Selalunya, para peserta mana-mana pertandingan ratu cantik di seluruh dunia akan menyahut mesej menyokong keamanan dunia biarpun mereka datang dari latar belakang negara berbeza.

Namun lain pula ceritanya dengan bekas pemenang Miss Universe 2002 dari Rusia ini.

Susulan pergolakan yang sedang berlaku di antara Rusia dan Ukraine sekarang, Oksana (juga dieja sebagai Oxana) Federova yang satu ketika dahulu mencetuskan kontroversi setelah gelaran Miss Universe yang dimenanginya dilucutkan oleh organisasi tersebut sekali lagi ‘bikin’ drama di platform media sosial setelah beliau bertindak untuk memberikan kenyataan yang memihak Rusia, hujung minggu lalu.

Bekas Miss Universe Dari Rusia, Oksana Federova Bikin ‘Drama’ Sokong Tindakan Vladimir Putin
(Dari kiri) : Oksana semasa dinobatkan sebagai Miss Universe 2002 dan foto terkininya setelah 20 tahun berlalu. FOTO : Instagram @federovaoksana

Kata wanita berusia 44 tahun ini melalui hantaran di Instagram, beliau ‘mewakili’ rakyat Rusia merasakan mereka tidak mempunyai pilihan selain menyokong keputusan yang dibuat oleh pemimpin politik negara tersebut yang diterajui oleh Vladimir Putin.

“Merujuk kepada peristiwa semasa, adalah menjadi kewajipan rakyat untuk menyokong keputusan kepimpinan negara.

“Rusia sentiasa bertindak seperti yang sewajarnya. Kami tiada pilihan lain,” catatnya.

IKLAN

Bukan setakat itu, Oksana juga menegaskan bahawa dia ‘memahami’ tindakan ketenteraan yang diambil oleh Rusia kini ke atas Ukraine adalah demi menyelamatkan rakyatnya.

“Kami bertanggungjawab untuk melindungi rakyat kami dan menamatkan situasi bergelora. Hidup ini sentiasa meletakkan Rusia dalam kedudukan yang sukar tetapi ia sentiasa muncul akan muncul sebagai pemenang. Saya percaya pada Rusia!” laung Oksana.

Bekas Miss Universe Dari Rusia, Oksana Federova Bikin ‘Drama’ Sokong Tindakan Vladimir Putin
FOTO : Instagram @federovaoksana

Kenyataan yang hadir dari model dan pengacara televisyen ini secara tidak langsung mendatang kecaman daripada warganet yang menentangnya kerana tidak sensitif terhadap nasib insan tidak bersalah terutamanya wanita dan kanak-kanak di Ukraine yang menjadi mangsa korban. Menariknya, rata-rata yang mengecam Oxana terdiri daripada warga Rusia sendiri.

Setakat ini, Oksana kekal dengan pendiriannya itu dan hantaran di Instagram-nya masih tidak dipadamkan; malah ruang komennya juga masih tidak ditutup setelah bertalu-talu menerima kecaman.

IKLAN

Kental hati Oksana ini ya! *facepalm*

Bekas Miss Universe Dari Rusia, Oksana Federova Bikin ‘Drama’ Sokong Tindakan Vladimir Putin
Oksana masih berbangga dengan gelaran Miss Universe 2002 yang pernah diperolehi apabila meletakkan label ‘Satu-satunya Miss Universe di Rusia’ pada bio Instagram-nya. FOTO : Instagram @federovaoksana

Untuk pengetahuan, Oksana Federova pernah dinobatkan sebagai Miss Rusia pada tahun 2001 ketika berusia 24 tahun. Pada tahun berikutnya, dia mewakili Rusia di pentas Miss Universe 2002 dan menjadi wakil pertamanya untuk membawa pulang kemenangan.

Begitupun, kemenangan tersebut hanya bertahan selama empat bulan sahaja.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : Oksana Federova Kekal Popular Biarpun Kemenangannya Ditarik Balik – REMAJA

Selain dunia ratu cantik, peragaan dan hiburan, Oksana juga pernah melibatkan diri sebagai seorang anggota polis wanita sehinggalah dia menerima kelulusan kedoktoran Undang-Undang Sivil daripada Universiti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (DMV) Rusia di St Petersburg.

BACA LAGI : 6 Gaun Pemenang Miss Universe Paling Diingati – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI