Seorang kanak-kanak perempuan berusia sebelas tahun di Mexico dilaporkan memiliki kecerdasan otak atau IQ yang melebihi Albert Einstein dan Stephen Hawking.
Untuk info, Adhara Perez itu mempunyai tahap IQ sebanyak 162 berbanding Einstein dan Hawking yang dianggarkan sekitar 160. Dia bagaimanapun menghidap sindrom Asperger, yang merupakan salah satu daripada gangguan spektrum autisme.
Adhara baru-baru ini muncul sebagai model untuk muka depan majalah Marie Claire Mexico. Dikesempatan itu mereka sekeluarga menceritakan suka duka menjadi kanak-kanak genius. Sebelum dikenali sebagai genius, kanak-kanak itu disahkan mengalami kecacatan perkembangan pada usia tiga tahun. Malah di sekolah, Adhara mengalami kesukaran kerana guru dan rakannya sebelum diketahui bahawa dia boleh belajar algebra sendiri.
Sindrom Asperger yang dialaminya menyukarkan Perez untuk berkomunikasi secara bukan lisan atau menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebaya. Disebabkan situasi itu, dia mengalami kemurungan yang teruk dan enggan hadir ke sekolah.
“Apabila Perez bermain dengan rakan sebaya, mereka sering membulinya dengan mengurungnya di dalam sebuah kandang kecil dan memanggilnya dengan nama-nama seperti ‘Budak Pelik’ atau ‘Budak Gila’.
Walaupun dia menghadapi kesukaran untuk bergaul dan belajar di sekolah, Nayeli kemudiannya mendapati anaknya boleh menghafal jadual berkala dan mengira algebra. Pada mulanya, Nayeli menyangka Adhara hanya bosan, sehingga akhirnya dia dihantar ke sekolah khas untuk terapi. Di sana, Adhara yang tinggal di kawasan keluarga berpendapatan rendah di Tláhau, Mexico City, diuji dan didapati mempunyai IQ 162, lebih tinggi daripada idolanya, Stephen Hawking.
Tamatkan Sekolah Rendah Di Usia 5 Tahun
Ads
Dengan pendidikan yang betul, Adhara akhirnya menamatkan sekolah rendah pada usia lima tahun. Dia kemudian menamatkan sekolah rendah dan menengah dalam tempoh setahun. Kemudian pada usia 11 tahun, kanak-kanak itu menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti CNCI. Kini dia sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang matematik di Universiti Teknologi di Mexico.
Adhara sendiri berazam untuk menamatkan pengajiannya dan kemudian bekerja di NASA.
Ads
Selain itu, Adhara juga bercita-cita untuk menyambung pengajian di Universiti Arizona bagi mempelajari astrofizik. Malangnya dia masih menghadapi masalah dengan visanya walaupun telah ditawarkan biasiswa di sana. Semasa dia belajar, gadis itu juga bekerja dengan Agensi Angkasa Mexico untuk mempromosikan matematik dan pendidikan angkasa untuk kanak-kanak perempuan. Dia juga menyediakan dirinya untuk menjadi orang autistik pertama yang dapat terbang ke angkasa lepas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang 2 hari yang lalu, netizen giat bercakap mengenai perpisahan jutawan bengkung dan barang kemas, Nur Sajat daripada teman lelaki, Coach Yin.
Bukan setakat cerita perpisahan yang meledak di media sosial. Ramai juga bercakap mengenai lelaki yang mengambil alih tempat Coach Yin iaitu seorang lelaki Lebanon yang dikenali sebagai Jad Issa.
Sepanjang tempoh tersebut, Coach Yin sebagai pasangan yang ditinggalkan dalam kes ini tidak cuba untuk menjawab soalan yang ditinggalkan oleh pengikutnya mengenai status hubungan mereka berdua.
Sama ada semasa melakukan video Live di Instagram ataupun di ruangan komen Instagram, dia tidak melayan.
Namun sebentar tadi, Coach Yin nyata tidak lagi mahu dikaitkan dengan Sajat – terutamanya apabila dia menerima “soalan-soalan mengarut” mengenai mereka berdua.
“Saya dan dia (Nur Sajat) sudah tiada apa-apa.
“Saya pun dah moved on dan saya gembira dengan kehidupan saya sekarang.
“Walaupun kami sudah tiada apa-apa, hubungan anak-anak dengan saya tetap sama seperti biasa,” katanya yang masih menyimpan foto bersama Syahmi dan Syaza.
Bumi sememangnya planet yang indah dan ia merupakan satu-satunya planet yang memiliki kehidupan. Namun di sebalik keindahan ini, terdapat tempat yang sebenarnya berbahaya untuk dikunjungi salah satunya kawah berapi yang dikenali sebagai
“mouth of hell” di Turkmenistan.
Baru-baru ini, Presiden Turkmenistan iaitu Gurbanguly Berdimuhamedov membuat keputusan untuk menutup dengan segera kawah berapi yang dikenali sebagai “mouth of hell” itu.
Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov
Jelasnya, walaupun kawah berapi ini menjadi salah satu tarikan pelancong paling popular di Turkmenistan namun fenomena itu memberi kesan kepada alam sekitar gara-gara pembakaran yang berterusan sejak 50 tahun lalu.
Arahan itu dikeluarkan kepada menterinya agar mereka mencari pakar-pakar yang ada dalam usaha memadamkan pembakaran tersebut.
Foto Via Insider
Untuk info, Kawah berapi ini turut dikenali sebagai gas Darvaza dalam bahasa Turkmenistan: Jähennem derwezesi. “Pintu Neraka” atau “Gerbang Neraka” ini pada mulanya ialah sebuah ladang gas alam yang terletak di Derweze, Turkmenistan, yang runtuh dan menjadi lubang besar, sekaligus membuatnya menjadi kawah gas alam.
Para ahli geologi membakarnya untuk mencegah penyebaran gas metana, dan telah terus menyala sejak tahun 1971. Diameter kawahnya mencapai 69 meter (226 ft), sedangkan kedalamannya mencapai 30 meter (98 ft)
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Harian Metro/ Insider
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dalam Kdrama popular bertajuk ‘little women’ iaitu Park Min Jae, 32, meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke China pada Jumaat lalu.
Perkara itu disahkan adik mendiang dan berharap peminat akan sentiasa mengingati lakonan abangnya itu.
Pelakon Kdrama Litte Women
“Abang kesayangan saya telah pergi berehat buat selamanya.
“Saya harap seramai mungkin orang dapat mengingati abang saya.
“Harap maklum saya tidak boleh menghubungi semua orang secara individu.” katanya di Instagram pada Isnin.
Agensi Turut Mengesahkan
Dalam pada itu, agensi Min Jae, iaitu Big Title mengesahkan berita kematian aktor itu dalam satu kenyataan.
“Helo, ini Big Title, agensi pelakon Park Min Jae. Dia seorang yang suka berlakon dan sentiasa memberikan yang terbaik telah meninggal dunia.
“Kami amat menghargai kasih sayang dan perhatian yang telah anda tunjukkan kepada pelakon Park Min Jae walaupun kami tidak dapat melihat persembahannya lagi.
“Kami dengan bangganya akan mengingatinya sebagai pelakon dalam agensi Big Title,” ujarnya.
Difahamkan buat masa ini jenazah masih berada di Dewan Pengebumian Hospital Seoul Universiti Ewha Womans. Upacara pengebumian mendiang akan berlangsung pada pagi Rabu dan lokasi masih belum diputuskan.
Untuk rekod Min Jae turut dikenali dan popular menerusi lakonannya dalam drama Little Women, Snap And Spark, dan True To Love.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.