Alhamdulillah, ini berita mengembirakan buat semua pelancong muslim ke Jepun.
Jepun ada banyak tempat menarik dan salah satunya adalah Gunung Fuji. Gunung Fuji atau Mount Fuji merupakan mercu tanda ikonik di negara Jepun. Pastinya pengalaman ke Jepun korang tidak akan lengkap jika tidak melihat Gunung Fuji ini dengan mata sendiri.
Namun, sekitar tahun 1990-an sehingga ke pertengahan 2010, khabarnya memang sukar untuk pelancong Malaysia mencari tempat makan halal di negara Jepun, apatah lagi tempat beribadat.
Namun begitu, masalah ini nampak sudah selesai kerana berkat usaha pelbagai pihak seperti persatuan penduduk Muslim, serta pihak masjid di Jepun, keperluan restoran Halal telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan masyarakat Jepun sendiri.
Kini, korang boleh mencari restoran halal hampir di semua lokasi utama di Jepun. Dan terbaru, jika korang ingin mengunjungi dan Travel ke Jepun selepas pintu negara dibuka, korang sudah tidak perlu risau untuk menunaikan solat kerana di sana baru-baru ini telah dibuka sebuah masjid yang pertama khas buat pelancong Muslim.
Ads
Masjid FujiKawaguchiko telah dibuka secara rasmi pada 8 November lalu dan ia dibina di bangunan yang asalnya merupakan sebuah tempat penginapan yang diberi nama Capsule Inn Fujisan serta berhampiran dengan Tasik Kawaguchi.
Walaupun tidak banyak maklumat mengenai masjid tersebut, namun nampaknya tempat ibadah itu dibina dengan ruang yang cukup luas untuk menampung puluhan umat Islam.
Malah, masjid ini juga katanya mempunyai kawasan khas untuk pengunjung menjamu selera serta mempunyai beberapa kafe yang halal untuk mereka bersantai sambil makan dan minum.
Ads
Masjid FujiKawaguchiko ini terletak hanya beberapa minit dengan berjalan kaki dari Tasik Kawaguchi yang indah dan berhampiran jambatan yang melintasi tasik.
Ini bererti bahawa setelah menunaikan solat, anda dapat berjalan kaki ke tasik untuk melihat sendiri pemandangan Gunung Fuji yang megah dan indah.
.
Ads
Bagi yang belum berpengalaman ke destinasi pelancongan popular Jepun itu, Tasik Kawaguchi merupakan salah satu tasik yang terkenal di sekitar Gunung Fuji di mana korang boleh menyaksikan panorama gunung tersebut dari sudut yang berbeza.
.
Malah di bahagian utara tasik juga mempunyai pemandangan Gunung Fuji yang terbaik dan ia merupakan lokasi yang paling cantik ketika berlakunya musim luruh atau bunga sakura.
Selain itu, terdapat banyak kemudahan seperti perkhidmatan sewa basikal, kedai serbaneka, hotel dan resort untuk keselesaan percutian buat pelancong.
Hmm…tak sabar penulis nak tunggu pintu ”negara dibuka”. Tapi sementara ini mungkin kita boleh menabung duit dulu kan…Sabar okay nanti dah semuanya reda mungkin kita boleh travel macam dulu lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai antara kita bercita-cita memiliki rumah sendiri. Yalah, ada yang kata sampai bila hendak menyewa. Kalau bayar sikit-sikit pada bank pun satu hari nanti akan jadi hak kita juga. Kalau menyewa hanya tuan rumah saja yang untung. Betul tak? Bagi korang anak muda yang ingin membeli rumah atau ada bercita-cita memiliki rumah sendiri, sila baca senarai lengkap yang dikelurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai pemaju bermasalah dan pemaju-pemaju yang sudah disenarai hitam sebelum tertipu.
REMAJA kongsikan info berguna dari fb Jumpa Kat Mahkamah yang mana peguam-peguam ini berkongsi maklumat yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan senarai pemaju-pemaju bermasalah. Pemaju-pemaju yang disenarai hitam terlibat dengan projek perumahan yang terbengkalai & ada yang tidak mempunyai lesen. Senarai ini boleh diakses oleh orang awam sepenuhnya di http://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43?fbclid=IwAR2Bd06ddKPkesCwhYjt_754yklvUotmU377IwsGhm7_GEJjC0PDS8L_twE
Ini sebahagian senarai pemaju yang engkar, kena saman dan telah di black list oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acap kali dilihat memainkan watak wanita teraniaya, aktres jelita, Datin Elvina Mohamad kali ini menzahirkan rasa puas apabila diberi peluang membawa watak perempuan ‘gedik’ dan antagonis dalam naskhah terbaharunya berjudul Ternyata Sebuah Bahagia.
Berkata kepada Remaja, pelakon berusia 29 tahun itu memaklumkan sekurang-kurangnya dengab membawa karakter itu dapat menjadikan ia seorang aktor versatil.
“Penonton akan bosan bila kita asyik bawa watak yang sama. Bila saya fikir balik, kenapa kita cuba perkara yang baharu dengan membawa watak yang lain daripada sebelum ini.
“Sekurang-kurangnya kita boleh menjadi pelakon yang versatil, bukan hanya boleh bawa satu karakter sahaja iaitu wanita teraniaya,” katanya.
Selain itu, Elvina turut menekankan bahawa membawa watak-watak berkenaan adalah pengalaman baru yang menarik, berbeza dengan karakter wanita teraniaya yang sering dilakonkan.
“Bila saya dapat watak antagonis ini, saya sangat gembira dan saya sukakannya. Ia kerana, apabila kita bawa watak wanita teraniaya mahupun heroin dalam sesebuah naskhah.
“Kita sentiasa kena jaga perwatakan iaitu perlu menjadi lembut dan baik. Tetapi kali ini, kita boleh buat dialog sendiri ketika pengambaran,” ujarnya lagi.
Pelakon drama popular Cinta Si Wedding Planner itu juga bersyukur apabila pihak produksi menyukai lakonannya, ia sekali gus menandakan langkahnya untuk mencuba watak yang berbeza berhasil.
“Saya akui ada yang mudah, ada yang tak mudah apabila bawa watak perempuan gedik ini. Tapi ia satu perkara yang baharu buat saya. Saya risau juga jika watak ini tidak menjadi atau sebaliknua, tetapi pihak produksi suka apa yang saya lakonkan Alhamdulillah.
“Ya, sudah pastinya saya sangat puas kerana inilah watak yang saya tunggu selama ini. Hari-hari pergi ke set pengambaran pun tak stress. Jadi inilah karakter yang saya tunggu sebelum ini,” tuturnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang yang sentiasa mendengar stesen radio bahasa Inggeris tempatan pastinya akan ‘terserempak’ dengan lagu berjudul ‘Pretty Boy’ dalam tempoh beberapa minggu ini?
Remaja sendiri pun tidak menyangka bahawa penyanyi yang menyanyikan lagu pop ini merupakan seorang gadis yang baru berusia 17 tahun berasal dari Thailand.
Chaleeda Gilbert yang kini turut bernaung di bawah salah sebuah label terkenal tempatan iaitu Rocketfuel Entertainment merupakan gadis comel yang mempunyai darah kacukan Thai dan British.
Minat nyanyian bermula sejak kecil dan seawal usia tujuh tahun dia telah menyertai perlbagai pertandingan nyanyian di Thailand. Dan dari situ dia mula muncul dalam pelbagai iklan komersial dan juga ditawarkan watak-watak kecil dalam drama Thai.
Segalanya berubah dalam hidupnya selepas lagu cover Justin Bierber nyanyiannya telah tular dan berjaya mendapat jumlah view sebanyak 1.2 juta dalam tempoh lima hari sahaja!
Selepas itu, Chaleeda mula menerima banyak pelbagai daripada bermacam jenis label muzik di Thailand. Namun Chaleeda memilih untuk bersama dengan label muzik Malaysia.
Ini merupakan sebuah kerjasama dua negara yang pastinya sangat mengujakan kedua-dua belah pihak! Malah dia merupakan artis luar negara pertama yang ditandatangani oleh Rocketfuel Entertaiment.
Muncul dengan imej remaja yang hip, happy go lucky dan mengikut trend semasa, kelibat Chaleeda terutamanya di laman media sosial mula mencuri perhatian netizen Malaysia terutama daripada golongan remaja.
Chaleeda kini mempunyai seramai lebih 128 ribu follower di akaun Instagram (@chaleedaxgilbert) dan rata-rata ruangan komen setiap fotonya di banjiri oleh pengguna Instagram dari Malaysia (terutamanya lelaki!).
Cukup pakej dengan suara yang baik, bubbly personality, wajah yang cantik dan personaliti menarik, Chaleeda dijangka menjadi penyanyi yang bakal menggegarkan dunia muzik Asia Tenggara dalam masa terdekat.
Tampil mempromosikan single terbarunya, ‘Pretty Boy’ yang dicipta oleh Kuizz dan lirik ditulis bersama oleh Kuizz dan singer songwriter berkaliber Malaysia, Bil Musa.
Sejak dimuat naik sejak 12 April yang lalu ia telah mengumpul jumlah view lebih 500 ribu di YouTube. Manakala singlenya yang sebelum ini, ‘Mind Over Matter’ yang dikeluarkan pada tahun lalu telah ditonton lebih 3.6 juta kali!
Dan istimewanya lagu tersebut dicipta oleh rapper terkenal tanah iar iaitu SonaOne.
Semoga karier Chaleeda di Malaysia akan terus berkembang dan mungkin suatu hari nanti kita boleh saksikan dia sebagai cover Remaja! 😉
Foto: Instagram Chaleeda
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!