ramai lagi.


Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka lakukan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini.
Bayangkan apabila photoshoot mereka 30 tahun lalu dikeluarkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan juga 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.

Mesti best kan? Mungkin juga selebriti jemputan ini nak berkongsi rahsia mereka kan?
Dihoskan oleh Radin, jangan lepaskan peluang untuk menonton Media Hiburan Throwback yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sharifah Shahora Buktikan Ilmu Tak Kenal Usia, Berjaya Tamat Pengajian Dengan Ijazah Kelas Pertama!

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak terkenal, Sharifah Shahora melakar satu lagi kejayaan peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Kehadiran beliau mencuri perhatian ramai kerana pencapaiannya diraikan selepas bertahun-tahun memberi komitmen kepada dunia seni dan akademik.
Beliau yang kini berusia 51 tahun, membuktikan bahawa pendidikan tidak mengenal batas usia apabila turut meraih kepujian kelas pertama. Pencapaian itu sekaligus menjadikan beliau antara figura seni yang aktif namun tetap konsisten dalam mengejar ilmu.

Menurut Shahora dalam perkongsiannya di Instagram, kejayaan tersebut merupakan impian yang telah lama diidamkannya. Beliau juga tidak menyembunyikan rasa syukur atas rezeki dan kekuatan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.
“Syukur saya berjaya mencapai impian ini. Saya belajar sejak 2018 dan tamat pada 2022. Ia pengajian jarak jauh di Universiti Utara Malaysia,” tulisnya.
“Lepas ni boleh naik gaji tak?” selorohnya.
Dalam pada itu, pengajian jarak jauh yang diikuti oleh Shahora memerlukan disiplin tinggi, terutama bagi individu yang terlibat dalam jadual kerja seni yang tidak menentu. Namun, kejayaannya membuktikan kemampuan beliau membahagikan masa antara komitmen kerjaya dan akademik dengan baik.
BACA: “I’ve Completed My Degree Abah…” Dina Nadzir Raih Anugerah Graduan Kelas Pertama UUM! Tahniah!
BACA: Inspirasi Luar Biasa! Datuk Dr. Victor Isaacs Raih PhD Undang-Undang Pada Usia 85 Tahun
BACA: Lawan Kanser, Genggam Ijazah! Fatini Alya Buktikan Tiada Yang Mustahil Dalam Hidup

Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial, Shahora sekaligus menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan industri dan peminat. Tidak kurang juga, ramai yang menjadikan kejayaannya sebagai inspirasi untuk terus menuntut ilmu walaupun berdepan kekangan usia atau masa.
Sebagai anak seni yang telah lebih dua dekad aktif dalam industri hiburan tempatan, Shahora sebelum ini dikenali melalui lakonan dan bakat komedi yang konsisten mewarnai dunia seni tanah air. Namun, pencapaian akademik terbarunya memperlihatkan sisi lain komitmen beliau dalam mengembangkan potensi diri.
Sumber: Instagram Sharifah Shahora
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[REVIEW] ‘Ralph Breaks The Internet’ Bawa Mesej Erti Persahabatan Sebenar
![[REVIEW] 'Ralph Breaks The Internet' Bawa Mesej Erti Persahabatan Sebenar 19 [REVIEW] 'Ralph Breaks The Internet' Bawa Mesej Erti Persahabatan Sebenar](https://cdn.remaja.my/2018/11/main-2.jpg)
Disney sekali lagi mengungguli genre animasi menerusi filem terbarunya, ‘Ralph Breaks The Internet’. Filem animasi 3D ini juga bertindak sebagai filem sekuel ‘Wreck-It Ralph’ yang dikeluarkan pada tahun 2012.
Filem yang sarat dengan figura popular dunia permainan video ini membawakan kisah dua karakter kawan baik iaitu Ralph dan Vanellope yang masing-masing mempunyai personaliti unik dan berbeza antara satu sama lain.
Menerusi filem pertama kita dibawa dengan tema terhadap penerimaan diri untuk menjadi berbeza dan daripada orang lain. It’s okay to be you as long you’re happy! Itulah mesej yang dibawa oleh karakter villain dalam permainan video tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati. Dan Venellope pula karakter yang memiliki kekurangan sering glitch namun menggunakannya sebagai kelebihan diri.
![[REVIEW] 'Ralph Breaks The Internet' Bawa Mesej Erti Persahabatan Sebenar 20 [REVIEW] ‘Ralph Breaks The Internet’ Bawa Mesej Erti Persahabatan Sebenar](https://cdn.remaja.my/2018/11/ve.jpg)
Dalam kisah terbaru ini mereka berdua meneruskan kehidupan di Litwak’s Family Fun Center & Arcade. Namun ada sesuatu yang kurang dalam kehidupan mereka dan ia dirasai oleh Venellope yang mula bosan dengan rutin sama mereka lalui setiap hari.
Segalanya berubah selepas pemilik kedai permainan video mula memiliki sambuangan Internet. Dna menyahut cabaran itu Vanellope dan Ralph terus ‘terbang’ ke dunia baru yang serba luas iaitu Internet. Mereka juga dalam misi tersendiri untuk menyelamatkan permainan video Venellope, Sugar Rush.
![[REVIEW] 'Ralph Breaks The Internet' Bawa Mesej Erti Persahabatan Sebenar 21 [REVIEW] ‘Ralph Breaks The Internet’ Bawa Mesej Erti Persahabatan Sebenar](https://cdn.remaja.my/2018/11/2-10.jpg)
Jadi apakah tema utama filem hebat ini?
Kali ini persahabatan Ralph dan Venellope yang semakin matang bakal dicabar dengan keputusan masing-masing. Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita berbeza, begitu juga dengan Venellope. Dia sentiasa dahagakan cabaran baru, berbeza dengan Ralph yang lebih relaks dan selesa dalam zonnya sendiri.
Di sinilah teman persahabtan dikupas dengan cukup cantik menerusi filem ‘Ralph Breaks The Internet’. Mereka menjadikan lanskap Internet yang penuh dengan palbagai perkar positif dan negatif untuk mencorakkan persahabatan Ralph dan Venellope.
Setiap persahabatan pasti akan dilanda dugaan. Tapi bagaimana mereka menyatukan semula tali persahabatan itu membuatkan filem ini sebagai sebuah filem yang amat menyentuh hati.
‘Ralph Breaks The Internet’ akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada hari ini di pawagam di seluruh negara.
RATING: 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
”ARMY, Thank You For Waiting…!“ Jimin Dan Jungkook BTS Selesai Khidmat Tentera

ARMY, berita yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Pada 11 Jun 2025, dua anggota termuda BTS, Jimin dan Jungkook, secara rasmi menamatkan perkhidmatan wajib tentera mereka di Korea Selatan.
Mereka menjadi anggota kelima dan keenam yang menyelesaikan tugas negara, selepas Jin, J-Hope, RM, dan V. Kini, hanya Suga yang masih dalam perkhidmatan dan dijangka selesai pada 21 Jun ini.

Momen Emosional: Maknae Line Kembali
Jimin dan Jungkook, yang mendaftar bersama di Divisyen Infantri Ke-5, muncul di hadapan media dan staf dengan senyuman malu-malu dan gelak tawa yang mencairkan hati ARMY. Masih mengenakan seragam tentera, mereka menyampaikan ucapan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak putus sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Jimin berkata, “Terima kasih kerana menunggu kami dari era COVID hingga kini. Kami akan berusaha menyiapkan sesuatu yang lebih baik untuk ditunjukkan kepada anda.” Jungkook pula menambah, “Terima kasih kepada semua yang menjaga kami dengan baik sepanjang tempoh.
Kata-kata Terakhir dari Jimin dan Jungkook
Jimin menutup dengan penuh emosi, “Kenangan ini sangat berharga dan akan saya simpan dalam hati untuk waktu yang lama.” Jungkook menambah, “Kami akan berkongsi lebih banyak dengan anda… dalam siaran langsung nanti.”

Menuju Reuni Penuh BTS
Dengan pelepasan Jimin dan Jungkook, enam daripada tujuh anggota BTS telah menyelesaikan perkhidmatan mereka. RM dan V telah dilepaskan sehari sebelumnya pada 10 Jun, manakala Jin dan J-Hope telah menamatkan perkhidmatan mereka pada tahun 2024. Satu-satunya anggota yang masih dalam perkhidmatan adalah Suga, yang dijadualkan tamat pada 21 Jun 2025.
Peminat kini menantikan penyatuan semula penuh BTS, yang dijangka berlaku pada separuh kedua tahun ini. Kembalinya kumpulan ini bertepatan dengan ulang tahun ke-12 debut mereka pada 13 Jun, menambah lagi keterujaan dalam kalangan ARMY.
Dengan semangat yang diperbaharui dan pengalaman baru dari perkhidmatan mereka, BTS bersedia untuk memulakan era baru dalam perjalanan muzik mereka.
Akhirnya, BTS kembali!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

