Panas isu gerakan Blockout 2024 dilaksanakan secara meluas di media sosial wargamaya di Malaysia. Terbaru, pelakon jelita Elfira Loy pula tampil memberikan pendapatnya mengenai gerakan #Blockout2024.
Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 30, menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG Story) berkata gerakan ini sangat wajar dilakukan oleh semua individu.
Menurut pelakon yang popular dengan drama bersiri Qalesya ini, dia sama sekali tidak bersetuju bila mana terdapat individu yang mengatakan bahawa hasil titik peluh yang diperolehi menerusi kempen mempromosikan barangan jenama yang menyokong Zionis adalah rezeki daripada Allah SWT.
‘Jadi, dengan puak macam ini (Zionis) ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka.
Ads
Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, learn to let go.
Percayalah Allah akan beri lebih baik.’
Tambahnya lagi, dia tidak dapat membayangkan keadaan sebenar yang akan terjadi apabil munculnya Dajjal di atas muka bumi ini memandangkan orang ramai mula keliru mengenai gerakan boikot yang sedang dilakukan.
Ads
‘Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana.
Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja.
Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot.’
Ads
Sekadar info, gerakan Blockout2024 ini dibuat susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel. Antara artis tempatan yang turut disenaraikan bagi gerakan ini termasuklah Daiyan Trisha, Nadhir Nasar, Dahlia Rizal dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pemergian seramai 53 orang anak kapal selam tentera Indonesia, KRI Nanggala-402 yang disahkan ditemui di dasar laut perairan Bali semalam masih sukar untuk diterima oleh ramai pihak.
Biarpun tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mangsa insiden, ramai warganet yang meratapi pemergian menyedihkan itu.
Apatah pula buat kenalan rapat mangsa, pastinya mereka sedang dalam fasa berdukacita dan redha dengan ketentuan Ilahi ini.
Dua kisah melibatkan kenalan kru kapal telah mendapat perhatian rakyat Indonesia di mana salah seorang daripadanya merupakan seorang wanita yang sedang hamil dan seorang abang yang kehilangan adiknya dalam tragedi ini.
Hubungan Abang Adik Kandung
Pertalian rapat di antara anak kapal bernama Letkol Irfan Suri dan abangnya, Akhyar Tarfi menbuatkan tragedi tambah menduka citakan.
Tanpa putus terus berdoa, abangnya yang menetap bersama keluarga arwah di Banda Aceh kini terdahulu mengharapkan keajaiban bulan Ramadan ini agar kesemua kru tersebut ditemui semula dalam keadaan sihat.
“Saya adalah anak kelima dan (arwah) adalah anak keenam. Jadi secara tidak langsung hubungan saya lebih dekat dengan Irfan Suri. Irfan orangnya tenang, tidak banyak bicara. Tapi yang paling kuat karakter dia. Dia amat komited dalam menyelesaikan tugas-tugasnya.
“Kalau tidak salah, (arwah) sempat diberikan amanah untuk menjaga bidang kelengkapan dan senjata kerana dia mendapat banyak kepercayaan daripada pasukannya.”
Isteri Sedang Hamil
Kisah seorang isteri kepada anak kapal selam KRI Nanggala-402 mendapat tumpuan setelah ia dikongsikan oleh akaun TikTok bernama @mintasofia_k.
Menerusi video yang dimuat naik pada hari Sabtu lalu, isteri kepada Sertu Bah Yoto Eki Setiawan itu meluahkan perasaannya dan meminta agar warganet mendoakan kesejahteraannya.
Lebih menyedidkan apabila wanita itu juga disahkan sedang hamil dan ‘merasakan’ anak di dalam kandungannya itu juga merindui arwah ayahnya.
Sehingga kini, lebih dari 5 juta orang warganet telah menyaksikan video tersebut dan ia mendapat lebih daripada 600,000 komen.
Rata-rata berharap agar wanita yang baru saja bernikah selama 5 bulan itu cekal berdepan situasi ini dan berharap agar dia kuat menghadapinya dengan memberikan tumpuan kepada keadaan kandungan.
Fast & Furious 9: The Fast Saga telah pun menayangkan trailer rasminya pada dua hari lalu dan rata-rata peminat dari siri filem tersebut sudah tidak sabar menantikan tayangannya pada 21 Mei 2020.
Filem kesembilan dari francais "Fast & Furious" ini merupakan kesinambungan dari filem ke-lapan pada tahun 2017 iaitu "Fast & Furious 8". Ia menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.
Dibintangi oleh Vin Diesel bersama-sama pelakon asal Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker, filem ini juga bakal menyaksikan kemunculan John Cena bagi menggantikan tempat Dwayne Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam filem ini.
Rancangan Dom untuk pencen dan menghabiskan waktu bersama anak dan isterinya gagal apabila dia diburu oleh Charlize Theron yang bersekutu dengan adiknya, watak yang dipegang John Cena. Semua geng Dominic Toretto berkumpul untuk memberikan bantuan dan di akhir trailer Han yang telah dianggap meninggal dunia membuat kemunculan.
Part inilah yang membuatkan ramai excited dan tidak sabar untuk menunggu tayangannya kira-kira dua bulan lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TAKTIK penipuan dalam talian melibatkan telefon pintar Apple, iPhone bukan perkara baharu di negara ini. Malah, nampaknya kes penipuan yang melibatkan scammer masih belum berakhir, malah ada individu yang turut menjadi mangsa akibat tindakan licik individu tidak bertanggungjawab ini.
Foto Via Pexels
Rata-rata pengguna Instagram baru-baru ini mengeluh dengan sindiket menghantar mesej melalui ruangan komen atau ‘ditag’ bahawa ‘kononnya’ memenangi iPhone. Majoriti turut menerima mesej serupa beberapa kali baru-baru ini.
Malah, seorang remaja berusia 17 tahun turut menjadi mangsa scammer apabila dia melaporkan satu akaun Instagram yang didakwa milik sex predator, menyasarkan golongan wanita dengan mengumpan mereka melalui pemberian iPhone secara percuma.
Shabina (@ketengahketepi), melalui Twitternya mendedahkan sudah ada remaja perempuan menjadi mangsa individu di sebalik akaun tersebut.
“Korang, minta tolong sangat-sangat report (akaun) Instagram tak guna ini. Also please beritahu mangsa apa yang dia perlu buat. Serious marah gila I baca.
“Ini fake account tak guna tu. Ada banyak lagi conversation tapi disturbing sangat-sangat. Mangsa tak tahu nak buat apa memandangkan dia masih bawah umur. Tolong bantu,” tulisnya.
Berdasarkan gambar, individu terbabit menggunakan nama Kenz Iphone yang menawarkan iPhone secara percuma dengan syarat-syarat tertentu. Bagi mereka yang berminat bolehlah membuat ujian kematangan badan dan Kenz memberi jaminan privacy peserta akan dilindungi.
Berdasarkan perkongsian pengguna itu, syarat diletakkan oleh ‘scammer’ itu adalah ‘perlu membuat ujian kematangan badan’ untuk memenangi iPhone percuma.
Pengguna itu turut berkongsi ada mangsa yang ‘terkena’ dengan taktik ‘scammer’ berkenaan dan cuba meminta bantuan daripadanya. Mangsa dikatakan merupakan gadis bawah umur dan menerusi ruangan komen, mangsa tersebut sudah membuat laporan polis.
MANGSA membuat laporan polis. — Twitter
Ishh, moga korang diluar sana lebih berhati-hati dan jangan cepat teruja bila mendapat notifikasi ‘hadiah’ dari seseorang di laman sosial.
Semoga ia dijadikan pengajaran buat semua lapisan masyarakat.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.