Port lepak paling best confirm la tempat makan kan? Tak perlu restoran yang fancy-fancy, cukup sekadar kedai yang menyediakan hidangan lazat, dah boleh buatkan anak muda lepak sampai ke pagi.
Ni untuk warga JDT, Remaja nak share 20 port makan ‘Baek Punya’ untuk korang yang selalu tercari-cari tempat makan yang best.
1. Restoran Azmi Wawa
ABC-Kg-Melayu-Majidee
17, Jalan Masjid,
Kg Melayu Majidee
ABC Kg Melayu Majidee lengkap dengan segala bahan Aiskrim,Coklat dan juga kacang yang rangup. Harganya cuma RM3 saja.
Di sini juga korang boleh menikmati sup tulang merah bersama roti, otak-otak, Rojak Asma, Nasi Beriyani dan juga Murtabak Singapura.
2. Restoran ZZ Sup Tulang
Lot 667, JKR Daerah Jalan Petrie, Off Jalan Mariamah, Johor Bahru
012-722 7209
7 Pagi – 2 Pagi
Menu istimewa di Restoran Sup Tulang ZZ adalah Sup Tulang, Mee Rebus Ayam, daging dan juga tulang. Kuahnya pun memang pekat, awesome bro!
Selain tu, bagi mereka yang suka kan western food dan kerang sambal, korang boleh dapatkannya di sini.
3. Anjung Warisan
JKR296, Jalan Petri, 80100, Kampung Tarum
Tarikan utama di Anjung Warisan adalah persembahan Angklung dan juga makan secara bersila di tempat makan yang di sediakan.
Feeling-feeling perempuan Melayu terakhir gitchew..
4. Asma Rojak Larkin
Plaza Larkin
1.497098,103.743393
Asma Rojak Larkin terletak di Food Court Mara bersebelahan terminal Bas Larkin.
Di sini juga ada makanan seperti Rojak Petis, Rojak Buah, Tauhu Bakar dan juga Otak-Otak goreng.
5. Bakar Bakar Steamboat & Grill House
No.1 , 1-01 Jalan Padi Emas 1/5 Uda Business Centre
01110772609
11 Pagi – 12 Tengah Malam
Bakar Bakar Steak House merupakan restoran dua tingkat dan sangat selesa untuk korang menikmati hidangan secara buffet.
Ramai pengunjung berpuas hati dengan menu yang menarik,beraneka jenis serta layanan staf yang mesra pelanggan. Sesuai untuk kumpulan yang mengadakan reunion untuk berkumpul di sini.
Ads
Apa yang menariknya,tiada bayaran untuk kanak-kanak di bawah 7 tahun dan caj untuk dewasa adalah berpatutan iaitu RM33 hingga RM44 seorang.
Wah, menarik ni.
6. Banafee Village
No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir
07-333 3377
Menu yang patut anda cuba di Banafee Village adalah nasi padang dan juga ayam penyet.
Di sebelahnya malamnya terdapat live band untuk para tetamu bersantai sambil menjamah makanan.
Sesuailah untuk korang yang berjiwa muda tu kan?
7. Kapten Steamboat & Grill
8-01 & 10-01 Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat
12PM-12Am
Kapten Steamboat & Grill memberi pilihan kepada pengunjung menikmati makanan secara ala carte atau buffet.
8. Malay Village Restaurant
No. 9A Jalan Kolam Air
017-7337303
8AM-12:15Am
Masakan istimewa di Malay Village adalah Butter Prawns,MV Bamboo Rice Special, Lemon Chicken dan juga Assam Siakap Serta Siakap Terbang.
Di sini juga menerima tempahan untuk acara seperti majlis hari lahir,gathering dan juga kenduri kahwin.
9. Medan Selera Jalan Sg Chat
Jalan Sg Chat
Ads
Medan Selera Sg Chat adalah bersebelahan dengan dataran bandar raya dan sebelum medan selera tepian Tebrau.
Menu yang terkenal adalah ikan bakar dan juga murtabak Singapura.
10. Medan Selera Luton Van di Dataran Bandaraya
Jalan Lingkaran Dalam
Medan Selera ini terletak bersebelahan dengan Dataran Bandaraya. Tempat makan di sini adalah jenis terbuka dan di kelilingi dengan Luton Van yang menyediakan pelbagai steamboat mengikut citarasa pelanggan.
Harganya dibezakan mengikut warna yang terdapat di hujung lidi yang berharga antara RM0.50 hingga RM1.50.
11. Medan Selera Tepian Tebrau
Jalan Sg Chat
1.461435,103.73751
Antara menu yang disediakan adalah seperti ikan bakar, tauhu bakar, asam pedas dan juga murtabak Singapura.
Medan selera ini sebaris dengan Medan Selera Sg Chat.
12. Mee Rebus Hj Wahid
Plaza Angsana
Mee Rebus Hj Wahid terletak di medan selera tingkat bawah Plaza Angsana. Kuahnya yang pekat menambahkan lagi kesedapan mi rebus. Selain itu,kaedah penyediaan juga adalah cepat dan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmatinya.
Ok kalau service cepat macam ni memang wajib ada dalam list!
13. Pots & Pans Cafe
No 15, Jalan Bukit Meldrum
Restoran ini menyediakan makanan seperti Burger Bakar, Sizziling Chicken, Carbonara Seafood dan bermacam jenis lagi pada harga yang berpatutan.
Restoran Dayang sangat meriah pada waktu malam terutamanya kalau ada perlawanan bola sepak melibatkan pasukan JDT. Skrin layar pun turut disediakan kepada pengunjung untuk menonton perlawanan tersebut.
Antara menu yang ada adalah seperti Nasi Goreng Merdeka,Sotong Telur Masin dan Beriani Warisan Johor.
15. Restoran Seri Bayu Perdana
No. 15 & 17, Jln Susur Dewata 1, Larkin Perdana Johor Bahru
Restoran ini menjadi tumpuan orang ramai terutama pada waktu tengah hari kerana lauk pauk yang disediakan mempunyai banyak pilihan.
16. Restoran Singgah Selalu
36-F, Jalan Skudai Danga Bay
Antara menu yang boleh korang cuba adalah Teppayanki Seafood Fried Rice,Satay dan juga sup ekor.
17. Roslin Beriani House
14 Jalan Rebana Kebun Teh Johor Bahru
60127939547
Roslin Beriani House merupakan restoran yang terkenal dengan Nasi Beriyani di Bandar Johor Bahru.Di buka dari pukul 7:30 pagi hingga 7:30 malam dan tutup pada Hari Ahad.
18. Senibong Sea Food
NO 1 JLN PERSISIRAN PANTAI KG SENIBONG
012-755 7327
4 Petang – 2 Pagi
Pilihan untuk menikmati seafood sambil menikmati sunset. Sweet kan? Di sini terdapat banyak kedai dan antara yang popular adalah selera Senibong seafood.
19. Tapah Corner
Restoran-Tapah-Corner
62, Jalan Stulang Bahru, Taman Suria
7 Pagi – 2 Pagi
Tapah Corner adalah pilihan untuk bersarapan dengan hidangan seperti bihun, nasi lemak, roti canai, Laksa Johor, Lontong Kering dan juga aneka jenis kuih muih.
Kedai makan ini juga turut menyediakan masakan panas bermula pada pukul 2 petang sehingga pukul 2 pagi.
20. Lazat Steakhouse Western Restaurant
Jln Padi Emas 1/5
Lazat Steakhouse Western restaurant menyediakan menu seperti Pizza, Spaghetti (Marinara,Bolognese,Carbonara,Alfredo) Fish & Chips serta Lamb Chop.
Cukup tak dengan 20 senarai port makan terkenal yang kami bagi ni? Lepas ni tak ada isu lagi nak jawab soalan member kalau dorang tanya “Nak makan dekat mana” kan?
Penyanyi terkenal, IU atau nama sebenar Lee Ji Eun baru-baru ini dilaporkan membuat sumbangan sebanyak 225 Juta Won (RM710,000) kepada pelbagai lembaga sosial di Korea Selatan.
Pihak pengurusan IU, EDAM Entertainment menerusi satu kenyataan berkata, segala derma sumbangan tersebut telah disalurkan atas nama IUAENA, iaitu kombinasi nama IU dan nama rasmi kelab peminatnya.
Difahamkan, dana tersebut telah diberikan kepada beberapa organisasi seperti Persatuan Penyakit Jarang Ditemui Pediatrik Korea Selatan, Organisasi Penghantar Susu Lanjut Usia Kampung Hansarang, dan Rumah Bayi Hansarang.
Menurut beberapa laporan media, ini bukanlah hal baru kerana IU sebelum ini juga kerap memberikan sumbangan setiap kali ulang tahun peringatan debut sebagai bentuk penghargaan atas sokongan peminatnya, UAENA.
Bagi dana kali ini ia akan digunakan untuk pelbagai keperluan termasuk kos ubat, pendidikan, dan kaunseling psikologi untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang ditemui, beserta sokongan bagi orang lanjut usia dan kemudahan untuk orang kurang upaya.
Sementara itu, bercakap mengenai konsert IU ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING’ yang akan diadakan di Stadium Piala Dunia Seoul pada 21 dan 22 September ini.
Pelantun lagu ‘Love Wins All’ itu juga dilaporkan turut memberikan kejutan berupa hadiah keperluan rumah kepada penduduk kejiranan yang tinggal di sekitar kawasan residensi Seongsan-dong iaitu lokasi yang berhampiran dengan kawasan konsert akan datang.
Menerusi laman komuniti di Korea Selatan, salah seorang penduduk disitu memberitahu itu merupakan kali pertama mereka mendapat hadiah dari selebriti yang mengadakan persembahan di stadium berhampiran dan kebiasaannya sebelum ini mereka hanya bersiap sedia untuk menghadapi gangguan bunyi dan lalu lintas jika sebarang persembahan diadakan.
Terdapat pesanan yang disertakan dalam beg berisi hadiah keperluan plastik pelupusan sampah berbunyi, “Konsert IU akan diadakan selama dua hari di Stadium Piala Dunia Seoul dari 21 dan 22 September. Kami memohon jasa anda (penduduk) untuk memahami dengan baik”.
Kebanyakan penduduk residensi di kawasan sekitar tersentuh dengan perilaku yang dilakukan oleh penyanyi berusia 31 tahun itu. Lebih lagi, ini merupakan kali pertama seorang selebriti yang memberikan hadiah sederhana untuk memohon maaf bagi segala gangguan yang bakal berlaku sepanjang konsert berlangsung.
Sekadar info, konsert ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE: THE WINNING’ akan melabuhkan tirai dan IU telah membuat jelajah di 18 bandar besar seluruh dunia selama lima(5) bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada niat mahu bermegah dan jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk dengan apa yang beliau lakukan, itu pengakuan pelakon terkenal, Azhan Rani berhubung niatnya menderma darah bagi membantu golongan yang memerlukan.
Menurut pemilik nama sebenar, Azhan Abdul Rani yang kini berusia 48 tahun, beliau kini telah menjadi penderma darah plasma untuk kali ke-100 pada 27 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, pelakon yang popular menerusi drama Nur itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam memberikan penghargaan kepadanya.
Kredit: Instagram Azhan Rani
“Hari ni lepas derma darah ada lain sikit. Doktor-doktor di Pusat Darah Negara dah tunggu di luar. Lepas itu, saya rasa macam konvokesyen pun ada, rasa macam dapat anugerah ABPBH pun ada, macam award the best agent insurance pun ya juga, siap ada sijil bagai”
“Alhamdulillah… sihat ini sebaik-baik anugerah yang Allah SWT dah pinjamkan. InsyaAllah semampu mungkin akan saya kongsikan selagi ada izinNya. 100 beg pada hari ni 27 disember 2024 akan jadi penutup manis untuk tahun ini,” katanya.
“Semoga Allah masih pinjamkan lagi kesihatan ini dan panjangkan umur. ada izinNya nak tutup mata nanti dengan sekurang-kurangnya 200 beg darah dari tubuh ini untuk mereka yang memerlukan,” jelas beliau lagi.
Azhan Rani juga turut berterima kasih kepada Pengarah Pusat Darah Negara (PDN), Dr Mohammad Masrin yang menjadi wakil dalam menyampaikan penghargaan kepadanya serta bersyukur di atas layanan baik dan mesra warga kerja PDN kepada para penderma darah selama ini.
“Apa pun kemegahan bukanlah pada bilangan beg darah yang disumbangkan mahupun sijil tapi pada nyawa-nyawa yang dapat dibantu selain meningkatkan kesihatan diri sendiri. Semoga kekal pada nawaitu. InsyaAllah ,” ujarnya lagi.
Semoga lebih ramai yang melakukan kebaikan dan mengikut jejak langkah murni Azhan Rani. Dalam pada itu, jom kita lihat beberapa kelebihan yang penderma darah dapat apabila anda menderma darah:
Kesihatan
Mengurangkan risiko serangan jantung.
Mengurangkan risiko kanser.
Meningkatkan peredaran dan pengaliran darah.
Membakar kalori.
Mengurangkan tekanan.
Meningkatkan kesejahteraan emosi.
Manfaatkan kesihatan fizikal.
Membantu mengurangkan emosi negatif.
Memberi rasa tujuan dan menggalakkan interaksi sosial.
Hospitaliti (bergantung berapa kali derma)
Percuma rawatan pesakit luar.
Percuma rawatan pergigian.
Percuma rawatan perubatan di wad kelas satu atau dua.
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Yoo Ah-in yang kini disiasat pihak polis ekoran penyalahgunaan dadah, tampil membuat permohonan secara terbuka di Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran terbaharu dalam kenyataan panjang lebar, pelakon filem popular #Alive itu memaklumkan dia bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menerima kritikan yang dilayangkan terhadapnya susulan penangkapan tersebut.
“Saya mohon maaf kepada mereka yang bekerja dengan saya dalam filem, drama, iklan dan banyak lagi.
“Saya akan galas tanggungjawab ini. Saya sedar, kesalahan ini tidak boleh ditutup dengan alasan. Tindakan saya yang mempertahankan diri, tidak akan menutup kesilapan ini.
“Saya akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan polis, dan sedia dikritik serta menerima hukuman selaras undang-undang,” coretnya panjang.
Pada 5 Februari lepas, polis telah menahan pelakon naskhah Hellbound itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Hasil ujian air kencing mendapati Yoo Ah-in positif tetrahydrocannabinol, salah satu unsur dalam dadah jenis ganja.
Laporan media Korea Selatan juga menyebut pelakon berkenaan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum dia muncul selepas selesai menjalani proses soal siasat di Unit Siasatan Jenayah Dadah, Seoul selama 12 jam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.