Hhm, tiga tahun dari sekarang? Harapnya musim pandemik ini sudah berakhir pada waktu tersebut.

Jika sepanjang dua minggu lalu, kita semua menghadap kaca televisyen menonton aksi atlet negara dan antarabangsa bertarung di temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Bahangnya masih terasa hingga ke hari ini biarpun sudah lima har berlalu sejak ia melabuhkan tirai pada Ahad lalu. Tumpuan kini terarah ke Sukan Paralimpik yang akan memulakan aksinya secara rasmi pada 24 Ogos ini hingga 5 September kelak.

Kemudian, kita semua harus menunggu kira-kira tiga tahun dari sekarang sebelum Sukan Olimpik edisi Paris 2024.

ARTIKEL BERKAITAN : Logo Sukan Olimpik Paris 2024 Dicemuh? Itu Adalah Perkara Biasa.. – REMAJA

Kalau ikutkan paparan klip acah yang ditayangkan oleh pihak penganjur Ahad lalu, ia kelihatan amat mengujakan dan kami juga tidak sabar menantikannya.

IKLAN

Dengan mendekatkan sukan kepada masyarakat awam di City of Lights itu, kami tidak menidakkan sedikit perasan cemburu kepada warga Paris kerana memperolehi peluang untuk menikmati pengalaman Sukan Olimpik di sana.

Well, bagaimana jika korang pun boleh berada di sana?? Bukan sebagai penonton tetapi sebagai sukarelawan yang bertugas!

Cuba bayangkan, korang boleh berinteraksi dengan para atlet terkemuka dunia (secara berhemah, of course) semasa mereka bertanding. Korang jugalah yang akan mengatur perjalanan lebih 100 delegasi dari seluruh dunia atau mengalihkan bahasa, memudahkan urusan penonton di stadium dan banyak lagi tugasan lain.

IKLAN
Remaja 18 Tahun Ke ATAS Boleh Jadi Sukarelawan Olimpik Di Paris 2024
Sebahagian daripada venue sukan di Paris 2024 nanti terletak amat berdekatan dengan kawasan ‘landmark’ seperti di Menara Eifle ini. Sumber Foto : USA Today

Haa, bagaimana untuk mendapatkan pengalaman seperti itu?

Menurut laman web Paris 2024 sekarang, mereka bakal membuka permohonan ini kepada orang ramai dari seluruh dunia bermula awal 2023. Yang penting, pemohon haruslah berusia 18 tahun ke atas.

Mereka inilah yang bakal ditempatkan di lokasi pertandingan, di pusat latihan, di perkampungan atlet Olimpik, di dalam kenderaan awam dan di kawasan dalam stadium.

Remaja 18 Tahun Ke ATAS Boleh Jadi Sukarelawan Olimpik Di Paris 2024
Sukarelawan Tokyo 2020 ditugaskan mengangkat signage pematuhan SOP penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sepanjang masa di lapangan golf. Sumber Foto : AFP
Remaja 18 Tahun Ke ATAS Boleh Jadi Sukarelawan Olimpik Di Paris 2024
Sukarelawan Tokyo 2020 sempat bergambar dengan pemenang pingat perak acara Mountain Bike – Men’s Cross Country, Mathias Fluckiger dari Switzerland. Sumber Foto : REUTERS

“Kami teruja untuk mendapatkan permohonan daripada para pelajar, daripada golongan yang telah pencen dan dari sesiapa yang ingin pengalaman seumur hidup. Hampir 50,000 para sukarelawan yang kini dicari oleh Paris 2024, seboleh mungkin, kami ingin sekumpulan sukarelawan yang berdiversiti,” catat laman web rasmi tersebut.

IKLAN

Proses sukarelawan ini juga dijangka bermula sebelum Sukan Olimpik lagi iaitu semasa kejohanan kelayakan dan berterusan hingga ke Sukan Paralimpik 2024.

Remaja 18 Tahun Ke ATAS Boleh Jadi Sukarelawan Olimpik Di Paris 2024
Sukarelawan Tokyo 2020 di arena bola tampar. Sumber Foto : AP
Remaja 18 Tahun Ke ATAS Boleh Jadi Sukarelawan Olimpik Di Paris 2024
Aktiviti menyembur air ke arah penonton untuk meredakan suhu badan semasa menonton perlumbaan basikal jalanan juga menjadi salah satu tugas mereka. Sumber Foto : AP
Remaja 18 Tahun Ke ATAS Boleh Jadi Sukarelawan Olimpik Di Paris 2024
Korang bersedia untuk meratakan pasir di gelanggang bola tampar pantai wanita seperti mereka ini? Sumber Foto : AP

TAPI, jangan pula korang anggap tugas sukarelawan ini akan menyediakan gaji yang tinggi. Ini kerana sukarelawan perlu mengatur penerbangan ke Paris dan mencari tempat tinggal sendiri. Ya, ia tidak akan menyediakan bayaran. Namun korang akan mudah mendapatkan visa hanya dengan menghulurkan surat pengesahan sebagai sukarelawan Paris 2024.

Setakat ini, belum ada maklumat terperinci mengenai syarat-syarat lain untuk memohon.

Contohnya seperti sukarelawan di Sukan Olimpik Tokyo 2020, hanya warganegara Jepun atau yang menetap di sana saja dibenarkan kerana musim pandemik sekarang. Sukarelawan juga perlu mampu bertutur dalam bahasa Jepun mudah dan mempunyai skil atau pengetahuan berkaitan situasi bencana, jenayah dan keselamatan.

Kami pasti semua itu akan diperincikan setelah permohonan dibuka pada tahun 2023 nanti.

BACA LAGI: Pelik Rusia Dipanggil Sebagai ROC Di Sukan Olimpik? Ini Sebabnya – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI