Masalah rambut gugur bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh, sebaliknya perlu ditangani dengan segera.

Masalah Rambut Gugur, 9 Makanan Ini Wajib Ada Dalam Menu Harian

Tidak hanya perempuan, kaum laki-laki pun ada yang mengalami masalah seperti ini.

Nak tahu sama ada korang ada masalah rambut gugur atau tak, tengok saja bila time sikat dan basuh rambut, kalau rambut berkepul-kepul sampai segenggam tu maknanya rambut korang memang mempunyai masalah. Setakat gugur sehelai dua pula itu normal la!

Jadi, bila dah bermasalah macam ni, cuba tukar jaga pemakanan dan amalkan 9 makanan ini.

  1. Sayuran hijau

Masalah Rambut Gugur, 9 Makanan Ini Wajib Ada Dalam Menu Harian

Sayuran hijau sangat penting kerana khasiat yang terdapat dalam sayuran hijau mengandungi pelbagai nutrisi untuk badan. Bagi masalah keguguran rambut, sayuran hijau mengandungi Vitamin A dan Vitamin C.

IKLAN

Vitamin ini sangat penting dalam pengeluaran sebum. Ini kerana sebum membantu dalam menjaga rambut supaya kelihatan sihat. Sayuran hijau juga kaya dalam zat besi, selenium dan kalsium yang membantu pertumbuhan rambu

2. Telur

Bernutrisi dengan Vitamin B12 dan protein, ia sangat penting untuk akar rambut. Telur juga mengandungi mineral penting seperti zink, selenium, zat besi dan sulfur yang berfungsi membawa oksigen ke akar rambut. Jika anda keguguran rambut, ia membawa maksud anda kekurangan zat besi.

3. Kekacang dan bijirin

Kepelbagaian kekacang dan bijirin mengandungi nutrien yang dipanggil biotin, iaitu penting dalam membantu menjaga kuku, kulit dan rambut supaya kekal sihat. Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut menjadi gugur, bercabang dan beruban secara pramatang.

IKLAN

4. Buah oren

Mengandungi sumber Vitamin C, buah oren membantu dalam penyerapan zat besi.

Apabila badan mempunyai Vitamin C yang mencukupi, ia akan memudahkan proses penyerapan zat besi yang boleh didapati daripada kacang soya dan daging. Vitamin C juga membantu dalam mengeluarkan kolagen di mana ia perlu dalam pertumbuhan akar rambut.

5. Susu, keju dan yogurt

Ketiga-tiga makanan ini mengandungi caseindan whey iaitu nutrisi protein. Ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan rambut dan mengekalkan akar rambut yang kuat.

6. Salmon

Masalah Rambut Gugur, 9 Makanan Ini Wajib Ada Dalam Menu Harian
Mengandungi Omega-3 yang tinggi, Vitamin B12 dan zat besi, salmon merupakan makanan yang terbaik dalam menyalurkan nutrien yang dapat mengekalkan rambut yang sihat dan baiki rambut rosak.
7. Buah Pisang

Kaya dengan vitamin B6, pisang membantu dalam mengekalkan rambut yang sihat. Selain dalam mengeluarkan sel darah merah, ia juga menguatkan kulit kepala serta mencegah kekurangan rambut yang gugur.

IKLAN

8. Kerang dan tiram

Tiram mengandungi antioksidan dan kaya dengan zink di mana ia membantu dalam mencegah kelemumur dan keguguran rambut. Manakala kerang tinggi dalam nutrien zat besi iaitu mempunyai kolagen yang tinggi bagi menyuburkan akar rambut.

9. Avocado

Avocado sering dilihat dalam pelbagai jenis produk untuk rambut. Ini kerana avocado kaya dengan Vitamin B dan Vitamin E. Ia juga membantu menjaga kulit kepala agar tetap sihat. Folikel rambut dan kulit kepala mendapat kelembapan daripadanya dan menghasilkan rambut bersinar secara semulajadi.

So guys, semoga perkongsian ini bermanfaat dan buat dengan konsisten okay?

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI