Ahli kumpulan K-pop popular SHINee, Key, dilaporkan telah dipanggil polis untuk disoal siasat berhubung dakwaan menerima rawatan perubatan secara haram daripada seorang wanita yang dikenali sebagai “injection aunt”. Kes membabitkan Key SHINee itu kini menjadi sebahagian daripada siasatan polis berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang perubatan di Korea Selatan.
Menurut polis, Key atau nama sebenarnya Kim Ki-bum, telah hadir untuk sesi soal siasat di Balai Polis Gangnam, Seoul pada bulan lalu sebagai suspek atas beberapa pertuduhan termasuk kemungkinan melanggar Akta Perkhidmatan Perubatan Korea Selatan.
Turut dipanggil bagi membantu siasatan sebagai suspek ialah YouTuber terkenal Ipjjalbeun Haetnim, atau nama sebenarnya Kim Mi-kyung.
Kes berkenaan turut dikaitkan dengan personaliti televisyen Park Na-rae, yang sebelum ini sudah beberapa kali disoal siasat polis atas dakwaan sama.
Key SHINee Didakwa Terima Rawatan Daripada ‘Injection Aunt’
Ketiga-tiga selebriti itu didakwa pernah menerima rawatan daripada seorang wanita dikenali dengan nama keluarga Lee, yang mendapat jolokan “injection aunt”.
Lee disiasat polis sejak Februari lalu kerana disyaki memberikan suntikan intravena (IV) serta membekalkan atau menetapkan ubat antidepresan kepada mereka walaupun tidak mempunyai lesen perubatan yang sah di Korea Selatan.
Lebih membimbangkan, rawatan tersebut dipercayai tidak dilakukan di fasiliti perubatan berlesen, sebaliknya di lokasi persendirian.
Ads
Perkara itu menjadi antara aspek penting dalam siasatan kerana pihak berkuasa perlu menentukan bentuk rawatan yang diberikan, lokasi ia dilakukan dan sama ada tindakan berkenaan melanggar peruntukan undang-undang perubatan negara tersebut. Dalam kes Key SHINee, siasatan juga perlu menentukan keadaan sebenar ketika rawatan diterima serta tahap pengetahuannya berhubung status individu yang memberikan rawatan berkenaan.
Pada penghujung tahun lalu, pihak berkuasa dilaporkan telah mengenakan larangan perjalanan ke luar negara terhadap Lee selain melakukan penggeledahan di kediamannya serta beberapa lokasi lain sebagai sebahagian daripada siasatan.
Balai Polis Gangnam kini mengendalikan kes membabitkan Key, Ipjjalbeun Haetnim dan Park Na-rae secara bersama.
Aduan membabitkan Ipjjalbeun Haetnim pada asalnya dibuat di Balai Polis Mapo pada Disember tahun lalu sebelum kes itu dipindahkan ke Gangnam. Sementara itu, aduan terhadap Key SHINee pula difailkan di Balai Polis Gangnam pada awal tahun ini.
Pernah Hentikan Aktiviti Seni Selama Enam Bulan
Kontroversi tersebut sebelum ini menyebabkan Key dan Ipjjalbeun Haetnim menghentikan sementara aktiviti penyiaran dan hiburan masing-masing pada Disember tahun lalu selepas mengakui pernah menerima rawatan daripada Lee.
Ads
Selepas kira-kira enam bulan menyepi, Key kembali meneruskan aktiviti seninya pada Jun lalu.
Perkembangan terbaru ini bagaimanapun menyaksikan penyanyi berusia 34 tahun itu kini berdepan siasatan sebagai suspek bagi menentukan sama ada rawatan yang diterimanya melanggar undang-undang perubatan Korea Selatan.
Status siasatan terhadap Key SHINee turut memberi perhatian kepada persoalan sama ada penerima rawatan boleh berdepan implikasi undang-undang berdasarkan keadaan dan fakta yang ditemui polis. Bagaimanapun, perkara tersebut masih tertakluk kepada hasil siasatan pihak berkuasa dan tidak boleh dianggap sebagai penentuan bahawa kesalahan telah dilakukan.
Siasatan Polis Terhadap Key SHINee Masih Berjalan
Setakat ini, status sebagai suspek dan proses soal siasat tidak bermaksud Key telah didapati bersalah. Siasatan polis masih berjalan bagi menentukan tahap penglibatan setiap individu serta sama ada kes berkenaan mempunyai asas untuk dibawa ke peringkat pendakwaan.
Ads
Proses soal siasat membolehkan pihak polis mendapatkan keterangan daripada individu yang terbabit selain membandingkannya dengan bukti dan maklumat lain yang dikumpulkan sepanjang siasatan. Oleh itu, perkembangan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan serta keputusan pihak berkuasa selepas semua keterangan berkaitan dinilai.
Dalam perkembangan berkaitan, Park Na-rae pula telah dirujuk kepada pihak pendakwaan tanpa tahanan pada bulan lalu atas beberapa pertuduhan lain, termasuk dakwaan serangan khas serta pelanggaran undang-undang berkaitan rangkaian maklumat, susulan dakwaan layanan buruk terhadap pengurusnya.
Kes melibatkan Key SHINee, Ipjjalbeun Haetnim dan Park Na-rae itu masih berada dalam proses undang-undang. Sehingga pihak berkuasa mengumumkan keputusan siasatan atau tindakan pendakwaan, dakwaan yang sedang disiasat tidak seharusnya dianggap sebagai keputusan muktamad mengenai kesalahan mana-mana individu.
Sumber : Seoul Economic Daily
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk menyimpan duit adalah dengan ‘main kutu’.
Seorang wakil yang dilantik sebagai ‘mak kutu’ akan mengumpul duit bulanan daripada ahli-ahli yang lain dan akan diberikan secara bergilir-gilir kepada mengikut giliran masing-masing.
Apa yang menjadi isu, bila ada di antara ahli lain yang cabut lari apabila sudah mendapat wang dan tidak mahu meneruskan permainan. Sudahnya, melopong la korang tak dapat duit.
Jadi, macam mana nak simpan duit secara berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ada juga bank yang menyediakan kemudahan untuk menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.
Baca perkongsian daripada SisiAzie Hassan ini tentang bagaimana untuk menyimpan dengan Flexi Saver Plan.
1. Log in akaun seperti biasa
2. Klik pada Accounts & Banking
3. Klik Personal Saver Account
4. Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
5. Boleh pilih dari tempoh masa 12 b ulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
6. Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
7. Pilih tarikh yang korang mahu duit ditolak daripada akaun bank setiap bulan
Contoh:
Disember 2015: RM150/bulan (12 bulan)Setiap 30 hari bulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800
Pastikan setiap 30 hari bulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, korang tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.
Amacam, menarik tak? Cara ni confirm akan buat korang dapat menyimpan dengan penuh disiplin tanpa gagal. Cukup tempoh matang, duit tu boleh la digunakan untuk urusan-urusan penting seperti bayar roadtax kereta atau pergi melancong.
Jom try!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah tulang bengkok atau juga skoliosis bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.
Bagi korang yang mungkin tidak tahu, penyanyi lagenda dan popular dengan lagu Gerimis Mengundang iaitu Zamani Slam salah seorang yang menderita dengan penyakit ini.
Foto Via Instagram ZamanSlam
Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @annasoffiya telah memuat naik video memaparkan Zamani sedang membuat persembahan di Bangi Avenue Convention Center (BACC). Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat keadaan terkini Zamani dimana keadaan fizikal Zamani terlihat berubah disebabkan skiliosis. Akan tetapi, ia tidak menjadi penghalang untuk Zamani menyanyi dengan baik sekaligus menghiburkan para tetamu yang ada.
Dilaporkan sebelum ini, Zamani Slam mengakui masalah tulang belakang melengkung atau skiliosis yang dihidapinya sejak dua tahun lalu kini semakin serius. Malah, beliau juga sedang mendapatkan khidmat rawatan tradisional sebagai ikhtiar untuk merawat masalah tulang belakangnya yang semakin membengkok.
Apa Itu Skoliosis
Skoliosis adalah keadaan dimana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan. Ianya selalu berlaku ketika mana ketinggian badan sedang meningkat dengan pesat iaitu pada golongan remaja.
Perkataan skoliosis sebenarnya berasal daripada perkataan yunani yang membawa maksud melengkung atau membengkok. Dalam perubatan pula ianya secara spesifik digunakan bagi mengambarkan tulang belakang yang bengkok.
Kes skoliosis ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
Congenital – Bermaksud berlaku sejak lahir lagi.
Acquired – Bermaksud berlaku selepas daripada kelahiran. Kebanyakan pesakit tidak mempunyai punca yang jelas kepada masalah tersebut. Punca yang tidak jelas ini dipanggil sebagai idioptahic. Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan yang diketahui boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah cerebral palsy dan juga muscular dystrophy
Kebanyakan kes skoliosis adalah sangat sedikit dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada pesakit. Tetapi jika lengkungan tulang belakang itu adalah teruk, ia boleh menyebabkan paru-paru tidak dapat berfungsi dengan betul. Kanak-kanak yang mempunyai skoliosis yang tidak teruk selalunya hanya akan dipantau sahaja untuk melihat sama ada tulang itu semakin membengkok ataupun tidak.
Apakah tanda-tanda skoliosis?
Terdapat beberapa tanda seseorang itu mengalami skoliosis. Ia adalah:
Bahu yang tidak sama paras. Satu tinggi dan satu rendah
Sebelah bahagian tulang belikat nampak lebih jelas berbanding sebelah yang lain
Pinggang yang tidak sama para
Bila menunduk, kelihatan bahagian belakangnya tidak lurus.
Faktor risiko
Faktor risiko yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami skoliosis ialah:
Usia: Selalunya simptom akan muncul pada waktu akil baligh
Jantina: Kedua-dua jantina boleh menghadapi masalah ini. Tetapi ianya selalu berlaku pada kaum wanita
Sejarah keluarga: Skoliosis boleh berlaku di dalam keluarga yang sama.
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi yang boleh berlaku. Tetapi selalunya ia berlaku pada mereka yang mengalami lengkungan tulang belakang yang teruk. Beberapa komplikasi tersebut adalah:
Tekanan pada paru-paru dan jantung. Dalam skoliosis yang teruk, Perkembangan paru-paru terjejas menyebabkan pesakit tidak boleh bernafas dengan sepenuhnya
Masalah belakang: Skoliosis juga akan menyebabkan sakit belakang yang kronik pada pesakit.
Apakah rawatan skoliosis?
Jika skoliosis tersebut terlalu sedikit, selalunya doktor tidak akan melakukan apa-apa rawatan dan hanya lebih kepada pemantauan.
1. Senaman Schroth
Jika skoliosis itu sedikit teruk, pesakit selalunya akan dirujuk kepada ahli fisioterapi dimana mereka akan mengajar senaman Schroth. Ia bertujuan untuk menguatkan otot-otot yang lemah dibahagian belakang badan.
2. Braces(Pendakap badan)
Jika pesakit adalah kanak-kanak yang masih lagi membesar dan sudut lengkungan tulang belakang itu melebihi 20 darjah, maka adalah disyorkan menggunakan pendakap badan ataupun braces bagi mengekang tulang berlakang tersebut menjadi lebih bengkok.
Kebanyakan jenis braces ini diperbuat daripada plastik. Selalunya ia akan dipakai pada waktu pagi dan malam. Kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam sukan atau permaianan perlulah menanggalkan braces ini terlebih dahulu.
Pesakit tidak lagi perlu memakai braces ini ketika ketinggiannya sudah tidak bertambah.
3. Pembedahan
Jika sudut lengkungan itu melebihi 45 darjah, pesakit selalunya akan disyorkan melakukan pembedahan untuk meluruskan tulang belakang tersebut. Selepas pembedahan dibuat, tulang belakang menjadi lurus
Mari lah kita sama-sama mendoakan agar abang Zamani kembali sihat dan tulang belakangnya akan menunjukkan perkembangan positif.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : TikTok @annasoffiya / Dr Latif Saad ( The Diagnosa)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang popular BTS, RM atau pemilik nama sebenarnya Kim Namjoon yang kini berusia 31 tahun, baru-baru ini mencuri perhatian apabila menyambut ulang tahunnya dengan cara berbeza iaitu dengan membuat sumbangan besar bernilai 200 juta Korea Won (RM700,000) kepada dua buah hospital ternama di Korea Selatan pada 12 September.
Menurut sumber daripada komuniti perubatan, RM telah menyalurkan sumbangan sebanyak 100 juta Korea Won kepada Seoul Asan Medical Center dan 100 juta Korea Won lagi kepada Korea University Medical Center sebagai dana pembangunan.
Dalam pada itu, wakil daripada Asan Medical Center memaklumkan dana tersebut akan digunakan untuk menampung kos rawatan serta pembedahan pesakit daripada golongan yang kurang berkemampuan. Sementara itu, Korea University Medical Center pula merancang menggunakan dana tersebut untuk memperbaiki persekitaran rawatan serta memperluas perkhidmatan perubatan mereka.
“Saya memutuskan untuk berdonasi kerana saya ingin menyertai dalam kegiatan yang bermakna di hari ulang tahun saya”
“Saya berharap ini dapat membantu, meskipun hanya sedikit, bagi pesakit yang sangat memerlukan perawatan tetapi sedang mengalami masalah kewangan,” katanya.
Memetik laporan media Korea Selatan, ini bukan kali pertama buat ketua kumpulan BTS, RM sebelum ini diketahui sering melakukan sumbangan amal pada setiap ulang tahunnya. Tahun lalu, beliau menyumbang 100 juta won kepada ‘Kempen Terima Kasih Pekerja Beruniform’ anjuran Kementerian Patriots dan Hal Ehwal Veteran. Pada tahun 2023 pula, sumbangan beliau disalurkan kepada Persatuan Perubatan Forensik Korea.
Selain itu, pada tahun 2021 dan 2022, pelantun lagu ‘Moonchild’ tersebut pernah menyalurkan dana kepada Overseas Korean Cultural Heritage Foundation untuk tujuan pemuliharaan serta pemulihan warisan budaya Korea di luar negara. Tindakan konsisten ini menjadikan beliau bukan sahaja ikon muzik, tetapi juga simbol pengaruh positif dalam masyarakat.
Menerusi sumbangan terbaru RM ini turut mendapat perhatian para peminat (ARMY) yang memuji kepekaan beliau terhadap isu sosial serta kepentingan memberi kembali kepada masyarakat. Malah, ramai berpendapat tindakan ini menunjukkan sisi peribadi RM yang penuh empati dan rendah hati.
Untuk perkembangan terkini, kumpulan BTS dijadualkan kembali dengan aktiviti penuh sebagai sebuah kumpulan pada musim bunga tahun 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pelakon dan pengacara Izzue Islam, setiap watak yang dibawakan bukan sekadar soal mencabar kemampuan lakonan, tetapi pada masa sama perlu selari dengan batas...