Berita baik buat individu yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19, syarikat penerbangan Malindo Air telah menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi bermula 16 September ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang Skypark) dan satu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Setakat ini, Malindo Air beroperasi secara dua penerbangan harian antara Langkawi dan Subang Skypark yang menjadi pilihan bagi perjalanan domestik.
Bukan itu sahaja, sempena pembukaan semula Langkawi dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September, syarikat penerbangan itu menawarkan 15 kilogram bagasi percuma. Ia akan diberikan kepada semua pemegang tiket ‘Super Saver’ yang melakukan penerbangan bersama Malindo Air.
Fuh, mesti ramai yang dah tak sabar kan?
Ads
Kesan daripada penutupan operasi sepanjang PKP lalu, ia bukan sahaja memberi impak yang besar buat industri pelancongan, malah syarikat penerbangan juga turut terkesan teruk. Dengan pembukaan semula ini, diharap agar ia dapat memberi nafas baharu buat semua pihak yang berkenaan.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, perjalanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini dijangka menjadi lebih sukar dimana penumpang masih perlu mematuhi SOP dengan sekatan tertentu.
Khabar berita ini mendapat reaksi ramai dan ada diantaranya bersyukur kerana dengan usaha ini, setidak-tidaknya ramai individu yang sudah lama tidak dapat bekerja boleh bekerja kembali.
Diharap masyarakat memberikan kerjasama yang baik dengan mengikuti setiap SOP yang disarankan. Ingat, kita masih belum menang. Teruskan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan COVID-19.
Hm, rasanya dah bolehlah kot cari semula luggage korang yang dah berhabuk tu. Hiks!
Setelah peralihan kuasa kerajaan kepada Pakatan Harapan tahun lalu, rakyat tertanya-tanya sekiranya pertukaran jawatan Perdana Menteri seperti yang dikatakan bakal terjadi dalam masa terdekat?
Hari ini, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan beliau mengenai hal ini.
Beliau MENJANGKAKAN proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandang beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlaku sekitar Mei tahun depan.
Bercakap kepada agensi berita antarabangsa Bloomberg, Datuk Seri Anwar berkata ada satu perjanjian tentang soal peralihan tersebut yang telah dibuat di mana, Tun Dr Mahathir akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian. Dan jawatan Perdana Menteri akan diserahkan sejurus selepas itu.
Namun, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh spesifik untuknya berlaku.
“Ada perjanjian mengatakan ia akan dibuat dalam bulan dinyatakan (Mei 2020). Namun saya tak terlalu memikirkan tarikh tepat,” kata beliau dalam teruramah bersama Bloomberg.
Untuk pengetahuan, pada akhir Ogos lalu Tun Dr Mahathir telah mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.
“Saya buat janji, saya berpegang pada janji saya.
“Apabila saya letak jawatan kelak, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri. Jangan risau,” jelas beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary Kuala Lumpur.
*
Jika peralihan ini bakal berlaku pada tahun 2020, korang rasa Malaysia sudah bersedia untuknya?
Sumber: SINAR HARIAN
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka seorang ahli bomba mempunyai kelebihan untuk membuat aksi ekstrem dengan menggunakan basikal BMX.
Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang abang bomba, video yang berdurasi 30 saat ini pada mulanya hanya dikongsi untuk suka-suka saja di grup Whatsapp, tapi tak sangka pula boleh jadi viral.
Menurut Harian Metro, Nur Hazme Janis memang minat sukan ini sejak dibangku sekolah lagi. Malah, dia juga banyak menyertai pertandingan sukan ekstrem kategori basikal BMX secara underdog saja.
Nur Hazme pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pertandingan Asian Beach Game di Phuket, Thailand pada 5 tahun lalu.
Wah, bukan calang-calang abang bomba ni. Hebat serba-serbi.
Video aksi ekstrem ini juga turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripadanya begitu kagum dengan kebolehan yang ada pada penjawat awam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merafak sembah dan ucapan selamat sempena ulang tahun kelahiran ke-50 , Tengku Permaisuri Norashikin!
Sentiasa tampil anggun dalam apa jua gaya, siapa sangka permaisuri kesayangan rakyat Selangor lahir pada 4 June 1971 dan kini sudah pun mencapai usia 50 tahun. TAPI, baginda permaisuri langsung tidak kelihatan dimamah usia dan kekal awet muda.
Menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, ucapan tahniah dan selamat lahir dititipkan dengan memuat naik beberapa keping gambar Tengku Permaisuri Norashikin sehingga menarik perhatian warganet.
“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan…
“…dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat,” tulis ucapan tersebut.
Meninjau ke ruangan komen rata-rata posting ini dihujani ucapan netizen yang mengambil kesempatan bagi mengucapkan selamat hari lahir kepada Tengku Permaisuri Norashikin.
Tak kurang juga yang tidak percaya dengan usia Tengku Permaisuri Norashikin yang tidak kelihatan seperti 50 tahun sebaliknya dipuji awet muda seperti umur 30-an.
Sebagaimana kita tahu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin memang cantik dan ayu dari dulu lagi. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah. Daulat Tuanku!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!