Baru-baru ini, pelakon dan pelawak terkenal, Sharifah Shahora melakar satu lagi kejayaan peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Kehadiran beliau mencuri perhatian ramai kerana pencapaiannya diraikan selepas bertahun-tahun memberi komitmen kepada dunia seni dan akademik.
Beliau yang kini berusia 51 tahun, membuktikan bahawa pendidikan tidak mengenal batas usia apabila turut meraih kepujian kelas pertama. Pencapaian itu sekaligus menjadikan beliau antara figura seni yang aktif namun tetap konsisten dalam mengejar ilmu.
Menurut Shahora dalam perkongsiannya di Instagram, kejayaan tersebut merupakan impian yang telah lama diidamkannya. Beliau juga tidak menyembunyikan rasa syukur atas rezeki dan kekuatan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.
“Syukur saya berjaya mencapai impian ini. Saya belajar sejak 2018 dan tamat pada 2022. Ia pengajian jarak jauh di Universiti Utara Malaysia,” tulisnya.
“Lepas ni boleh naik gaji tak?” selorohnya.
Ads
Dalam pada itu, pengajian jarak jauh yang diikuti oleh Shahora memerlukan disiplin tinggi, terutama bagi individu yang terlibat dalam jadual kerja seni yang tidak menentu. Namun, kejayaannya membuktikan kemampuan beliau membahagikan masa antara komitmen kerjaya dan akademik dengan baik.
Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial, Shahora sekaligus menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan industri dan peminat. Tidak kurang juga, ramai yang menjadikan kejayaannya sebagai inspirasi untuk terus menuntut ilmu walaupun berdepan kekangan usia atau masa.
Sebagai anak seni yang telah lebih dua dekad aktif dalam industri hiburan tempatan, Shahora sebelum ini dikenali melalui lakonan dan bakat komedi yang konsisten mewarnai dunia seni tanah air. Namun, pencapaian akademik terbarunya memperlihatkan sisi lain komitmen beliau dalam mengembangkan potensi diri.
Sumber: Instagram Sharifah Shahora
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertumpahan darah yang kian melarat di bumi Palestin bukan sahaja mengakibatkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di seluruh negara, namun turut menyentuh emosi dan jiwa setiap mata yang memandang.
Pelakon dan model Malaysia, Siti Hariesa antara individu yang turut terkesan dengan situasi menegangkan tersebut.
“Kita semua maklum dengan situasi yang sedang terjadi di bumi Palestin dan sejujurnya dari awal lagi hati saya sentiasa memihak kepada saudara Islam kita di sana.
“Tapi saya tidak tunjuk sepenuhnya bagaimana saya menyokong Palestin secara detail di media sosial,” jelasnya.
Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, dia tidak perlu menunjukkan usaha dan sokongannya selama ini kepada dunia atau warganet.
“Setiap hari video anak-anak Palestin yang syahid atau menjadi yatim piatu dalam masa semalaman lalu di FYP saya..dan sejujurnya saya sampai menangis melihat nasib mereka di sana.
“Namun apa yang mampu kita buat hanyalah menderma semampu yang boleh dan banyakkan berdoa agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan,” komennya lagi.
Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Berita Harian, Hollywood News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di kala sanak saudara dan jiran tetangga berseronok meraikan Hari Raya Aidilfitri, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah terpaksa beraya di hospital dek kerana suaminya yang harus menjalani prosedur pembedahan jantung tersumbat di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Beliau yang baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-19 telah memuatnaik beberapa gambar di laman Instagram semalam.
“Semalam sambut ulang tahun perkahwinan dekat hospital. Hari ini (25 April) akan buat pembedahan. Doakan suamiku Mohd Yani semoga cepat sembuh,” ujar beliau.
Tambah beliau lagi, biarpun menyambut hari raya di hospital, kesihatan insan tersayang harus diutamakan agar kembali pulih seperti sediakala.
Menjenguk ke laman akaun Instagram penyanyi dan usahawan itu pada petang semalam mendapati bahawa suaminya telah selamat dioperasi dan kini telah kembali sedar.
“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih diatas doa-doa kalian. Suamiku dah sedarkan diri dan semakin kuat,” jelas beliau.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors itu lagi, setelah dinasihatkan oleh doktor, pihaknya terpaksa mengehadkan kunjungan tetamu agar suaminya mendapatkan rehat yang secukupnya.
Tambah beliau lagi, faktor jangkitan virus yang masih berleluasa juga antara penyebab mereka kurang menerima pelawat bagi mengelakkan risiko jangkitan terjadi.
“Saya pasti kawan-kawan terdekat memahami situasi suami saya yang kini dalam proses penyembuhan. Apabila keadaannya semakin kuat, kami akan maklumkan,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Enggan membesarkan isu dalaman keluarga yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini, penyanyi Dato’ Jamal Abdillah dilaporkan telahpun menjernihkan semula hubungannya dengan anak, Zaki Yamani. Malah, pasangan anak beranak itu juga telah bergandingan demi menjayakan sebuah program realiti bersama, baru-baru ini.
Bercakap kepada rakan media sewaktu majlis sidang media Konsert Tribute Seniman Negara: Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya Kuala Lumpur semalam, Jamal terus berhubungan dengan Zaki selepas masing-masing menerima tawaran program realiti itu.
Terdahulu, episod salah faham antara mereka tercetus selepas Zaki, 16 mendedahkan Jamal sudah tidak beraya dengannya untuk enam tahun lamanya. Menidakkan kenyataan anaknya itu, Jamal berkata dirinya dihalang untuk menemui Zaki oleh bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad. Bagaimanapun, Zaki menerusi hantaran video meminta ayahnya untuk tidak menyampaikan perkara yang tidak benar.
“Saya terbuka untuk menjaga anak-anak semua. Itu semua terpulang kepada ibu mereka. Saya sudah sediakan rumah untuk semua anak-anak saya,” ulasnya.
Wah, untungnya mereka semua! Sayang ayah kepada bapa kadangkala susah sikit untuk ditunjuk, tapi hati seorang ayah tentu inginkan yang terbaik untuk kesemua anaknya.
Jamal memiliki lima orang cahaya mata iaitu Osama Yamani, 20; Zaki Yamani, 16; Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan bulan Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari pentas Hero Remaja 2019/2020 hingga kini bergelar duta Xiaomi Malaysia, Meerqeen terus melangkah lebih jauh. Bersama REMAJA, dia berkongsi tentang aspirasi, keberanian mengambil risiko, definisi kejayaan serta mengapa kolaborasinya bersama Xiaomi lebih daripada sekadar menjadi wajah sebuah jenama.