Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, As-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billab Shah, Malaysia telah menerima seorang Perdana Menteri yang baru sekaligus melantik Perdana Menteri kelapan negara.
Ads
Menurut pekeliling rasmi merangkap kenyataan media yang telah diberikan oleh pihak Istana Negara, Tuanku telah berkenan until melantik Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Upacara istiadat pengurniaan suratcara pelanntikan dan istiadat mengangkat sumpah secara rasmi pula dijadualkan berlangsung pada esok hari pada jam 10.30 pagi di Istana Negara.
Pelantikan ini juga datang lebih awal daripada yang dijangkakan (2 Mac) atas titah Tuanku sendiri. Baginda merasakan pelantikan Perdana Menteri tidal boleh dilengahlan demi kesejahteraan rakyat, ekonomi dan negara secara keseluruhannya.
Kami di meja redaksi REMAJA mengucapkan selamat datang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Semoga kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat akan bertambah baik selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak semua kanak-kanak yang perlu bekerja sejak di bangku sekolah dan memahami erti pergorbanan demi mencari sesuap nasi.
Justeru apabila pelakon remaja yang kian meningkat naik, Qistina Raisah mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan alam persekolahan seperti kanak-kanak lain demi mengejar cita-cita sebagai seorang pelakon cilik, ramai netizen tampil mencemuh secara pra-matang tanpa benar-benar mengetahui kisah sebenar.
Kata pemilik nama penuh Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri ini, dia pernah cuba untuk ke sekolah sama seperti rakan sebayanya sewaktu di darjah satu; namun ia hanya bertahan selama 10 hari sahaja memandangkan perlu kerap ‘ponteng sekolah’ untuk memenuhi kehendak jadual penggambaran.
Qistina Raisah
“Saya belajar dari rumah sejak usia tujuh tahun. Jadi saya tidak merasai keseronokan bersama rakan sekolah.
“Saya memilih kaedah pembelajaran di rumah ini pun kerana pernah dibuang sekolah sebab kerap ponteng.
“Saya pernah bercadang masuk (semula ke) sekolah pada usia 12 tahun untuk mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi terpaksa melupakannya disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Pada masa yang sama, saya pernah dapat job berlakon di Itali.. tetapi cikgu ingat saya pergi bercuti. Jadi saya kena buang sekolah terus,” ujar gadis berusia 25 tahun ini sebelum menyambung, “Sejak itu, saya belajar di rumah sahaja. Saya pun belajar bahasa Mandarin dan bermain gitar.”
Belajar Secara Fleksibel
Tidak menafikan soal pelajaran itu penting, namun Qistina percaya keseimbangan antara pelajaran dan pekerjaan yang telah dilakukan olehnya sejak usia tujuh tahun lebih berkesan untuknya.
“Saya percaya Allah sudah atur perjalanan hidup. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Jadi saya bersyukur. Sebab ada orang belajar tinggi pun sukar nak berjaya. Jadi saya redha apabila saya boleh bina kerjaya dalam bidang seni ini,” ulasnya.
Begitupun, sama seperti kebanyakan selebriti cilik lain, jiwa Qistina juga pernah terdetik rasa teringin untuk berkawan seperti pelajar lain di sekolah. Cuma apabila usia sudah menginjak remaja, Qistina melalui fasa di mana dia sudah boleh menghargai perhubungannya dengan ibu sendiri yang sudah dianggap sebagai rakan karibnya berbanding terkilan kerana kurang mempunyai rakan-rakan sebaya.
Terdahulu, REMAJA menemui Qistina sewaktu sidang media filem bergenre seram, Rahsia yang bakal menemui pawagam pada 10 Ogos 2023.
Selain Qistina, filem yang diinspirasikan daripada Filem Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-7 dengan judul yang sama ini juga menampilkan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nabila Huda, Rashidi Ishak, Marsha Milan, Fikry Ibrahim dan ramai lagi.
Ihsan Foto: Astro Shaw
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika pada zaman ini, ramai yang tidak terlepas menonton drama popular seperti Kampung People dan 7 Hari Mencintaimu, dulu penangan drama tempatan lebih hebat tau.
Bukan hanya bersiaran untuk satu dua musim saja, ada drama popular seperti Gerak Khas pernah bersiaran selama 19 musim dengan sebanyak 1,026 buah episod (OMG)!
Malah, disebabkan populariti Gerak Khas, drama itu diadaptasi pula ke layar perak menerusi tiga buah filem berbeza. Ini termasuklah Gerak Khas the Movie (2001), Gerak Khas the Movie II (2002) dan GK3 the Movie (2005).
Haa, boleh challenge tak? Hehe..
Untuk pengetahuan korang, Gerak Khas ada je ditayangkan di televisyen hingga ke tahun 2019 sama ada dalam bentuk episod baru ataupun episod ulangan. Selepas saluran RTM 1 menayangkanya dari tahun 1999 hingga 2006, saluran RTM 2 mula mengambil alih sehingga tahun lalu.
Terbaru seperti yang ramai ketahui, Gerak Khas akan kembali ditayangkan pada bulan Disember ini.
Namun, apa yang mengejutkan adalah penukaran saluran tayangan drama bersiri itu dari RTM ke TV3. Belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Skop Productions mengenai mengapa TV3 yang mengambil alih. Cuma dari video promosi yang dimuat naik oleh akaun media sosial TV3, musim terakhir Gerak Khas itu akan muncul pada 4 Disember ini, setiap Jumaat dan Sabtu kam 10.30 malam.
Menerusi klip acah itu, kita dapat melihat beberapa watak utama Gerak Khas kembali membuat comeback. Antaranya termasuklah DCP Datuk Helmi (Datuk Yusof Haslam), Inspektor Aleeza (Abby Abadi), ACP Haris (Norman Hakim) dan ASP Salina (Salina Saibi).
Beberapa ‘muka baru’ juga menyertai team Gerak Khas The Finale seperti Ungku Ismail Aziz (Ispektor Daniel) dan Izzat Mushtaq (Ispektor Izzat).
*
P.S: Rindu pula dengan watak Inspektor Mazlan (AC Mizal), Sub Inspektor Hashim (A Galak), Detektif Mazlein (Elly Mazlein) dan Inspektor Jeslina (Haliza Misbun).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agak-agaknya apa perasaan korang bila dinobatkan menjadi perempuan paling cantik di dunia? Mesti bangga kan? Hiks!
Menurut kajian yang telah dibuat oleh Greek Golden Ratio of Beauty Phi, Bella Hadid telah pun dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia kerana mencapai hampir 94.35% tahap kesempurnaan Golden Ratio, menjadikkan individu ini paling dekat dengan idea kesempurnaan Greek Purba.
Kajian ini telah dijalankan oleh pakar bedah plastik Dr. Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka beberapa selebriti wanita terkenal dunia.
Beyonce berada di tempat kedua, diikuti Amber Heard dan tempat keempat adalah Ariana Grande.
Kalau korang tak tahu, The Golden Ratio ini merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam menilai kecantikan wajah seseorang.
Mengikut perkongsian De Silva di laman instagramya, beliau menjelaskan bagaimana persamaan itu dikira dan katanya, ia sudah mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah, di mana para selebriti akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai bantuan dalam menghasilkan karya mereka.
Hm, macam mana guys? Korang bersetuju tak dengan kajian yang mereka buat dengan memilih Bella Hadid sebagai wanita paling cantik di dunia? Hehe!