Produk makanan dan minuman dari Korea antara yang sering mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia, khususnya kepada anak muda. Lambakan produk makanan Korea yang banyak dijual di pasaran membuatkan kita rambang mata dengan seleksi pilihan yang ditawarkan.
Namun begitu, bagi masyarakat yang beragama Islam, kita seharusnya memastikan terlebih dahulu sama ada produk makanan atau minuman yang dijual itu halal atau tidak.
Bukan semua pasar raya atau pun kedai akan mengasingkan produk mengikut bahagian halal atau tidak, makanya dah jadi tanggungjawab kita untuk menyemak status halal terlebih dahulu.
Menurut satu hantaran yang dibuat oleh pengguna Facebook, Norzaifitri Zainal telah berkongsi bahawa terdapat air minuman yang dijual di kedai serbaneka 7-eleven dikatakan tidak halal.
“Apa yang dikongsikan ini adalah saya perolehi daripada grup WhatsApp. Mungkin pihak tertentu boleh siasat dan tentukan status sebenar air minuman tersebut,” jelasnya.
Ads
Kejadian itu berlaku apabila seorang budak perempuan lingkungan umur 10 atau 11 tahun memilih air minuman daripada chiller kedai tersebut.
Sambil individu itu ingin mengeluarkan wang di ATM, terdengar cashier berkata kepada budak perempuan itu, “Air ini tak halal dik”. Mujur budak itu pun mendengar kata dan memahami apa maksud tidak halal dan dihantarkan semula air tersebut ke tempat asal.
Ads
Bila dilihat semula air minuman yang ingin dibeli oleh budak perempuan itu, tidak hairanlah kenapa dia memilih untuk membelinya kerana botolnya yang cantik dan comel.
Individu itu pun bertanya kepada cashier di kaunter, katanya vendor sendiri mengatakan bahawa air itu tidak halal. Dia bertanya kenapa tidak diletakkan di tempat air beralkohol? Namun, cashier itu menjawab air minuman tersebut tidak mengandungi alkohol.
Tidak pasti status sebenar air minuman tersebut sama ada halal atau tidak, tetapi harapnya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) boleh membuat tinjauan bagi memastikan status air minuman tersebut.
Sebaiknya, jika ingin membeli makanan atau minuman, semak dahulu cop halal pada bungkusan. Kalau rasa was-was, elakkan daripada membeli okay?
Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2017 sudah diumumkan hari ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam pelajar.
Anugerah pelajar terbaik STPM 2017 telah disapu bersih oleh tiga pelajar dari negeri Pantai Timur iaitu Nor Azriena Abdullah dan Abdullah Haimi Harun dari Sekolah Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.Seorang lagi, Sarah Syazwani Taufik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, Kota Bharu.
Tahniah buat pelajar terbaik STPM 2017. Semoga terus cemerlang dan mencapai kejayaan. Gambar kredit: TV3
Tahniah buat yang berjaya. Gambar kredit :TV3
Dalam pada itu, tujuh lagi pelajar yang tersenarai ialah, Lee Mun Yee dari SMK Gajah berang, Melaka, Ang Kai Yang, dari SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor dan Jannatul Najiha Nazib dari SMK Kunak Kaya Sabah.
Seterusnya, Lia Jiang dari SMK Tinggi Muar dan Umie Nadia Ismail Firdaus Low dari SMK (P) Sultan Abu Bakar masing-masing dari Johor.Dua lagi pelajar ialah, Cheong Yie En dari SMK Ahmad Shah, Cameron Highlands dan Nadia Nur Sabarno dari SMK(A) Pahang.
Sementara itu seorang lagi pelajar SMK Tengku Panglima Raja, Nurul Fatin Najiehah Abd Aziz dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi Kategori Luar Bandar. Manakala Nurul Fatin Najiehah Abd Aziz yang juga pelajar SMK Tengku Panglima Raja, dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi Kategori Luar Bandar. Pelajar SMK Tapah, Perak, Vaniesha Williams Hunt dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi kategori Pelajar Orang Asli.
Vaniesha Williams Hunt dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik STPM 2017 bagi kategori Pelajar Orang Asli. Gambar kredit : TV3
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, secara keseluruhan, pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) dalam peperiksaan STPM 2017 terus meningkat sejak sistem modular STPM diperkenalkan pada 2013 dengan mencatat PNGK 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.
“Ini menunjukkan peningkatan PNGK Nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian tersebut jika dibandingkan dengan peperiksaan STPM 2016.
“Peningkatan peperiksaan STPM 2017 berbanding dengan tahun-tahun sebelum terzahir pada peningkataan PNGK, peningkatan PNGK 3.50 ke atas, peningkatan PNGK 3.0 ke atas, peningkatan PNGK 2.75, peningkatan PNGK 2.50 ke atas, peningkatan PNGK 2.00 ke atas, peningkatan peratusan lulus penuh pada lima dan empat mata pelajaran serta peratusan lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dengan gred C ke atas,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2017, hari ini.
Katanya, PNGK calon sekolah kerajaan juga meningkat sama seperti PNGK Nasional iaitu 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.
“Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga mencatat pertambahan bilangan calon iaitu bertambah kepada 6,408 calon (14.89 peratus) berbanding 2016 sebanyak 6,137 calon (14.20 peratus).
“Begitu juga dengan bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga mencatat pertambahan bilangan calon iaitu bertambah 17, 423 calon (40.48 peratus) berbanding 2016 sebanyak 16,263 calon (37.62 peratus),” katanya.
Namun begitu, beliau memaklumkan peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00 telah mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun lepas dengan perbezaan menurun sebanyak 0.18 peratus berbanding STPM 2016.
“Peratusan bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 menurun. sedikit iaitu daripada 1.31 peratus atau 565 calon kepada 1.13 peratus atau 485 pada peperiksaan STPM 2017,” katanya.
Menurut Mohamed Mustafa, beliau menjangkakan bilangan peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke universiti awam lebih besar kerana peningkatan peratusan dan bilangan calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus.
“STPM 2017 menunjukkan PNGK Nasional calon aliran Sains Sosial adalah 2.78 mengatasi PNGK calon aliran Sains iaitu 2.69.
“Dari segi analisis pencapaian calon mengikut aliran yang mendapat PNGK 4.00 pula, daripada 485 calon, 375 calon adalah daripada aliran Sains Sosial manakala 110 lagi adalah daripada aliran Sains,” katanya.
Apa pula senarai 10 sekolah terbaik STPM 2017. Cuba check, sekolah korang masuk tak dalam list ini.
Jika debaran pelajar STPM sudah berlalu, 15 Mac akan datang ini, pelajar-pelajar yang mengambil SPM pula akan merai debarannya kerana keputusan akan dikeluarkan pada hari tersebut. So harap adik-adik bersabarlah ya.
Apa pun keputusan yang dapat, itulah usaha kita selama 17 tahun bersekolah. Selepas ini, korang dah tak payah sarung pakaian sekolah dah dan sudah tentu dalam beberapa tahun akan datang semakin memasuki alam dewasa…
Jika tahun-tahun sebelumnya, akhir tahun begini kita sibuk melancong dalam negeri atau luar negeri bagi menghabiskan cuti tahunan yang masih ada.
Tapi, tidak bagi tahun ini rasanya. Hal ini apabila Met Malaysia menjangkakan berlaku luruan monsun bermula hari ini (27 Disember) hingga 2 Januari depan.
Sumber : MET MALAYSIA
Pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah esok hingga 2 Januari dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember.
Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022. Menurutnya, angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan termasuk di Pantai Timur Semenanjung pada 27 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.
Foto: Berita Harian (Gambar hiasan)
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Take care semua!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Malaysia Gazette
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Chae-Rin atau lebih dikenali dengan nama CL, dilaporkan meninggalkan YG Entertainment selepas kedua-dua pihak gaga bersetuju dengan terma kontrak terbaru.
Menurut laporan eksklusif dari Sports Today, penyanyi dari Korea ini dan pihak pengurusanya sedang berbincang tentang kontrak yang bakal diperbaharui namun akhirnya, CL mengumumkan bahawa akan meninggalkan YG Entertainment.
Sejak pembubaran 2NE1 dan menandatangani semula kontrak bersama YG Entertainment pada 2016, CL telah bergerak secara solo dan mengeluarkan album di Amerika Syarikat. Penyanyi ini juga membuat penampilan di televisyen dalam rancangan MIXNINE dan Livin’ The Double Life tetapi tidak menghasilkan sebarang karya muzik sepanjang tempoh dua tahun ini.
Lagu terakhirnya bersama YG Entertainment adalah dari single 2NE1 yang berjudul Goodbye.
Tahun lalu, CL telah meninggalkan komen kepada peminat dengan memberi hint bahawa dia akan meninggalkan YG Entertainmment.
Apa-apa pun, kami ucapkan selamat maju jaya buat CL!