Bagus betul inisiatif ini dalam usaha mengimarahkan lagi masjid…
Jika sebelum ini Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka menawarkan hadiah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh berjemaah 40 hari berturut di masjid, kini masjid itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menawarkan motosikal pula kepada jemaah.
Terbaharu, masjid ini sekali lagi menawarkan ganjaran yang lebih menarik iaitu berupa hadiah wang tunai RM4,000 kepada ahli kariah masjid yang istiqamah mengerjakan solat Subuh.
Tetapi ada syaratnya, iaitu jemaah perlu memastikan isteri dan anak-anak turut hadir ke masjid untuk berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam tempoh 40 hari tersebut.
Ads
Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah, Amzah Osman berkata program berkenaan adalah lanjutan daripada inisiatif pemberian hadiah berbentuk basikal dan motosikal kepada kanak-kanak serta belia sebelum ini.
Ads
Kini ia diperluaskan bagi melihat ahli-ahli kariah masjid dapat hadir bersama keluarga dan pemilihan juga dilihat dari segi mereka yang paling ramai membawa anggota keluarga ke masjid.
Jelasnya, sebelum ini pemberian beberapa buah basikal kepada anak-anak yang cemerlang solat Subuh dan semua program yang dilaksanakan mendapat peruntukan daripada individu perseorangan dan dermawan.
“Kita akan terus menceriakan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menarik kariah untuk mengimarahkan masjid termasuk qiamullail tidak lama lagi,” katanya.
Ads
Seronoknya, penduduk di kawasan sekitar Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam hidup, kekayaan dan juga kemiskinan adalah ujian. Jika miskin jangan sesekali menyalahkan takdir kerana dengan usaha dan tekad, rezeki boleh dicari dan nasib boleh diubah.
Kaya dengan wang ringgit juga ujian. Ia ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana hambanya itu reti bersyukur dan tahu membelanjakan wang dimilikinya ke arah jalan yang mana.
Andai dihabiskan untuk berpoya-poya dan menunjuk-nunjuk tanpa mahu bersedekah dan berbuat kebaikan, itu tandanya Allah sedang menguji dirinya dan akan terus limpahkan kekayaan untuk dirinya bersenang lenang lagi di muka bumi.
Namun satu kisah dikongsikan di fb Firdaus Pay benar-benar boleh kita jadikan teladan dan pengajaran betapa pentingnya niat. Ini kerana Allah jika mahu menguji hambaNya, ujian itulah mengangkat darjat kita disisinya kelak. Ingatkan setiap rezeki yang Allah beri pada kita ada juga hak orang lain di dalamnya. Kita hanyalah sebagai pengantara sahaja.
Kisah orang kaya & Sedekah
Kelmarin aku berjumpa dengan seorang ahli perniagaan. Cadangnya cuma nak dengar kisah jatuh bangun perjalanan beliau berniaga. Rupanya Tuhan mahu beri aku pengajaran yang betul-betul berbekas dalam jiwa.
"Maaflah hari tu tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Habis kena repair enjin," kata beliau.
"Wah, teruknya. Macam mana boleh rosak tu?"
Beliau terdiam sebentar.
"Ada kisah di sebaliknya. Allah nak beri peringatan."
Aku meneguk air kopi yang baru dihidangkan sambil memasang telinga.
"Ini saya beritahu sebagai pengajaran saja ya. Bukan untuk saya menunjuk-nunjuk," beliau memulakan cerita.
"Saya sudah sekian lama menyumbang wang untuk sebuah surau. Saya bayarkan bil elektrik surau tersebut. Dari puluhan ringgit sebulan hinggalah jadi seribu lebih sekarang. Setiap bulan tak pernah tinggal, selama beberapa tahun."
"Tapi itulah, kita rasa kita ini pandai."
Allah dah atur hidup kita sebaiknya
"Tempoh hari saya beritahu pada pengerusi surau terbabit yang saya nak berhenti menyumbang sekejap. Saya nak rehat 6 bulan. Yalah, dalam keadaan ekonomi sekarang, saya fikir saya nak jimat sedikit duit. Pengerusi itu pun kata tak mengapa, dia akan cuba bayar bil elektrik itu dari duit tabung masjid dan sumbangan yang lain."
"Selang beberapa hari, kereta MPV saya mula meragam. Lampu indicator menyala. Saya rasakan mungkin masalah enjin. Bila bawa ke mekanik, dia kata kalau nak betulkan kena RM7000. Saya biarkan saja, tak mahu repair lagi."
"Suatu hari, saya sedang memandu. Tiba-tiba perasan suhu enjin naik, tak lama kemudian keluar asap. Saya terus berhentikan kereta. Panggil tow truck untuk bawa ke bengkel berdekatan."
"Awak tahu berapa saya kena untuk baiki? RM10,000!"
Tercengang aku dengar. Aduh, banyaknya nak kena bayar. Kalau aku kena memang menangis.
"Bila jadi macam tu, terus saya teringat pada sumbangan surau tadi. Itu perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya."
"Kononnya saya nak jimat 6 bulan punya bil, Tuhan ambil dari saya lagi banyak dari itu."
"Kita tak sedar, rupanya selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini, semuanya Tuhan yang bagi izin. Kita ingat kita pandai, konon nak jimat, padahal Tuhan yang bagi kecukupan itu untuk kita."
Beliau berhenti seketika untuk menghirup kopi, kemudian menyambung,
"Tapi saya bersyukur, sebab Tuhan cuma ambil RM10,000. Bayangkan apa yang terjadi kalau saya ditimpa kemalangan akibat kerosakan enjin tadi? Mungkin belanjanya lebih besar, mungkin saya atau ahli keluarga cedera. Tentu lebih teruk."
"Tuhan cuma ingin menyedarkan."
"Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah saya ini? Kalau awak dah biasa buat sumbangan atau sesuatu amalan, jangan tinggalkan. Jangan rasa pandai, nak rehat atau nak relaks kejap. Jangan."
"Setakat mana yang awak mampu bagi, buat saja. Sikit pun tak apa. Yang penting jangan dihentikan.
"Jangan takut tak cukup atau tak mampu. Tuhan yang cukupkan dan Tuhan yang beri awak kemampuan. Kita mungkin ada buat pelbagai pengiraan matematik, namun hakikatnya rezeki ini sesuatu yang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa Tuhan boleh beri dan ambil."
Fuh, tersandar aku mendengar kisah beliau.
Aku teringat amalan-amalan yang aku buat. Kadang rajin kadang malas. Betul, bila dah selalu buat, sampai satu masa kau akan rasa letih. Kau rasa nak rehat sekejap. Konon nanti bila dah puas rehat, boleh sambung balik.
Bila dengar cerita beliau ini, aku terus insaf. Tak jadi aku nak bermalas-malasan dalam memberikan 'hadiah' kepada Tuhan.
Ya, kita ingat kita ini cukup pandai. Waktu tak ada duit, merayu berhari-hari minta bantuan Tuhan. Bila Tuhan sudah bagi senang sedikit, mulalah nak rehat.
Kau lupa, yang izinkan kau untuk beribadat itu Tuhan. Yang izinkan kau untuk bersedekah itu juga Tuhan. Kerja kau, buat saja. Tuhan akan uruskan yang lain-lain. Kau rasa tak cukup, nanti Tuhan akan tambah.
Dia macam ini, duit kau dan rezeki kau yang hakiki, Tuhan dah asingkan siap-siap, langsung tak luak pun. Kau tak perlu risau yang itu. Sekarang ini Tuhan bagi kau lebihan duit, hanya untuk kau sedekah dan dapat pahala percuma.
Tapi kalau begitu pun kau rasa penat dan nak berhenti, kalau duit lebihan itu pun kau rasa kau yang punya, maka wajarlah Tuhan bagi peringatan.
Sungguh aku insaf.
Aku harap kau pun dapat pengajaran juga dari kisah ini. Sama-samalah kita beringat.
Dalam harta kita, ada juga hak untuk orang lain. Sikit kongsi cara sikit, banyak kongsi cara banyak, namun jangan ditinggal terus.
Selamat beramal.
Kredit penulis tak diketahui semoga pahala mengalir ke syurga kerana berkongsi pengajaran ini.
Salam ukhwah,
Untuk francais restoran seperti A&W untuk bertahan selama itu, ia adalah satu pencapaian yang diimpikan oleh mana-mana pemilik restoran dan kafe.
Berita mengenai penutupan cawangan ikonik A&W di Petaling Jaya (bersebelahan dengan stesen LRT dan Menara Amcorp) telah beberapa kali muncul.
Disebabkan sokongan yang tak berbelah bahagi oleh peminat A&W, ia berjaya dikekalkan dan jenama francais itu kembali diminati semula tatkala banyak saingan baru muncul.
Namun, A&W nampaknya perlu akur apabila mereka mengumumkan baru-baru ini mengenai penutupan cawangan Petaling Jaya itu.
Ia bukan disebabkan kurang mendapat sambut tetapi ia demi memberi laluan kepada projek pembangunan di tapak tersebut.
Kami difahamkan bahawa tanah tersebut yang dimiliki oleh Inter Mark Resources Sdn Bhd sebelum ini telah dipajak kepada Kasmuncak Holdings Sdn Bhd yang merupakan pemilik kepada rangkaian A&W di Malaysia sebelum ia diambil semula.
Walaupun cawangan kedua A&W itu hanya berbaki kira-kira 6-8 bulan saja lagi sebelum penutupannya, A&W turut mengumumkan mereka akan membuka lebih 20 cawangan baru di seluruh Malaysia sepanjang tahun ini untuk memudahkan pelanggan mereka merasai menu sedap daripada mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita kehilangan mengejut seorang pelajar UiTM Alor Gajah sejak 5 hari yang lalu masih belum menemui titik noktah.
Melalui status yang dimuat naik oleh Alin Ikmal di media sosial minggu ini, dia memohon bantuan daripada netizen untuk mencari adiknya Norazwa Rashid setelah dilaporkan hilang, 5 hari lepas.
Norazwa dikatakan tidak memasuki ke asrama kampusnya, malah rakan sebilik pun terkejut dengan kehilangan ini kerana mereka masih ingatkan Norazwa berada di rumahnya di Kelantan setelah pulang sebentar.
Siri tweet yang sempat dimuat naik oleh Norazwa sebelum dia hilang pada 3 Jun lepas.
Alin bagaimanapun mendakwa adiknya itu telah selamat tiba di Alor Gajah tapi kini tidak diketahui kedudukannya di mana. Alin telah membuat laporan polis berkenaan kes ini sejak hari Selasa lagi namun masih belum ada apa-apa bukti atau penemuan yang boleh membantu.
“Cuma, ada satu petunjuk yang kami temui pada resit KFC Alor Gajah. Tarikh pada resit menunjukkan tarikh 2 Jun jam 13.49 dan mungkin wakty itulah dia telah ke sana. Saya berharap agar kita dapat tengok CCTV sekitar tempat itu untuk mengesa baju dan seluar yang dipakai pada hari kejadian, kata Alin kepada rakan media kami di Kampus Uols.
Resit KFC yang dikatakan milik pembelian Norazwa.
“Kami sekeluarga sangat risau dengan keadaannya, lagipun Hari Raya sudah semakin dekat. Kami harap agar adik dapat kembali ke pangkuan keluarga dan saya mohon kerjasama semua untuk sama-sama mencarinya,” pinta Alin.
Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Norazwa, korang boleh menghubungi Alin di talian +6019 6037304.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!