Nama Amelia Henderson meniti dibibir ramai warganet kebelakangan ini dek kes saman yang melibatkan dirinya dan Dato’ A. Aida. Kelmarin, keputusan mahkamah telahpun membuat keputusan bahawa Amelia perlu membayar ganti rugi lebih RM200 ribu kepada Dato’ A. Aida atas pelanggaran kontrak lakonan.

Namun begitu dalam temu bual bersama media, Amelia menyatakan bahawa dia akan membawa kes tersebut ke peringkat rayuan. Namun begitu di sebalik tularnya kes ini, Amelia merupakan salah seorang anak seni yang semakin ‘naik daun’ namanya.

Miliki IQ 180, Lebih Tinggi Berbanding Albert Einstein. Amelia Henderson, Anak Seni Yang Meningkat Naik
Sejak kecil kecantikan Amelia terserlah.

Bukan sahaja hebat sebagai seorang pelakon dan model, dia merupakan seorang pengacara masa kini yang cukup bagus dalam kerjayanya. Ini dibuktikan menerusi saluran Studio Sembang kendaliannya yang berjaya memukau penonton dengan caranya mengemudi setiap temu bual.

IKLAN

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai dirinya..

  1. Dilahirkan pada 20 Oktober 1995, nama sebenar Amelia ialah Amelia Thripura Henderson.
  2. Berasal dari Klang Selangor. Ibu Amelia merupakan kacukan Sri Lanka-Malaysia manakala bapanya pula berdarah Scotland.
  3. Aktif sebagai model sejak kecil, Amelia kerap menghiasi naskah iklan dan pernah menjadi wajah hadapan majalah Bintang Kecil yang sangat popular satu ketika dahulu.
  4. Pernah ‘meninjamkan’ suaranya sebagai Barbie dalam tiga siri animasi Barbie.

    Miliki IQ 180, Lebih Tinggi Berbanding Albert Einstein. Amelia Henderson, Anak Seni Yang Meningkat Naik
    Amelia bersama ibu ketika bayi.

  5. Amelia pernah bergelar sebagai kerabat Diraja Kedah apabila mengahwini Tunku Dato’ Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar ketika berusia 20 tahun. Namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.
  6. Bukan calang-calang orangnya, Amelia memiliki IQ 180 dan bergelar ahli Mensa International. Pertubuhan itu dikhususkan untuk mereka yang memiliki IQ yang tinggi.
  7. Memiliki tubuh yang tinggi lampai, Amelia pernah dinobat sebagai Malaysia Model of The Year pada Asia Model Festival 2019 yang diadakan di Seoul, Korea.
  8. Berbakat sebagai pelakon dan model, Amelia kini mengorak langkah sebagai seorang pengacara. Kalau nak tahu Amelia pernah menjadi pengacara program Hero Remaja pada tahun 2020 yang mana Nadhir Nasar menjadi juara edisi tersebut.

BACA JUGA: “Bernafas Melalui Kenangan & Cinta Yang Kami Kongsi,” – Adam Didam Dalam Kenangan, Anak Saudara Coret Mesej Indah

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI