Wuduk mungkin kelihatan seperti ritual ringkas sebelum solat, tetapi dari sudut sains moden, amalan ini sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat wuduk yang sangat besar untuk tubuh, otak dan emosi. Menurut doktor perubatan, Dr Bishr Al Dabagh, wuduk merupakan salah satu tabiat harian “paling sihat” yang boleh dilakukan, bukan hanya simbol penyucian tetapi sebuah rutin biologi yang memberi impak langsung kepada tubuh manusia.
Gambar Hiasan AI
Untuk remaja hari ini yang sering berdepan tekanan akademik, kurang tidur dan kerap terdedah kepada skrin, manfaat wuduk ini sangat relevan kerana setiap basuhan, sentuhan air sejuk dan pergerakannya membantu tubuh “reset” semula.
1. Kawalan Mikrob Pada Tubuh Badan
Bahagian yang dibasuh ketika wuduk seperti tapak tangan, muka, mulut, hidung dan kaki merupakan kawasan paling mudah tercemar dengan bakteria. Menurut Dr Bishr, kebanyakan penyakit berjangkit sebenarnya berpunca daripada tangan yang tidak dibasuh.
Kajian CDC juga menunjukkan jangkitan dapat dikurangkan 30–40% hanya dengan rutin membasuh tangan. Ini membuktikan bahawa manfaat wuduk bukan sahaja menyucikan diri, tetapi bertindak sebagai ‘perisai harian’ terhadap patogen.
Walaupun bukan wajib, membasuh hidung adalah sunnah yang besar manfaatnya. Proses menarik sedikit air ke hidung sebelum mengeluarkannya membantu meningkatkan kelegaan mukosiliari, iaitu mekanisme semula jadi badan untuk membersihkan saluran pernafasan.
Kaedah ini diiktiraf dalam rawatan ENT kerana mampu:
mengurangkan beban virus,
meredakan simptom alergi,
meningkatkan pernafasan lebih bersih.
3. “Reset” Sistem Saraf & Tenangkan Jantung
Salah satu manfaat wuduk yang paling menarik ialah bagaimana ia mempengaruhi sistem saraf. Air sejuk yang menyentuh wajah, tangan dan anggota badan mengaktifkan saraf vagus, lalu meningkatkan sistem saraf parasimpatetik.
Ads
Kesan saintifiknya:
jantung lebih tenang,
stres menurun,
emosi lebih stabil.
Sebab itulah rasa segar selepas wuduk datang dengan serta-merta, ia sebenarnya tindak balas neurologi!
gambar hiasan AI
4. Menjaga Kesihatan Kulit
Bilasan air yang ringan dan kerap membantu menyingkirkan peluh, minyak dan bahan iritasi tanpa merosakkan lapisan kulit. Ini membantu mengurangkan:
jerawat,
ekzema ringan,
jangkitan kulat seperti Athlete’s Foot.
Kulit jadi lebih bersih, lembut dan terpelihara.
Ads
5. Kebersihan Mulut Lebih Terjamin
Mulut merupakan kawasan paling tinggi pembiakan bakteria. Berkumur setiap kali wuduk membantu:
mengurangkan bakteria,
mencegah penyakit gusi,
menyingkirkan sisa makanan,
mengelakkan pembentukan plak.
Kesannya? Nafas lebih segar dan kesihatan mulut lebih terjaga.
Kesihatan mulut dan gigi
6. Mengoptimumkan Tidur
Berwuduk sebelum tidur adalah sunnah, dan ia terbukti secara saintifik membantu seseorang tidur lebih cepat dan lebih lena. Air sejuk menurunkan suhu kulit dan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik, keadaan yang ideal untuk tubuh masuk ke fasa rehat mendalam.
Untuk remaja yang sering struggle nak tidur, amalan ini sangat membantu!
Ads
7. Tingkatkan Mindfulness & Kesejahteraan Emosi
Dr Bishr menjelaskan bahawa lima kali sehari seseorang berwuduk, ia menjadi seperti ritual grounding dalam terapi psikologi moden. Saat berwuduk, seseorang berhenti, bernafas, fokus kepada tubuh, dan “reset” minda.
Ahli astrofizik terkenal, Neil deGrasse Tyson, pernah menjelaskan bagaimana wuduk membantu komuniti Muslim terhindar daripada penyakit berjangkit sejak dahulu. Ini kerana rutin membasuh tangan, hidung dan muka berulang kali mencegah patogen memasuki tubuh melalui kawasan paling mudah dijangkiti.
Kajian menunjukkan rutin wuduk mampu mengurangkan risiko jangkitan pada:
mulut,
usus,
kulit,
mata,
sistem pernafasan.
Manfaat Wuduk Adalah Sains, Spiritual & Self-Care Dalam Satu Amalan
Wuduk bukan hanya ibadah, tetapi sebuah rutin kesihatan lengkap yang memberi manfaat holistik dari sistem saraf, kebersihan kulit, tidur, hinggalah kesejahteraan emosi.
Untuk remaja yang hidup dalam dunia serba pantas, amalan ini adalah cara paling mudah, murah dan berkesan untuk menjaga tubuh dan mental setiap hari. Dengan memahami manfaat wuduk dari sudut sains dan spiritual, seseorang boleh menjadikannya sebagai rutin self-care yang konsisten dan menyembuhkan.
Fuh, memang havoc lah negeri Melaka bulan Mei ini!
Ini setelah Melaka dilantik menjadi tuan rumah sambutan Hari Belia Negara (HBN) peringkat kebangsaan selama tiga hari berturut-turut mulai 24 hingga 26 Mei 2024.
REMAJA berkesempatan menemui Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim di pekarangan Menara Taming Sari, Melaka baru-baru ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tarikan festiviti Hari Belia Negara yang telahpun diatur.
Adam Adli (empat dari kanan) di majlis pelancaran Hari Belia Negara 2024 di pekarangan Menara Taming Sari, Melaka.
“Pihak KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menjangkakan lebih 30,000 orang ramai akan berkumpul di Dataran Pahlawan, Banda Hilir Melaka sempena Hari Belia Negara.
“Membuka tirai sambutan, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan mengadakan Program Semarak HBN@KBS pada 15 Mei (hari ini) di Podium A, Menara KBS Putrajaya dengan pengisian Ikrar Belia Negara, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan aktiviti GHRM (Gaya Hidup Rakan Muda).
“Kemuncak sambutan HBN adalah perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 25 Mei bersama-sama penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara peringkat kebangsaan,” ujarnya.
Menyentuh mengenai aktiviti sepanjang tiga hari di hadapan Dataran Pahlawan, Banda Hilir nanti, beliau kongsikan sebahagian daripada 73 aktiviti berbeza yang disediakan untuk warga remaja dan belia khususnya bersandarkan kepada 10 GHRM.
Antaranya termasuklah Malam Solidariti Palestin, Larian #YakinBoleh Belia Malaysia 2024, Himpunan Komuniti Belia, perkhemahan belia, Pavilion Seni Budaya Negeri-negeri, karnival kerjaya, jualan dan pameran agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta.
Turut menyerikan sambutan HBN 2024 adalah penganjuran Kebara RIUH@HBN 2024 dengan kerjasama Kementerian Komunikasi.
Dalam pada itu, bacaan Ikrar Belia Malaysia juga bakal diadakan di seluruh institusi pendidikan di bawah pentadbiran masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kini hampir seluruh negara telah menerima bekalan vaksin Covid-19, dan kerajaan negara masing-masing telah mengeluarkan pelan pengagihan suntikan vaksin kepada rakyat dan ini termasuklah negara Malaysia.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah diberikan vaksin ini, namun ada juga yang tercicir dan lambat mendaftar. So ada berita baik untuk korang!
Jika sebelum ini, kaedah pemberian ‘walk in’ ini hanya diberikan kepada 40 tahun dan golongan dengan komorbid terlebih dahulu.
Mulai hari ini, korang boleh ‘walk-in’ untuk mendapatkan vaksin di Lembah Klang bagi golongan 18 tahun ke atas. Warga Lembah Klang terutamanya yang belum mendapat sebarang temu janji vaksinasi boleh menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan dengan dokumen berkenaan.
Terdapat 9 PPV untuk warganegara Malaysia mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’ dan satu buat bukan warganegara.
Senarai PPV untuk warganegara adalah seperti di bawah.
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak,
Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
Dewan Komuniti, Serendah
Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA,
Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Senarai PPV untuk bukan warganegara pula adalah seperti di bawah.
Stadium Nasional Bukit Jalil
Walau bagaimanapun, vaksinasi secara ‘walk-in’ hanya bermula pada jam 2 petang. Penting untuk warga Lembah Klang, sila bawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang.
Antara contoh bukti yang diperlukan adalah alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.
Vaksinasi secara ‘walk-in’ ini akan berlangsung sehingga 22 Ogos ini.
Baru-baru ini, jaguh boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah terus mengharumkan nama Malaysia apabila mencipta sejarah dengan bergelar pemain nombor satu dunia pada Selasa.
Berdasarkan kemaskini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Sementara itu, pemain dari Scotland, Julie Forest, berada di posisi kedua selepas mengumpul 683 mata, manakala Kelsey Cottrell dari Australia berada di tangga ketiga dengan 676 mata.
Nama Nor Farah terus mencuri perhatian selepas beliau berjaya melakar sejarah dengan meraih pingat emas dalam acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, pada April tahun lalu.
Pemain berusia 24 tahun ini juga turut memberi sumbangan besar kepada skuad negara apabila membantu meraih pingat gangsa dalam acara berpasangan campuran bersama Izzat Shameer Dzulkeple.
Pada masa yang sama, Izzat Shameer turut menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!