Syarikat kelahiran Amerika Syarikat popular seperti McDonald’s Coca-Cola, Starbucks dan Apple telah mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan produk mereka di Rusia sebagai langkah membantah tindakan Rusia yang mencetuskan peperangan di Ukraine.
Bermula Selasa lalu, kesemua produk Apple di Rusia telahpun disenaraikan sebagai “unavailable” untuk dibeli atau dihantar.
Selain menghentikan penjualan, Apple turut mengambil beberapa lagi tindakan lain seperti menghentikan fungsi muat turun RT News dan Sputnik News yang dilaporkan bersifat pro Rusia. Manakala demi memastikan keselamatan rakyat Ukraine, Apple telah mematikan fungsi trafik langsung dan insiden langsung di aplikasi Apple Maps.
Tinjauan di laman web jenama lain seperti McDonald’s, Coca Cola, Starbucks, Dell, Nike, IKEA dan Ford mendapati mereka mengambil tindakan sama untuk menghentikan operasi penjualan di atas talian.
Pada peringkat stor fizikal, McDonald’s sebagai contoh telah menutup operasi 847 restoran yang mereka miliki di seluruh Rusia. Namun, mereka memaklumkan akan terus membayar gaji lebih 62,000 pekerja mereka di sana. Starbucks juga telah menutup lebih seratus buah kafe mereka di sana.
Kata Paul Musgrave yang merupakan seorang saintis politik di University of Massachusetts Amherst, tindakan menutup operasi ini memberikan tekanan yang hebat buat negara tersebut.
“Pembukaan McDonald’s di Rusia dahulu katanya merupakan satu bentuk jalinan saling mempercayai di antara Rusia dan negara Barat. Berita penutupan ini adalah ibarat mesej negara Barat yang tidak lagi akan bersekongkol dengan Rusia dan presidennya, Vladimir Putin,” ulasnya.
Ads
Khabarnya, beberapa lagi jenama lain yang akan mengambil tindakan sama termasuklah Estee Lauder, adidas, Calvin Klien, Shell, BP dan ExxonMobil.
Adakah korang rasakan ‘perang ekonomi’ yang dilancarkan ini akan memberi tekanan kepada Rusia sehingga memaksa negara itu untuk menghentikan pencerobohan dan serangan di Ukraine?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau nak diikutkan, seni cacah badan (tattoo) dan sebarang jenis pembedahan plastik yang dilakukan oleh selebriti Hollywood kini bukanlah sesuatu perkara baru. Kita umpama sudah terbiasa dengan perangai mereka yang ingin mengubah bahagian tubuh badan mengikut ‘selera’ masing-masing.
Namun kali ini, keinginan penyanyi rapper dari Amerika Syarikat, Lil Uzi Vert memang lain macam apabila dia memutuskan untuk memasang implan batu berlian pada bahagian tengah dahinya. And the internet just went wild.
Lebih menggerunkan apabila dia memuat naik sekeping gambar dengan darah mengalir dari implan tersebut setelah ia dipasang.
Ramai netizen tampil menyamakan kedudukan berlian itu dengan batu permata Mind Stone yang ada pada dahi Vision, iaitu karakter daripada filem Marvel.
Dalam filem Avengers: Infinity War, Vision terbunuh setelah Mind Stone itu telah diambil oleh Thanos.
Tindakan rapper berusia 26 tahun itu dikhabarkan memakan belanja $USD24 juta ataupun RM97,740,000 untuk nilai berlian merah jambu cair itu saja. Itu belum termasuk kos pembedahan tersebut.
Bagi menanggung kos berlian itu, dia telapun mula membayarnya secara ansuran kepada jenama barangan kemas, Eliantte & Co sejak tahun 2017 lagi dan akhirnya, dia memiliki berlihat itu untuk selama-lamanya pada dahinya.
Dalam muat naik Lil Uzi Vert di Instagram pada 3 Februari lalu untuk menunjukkan implan barunya itu, dia mencatatkan kapsyen berbunyi, “Beauty is pain”.
Demi menjelaskan kepada peminatnya tentang keputusan memasang implan, dia menyebut, “Ini adalah lebih selamat daripada memasang berlian ini kepada cincin. Jika saya hilang cincin itu, kamu akan menggelakkan saya lebih daripada kamu gelakkan saya kerana memasangnya pada dahi…. dan ya, saya mempunyai insurans (untuk berlian tersebut).”
Hari ini, laporan penuh mengenai kes pemandu lelaki yang meninggal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor telah diterima dan ia disahkan oleh pihak polis tempatan.
Lelaki warganegara Singapura itu dilaporkan baru saja memandu dari Johor ke Kuala Lumpur untuk menghantar seorang rakannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam 19 Mei. Dia memutuskan untuk terus memandu pulang ke selatan tanah air pada malam yang sama.
Bagaimanapun, lelaki tersebut ditemui telah meninggal dunia di dalam keretanya pada jam 4 pagi itu. Lokasinya terletak di sebuah stesen minyak berdekatan dengan KLIA. Menurut seorang saksi, lelaki tersebut kelihatan memandu kereta masuk ke kawasan tersebut dan menggunakan bilik air.
Setelah dirinya pulang ke kereta, badannya didapati mengalami renjatan (convulsion) sebelum tidak menyedarkan diri.
Hhm, pelik.
Namun pihak polis dalam laporan berkata perjalanan kereta untuk tempoh 3 jam 15 minit tanpa henti itu mungkin adalah sebab utama badan mangsa tidak dapat menerima tekanan. Tambahan pula, mangsa sudah berusia 62 tahun.
Laporan bedah siasat juga menunjukkan mangsa bergelut dengan serangan jantung. Maka, kenyataan tukang rekod video di bawah yang mengatakan mangsa lemas semasa tidur di dalam kereta adalah tidak benar.
Balik Kampung
Kita sudah hampir dengan fasa ‘Balik Kampung’ apabila Aidilfitri bakal menjelang kurang dua minggu dari sekarang.
Maka, laporan kes meninggal semasa memandu jarak jauh seperti ini amat merisaukan ramai orang, terutamanya di kalangan mereka yang lebih berusia seperti ayah atau abang kita.
Sebagai pemandu yang berhemah, kita perlu tahu akan kemampuan diri sendiri. Walaupun semua orang ingin mengelakkan pemanduan pada waktu siang di bulan Ramadan, tak semua orang mampu memandu pada waktu malam.
Kebanyakan daripada kita akan letih dan kurang penumpuan pada mata walaupun telah tidur terlebih dahulu. Jika tidak yakin, jauhi balik kampung di malam hari.
Seperkara lagi, pastikan korang atau pemandu kereta tersebut mengambil sebarang ubatan jika sememangnya ia sudah menjadi rutin harian mereka. Alasan tak mengambil ubat kerana ingin memandu sebenarnya membahayakan dirinya dan penumpang yang lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penantian yang berakhir dengan sebuah tangisan. Jika sebelum ini seluruh ahli keluarganya mengharapkan kepulangannya dengan selamat malah di fb milik adik-adiknya sering menulis “Long, Long di mana ya. Pulanglah dan lain lagi, ternyata takdir Allah mengatasi segala-galanya.
Misteri kehilangan ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40 tahun pada 8 Mei lalu menemui jawapan apabila pihak polis menemui mayatnya di sebuah kondo di Cyberjaya petang semalam. Malah kereta Honda City milik arwah turut ditemui di lokasi sama.
Misteri kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang yang dilaporkan hilang di parking letak kereta terjawap apabila dijumpa sudah meninggal dunia semalam
REMAJA menghubungi ahli keluarganya, Amka Arith yang juga adik ipar kepada arwah Siti Kharina dan beliau memaklumkan buat masa ini jenazah kakak iparnya masih berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
“Insya Allah, jika tiada aral melintang arwah kakak ipar akan dibawa balik ke kampung asal iaitu di Kg. Tengah Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas Asar,” katanya ketika ditemubual.
Dalam pada itu, Amka berkata, pihak polis datang ke rumah ahli keluarga ketika waktu berbuka dan memaklumkan ada penemuan mayat dipercayai kakak ipar dan meminta ahli keluarga untuk hadir membuat pengecaman.
“Kami berasa terlalu sedih dengan kejadian yang berlaku. Buat masa ini kami tidak dimaklumkan sama ada ianya perbuatan khianat atau sebagainya. Jika ada unsur-unsur itu, kita mengharapkan pelakunya ditangkap dan tindakan sewajarnya diambil,” katanya mengakui mereka sekeluarga sangat terkesan dengan kejadian yang menimpa ini.
Dikebumikan di kampung
Dalam pada itu, Amka menjelaskan, sejak 2-3 tahun lalu kakak iparnya menetap di Kuarters Kakitangan Hospital Serdang sementara suami dan anak-anaknya pula di kampung iaitu di Sri Menanti, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
“Ini kerana suami kakak ipar bekerja di Kuala Pilah dan anak-anak juga tinggal bersama. Bila hari cuti baru kakak akan balik ke kampung,” katanya memaklumkan kakak iparnya itu mempunyai sepasang anak kembar perempuan berusia 10 tahun selain anak sulungnya juga perempuan berusia 14 tahun.
SesungguhNya Allah amat menyayanginya dan mohon disedekahkan al-Fatihah untuk arwah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
PLKN 3.0 bakal melibatkan lebih 200,000 peserta pada 2027 menerusi pelaksanaan di IPTA dan kem latihan terpilih dengan fokus membentuk generasi berdisiplin.