Pejam celik pejam celik, sekejap saja rasanya masa berlalu sejak Malaysia menganjurkan acara Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) di Kuala Lumpur pada tahun 2001. Kali terakhir Kuala Lumpur menjadi tuan rumah sebelum itu adalah 12 tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1989 manakala kita perlu menunggu 16 tahun kemudiannya sebelum dapat menjadi tuan rumah sekali lagi pada tahun 2017.
Entah-entah, kebanyakan dariapda korang pun masih belum dilahirkan pada tahun 2001 lagi.
Ads
Tarikh 17 September ini amat istimewa buat rakyat Malaysia pada 20 tahun lepas memandangkan pasukan kita dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat penganjuran Sukan SEA pada tahun itu di halaman sendiri. Ini juga merupakan kali pertama Malaysia bergelar juara sepanjang penyertaan di temasya tersebut.
Dalam upacara penutup di Stadium Nasional Bukit Jalil itu yang baru saja pernah melangsungkan Sukan Komanwel tiga tahun sebelum itu, Malaysia mencatatkan kutipan penuh sebanyak 1280 pingat yang merangkumi 111 pingat emas daripada 392 pingat emas yang dipertandingkan. Sehingga sekarang, rekod tersebut belum pernah dipecahkan oleh Malaysia dalam penyertaan di Sukan SEA.
Di hadapan penonton yang memenuhi tempat duduk stadium, atlet equestrian negara iaitu Mohd Qabil Ambak Mohamad Fathil telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik manakala gelaran Olahragawati Terbaik pula diberikan kepada pelari pecut Thailand, Supayadee Khawpeag.
Ads
Mohamad Qabil Ambak bersama-sama Supayadee Khawpeag. dari Thailand. Sumber Foto : Twitter @TeamMsia
Atlet yang mula menunggang kuda ketika berusia 10 tahun dan mula mewakili Malaysia semasa berusia 15 tahun ini berjaya meraih pencapaian cemerlang dengan empat pingat emas dalam acara dressage dan showjumping bersama dua ekor kuda yang diberi nama Camelias dan Pizazz Girande.
Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi individu yang mengisytiharkan temasya tamat, obor rasmi dipadamkan dan bendera Sukan SEA diturunkan. Selepas itu, tugas sebagai tuan rumah diserahkan kepada hos seterusnya pada tahun 2003 iaitu Vietnam.
Biarpun 20 tahun telah berlalu, ingatan penulis yang masih di sekolah rendah lagi pada waktu itu masih tajam dan boleh membayangkan semula momen tersebut.
Untuk pengetahuan, Sukan SEA telah ditundakan dari 2021 ke tahun 2022 akibat pandemik COVID-19 dan akan dilangsungkan di Hanoi, Vietnam. Ini merupakan kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada tahun 2003, iaitu selepas Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada edisi memberangsangkan pada tahun 2001.
Selain Sukan SEA pada tahun hadapan, kalendar sukan 2022 atlet Malaysia akan menjadi padat dengan adanya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing (Februari), Sukan Komanwel Birmingham (Julai-Ogos) dan Sukan Asia Hangzhou (September).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, yang baru berusia 10 tahun tetapi sudah menunjukkan jiwa besar apabila berhasrat mahu menghadiahkan sebuah televisyen kepada rumah anak yatim.
“Momen bangga seorang ibu, tak sangka Hayla kecil-kecil dah berjiwa besar. Sayang, semoga membesar jadi anak yang baik ya,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.
Dalam video yang dimuat naik, Hayla menjelaskan niatnya untuk menggunakan hadiah wang tunai RM3,000 yang diterima daripada Wawa dan suaminya, Aeril Zafrel, bagi membeli televisyen tersebut.
Tidak cukup dengan itu, Hayla turut merancang untuk menggunakan baki wang tersebut bagi membeli makanan buat anak-anak yatim.
“Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV.
“Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” katanya.
Terdahulu, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10, Hayla menerima hadiah istimewa berupa wang tunai RM3,000 serta sebuah kedai untuk perniagaannya.
Kanak-kanak itu bagaimanapun menegaskan wang tersebut akan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.
Sekadar info, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Muhammad Azeem Mohd Fahmi sinonim dengan acara pecut di Malaysia ketika ini. Baru sahaja melabuhkan tirai Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 dengan menggungguli acara 100m, dia terus terbang ke Jepun untuk menghadapi cabaran olahraga di sana.
Dalam acara 200m yang disertainya, anak jati negeri Perak ini berjaya mencatat masa 20.98 saat untuk menduduki tangga kelima cabaran. Biarpun tidak berjaya berada dalam kedudukan tiga ke atas, namun prestasi cemerlang yang ditonjolkan meletakkan atlet muda itu sebagai pelari pecut yang konsisten.
Catatan masa terbaharu ini merupakan catatan masa keempat terbaik yang dirakamkan bawah 21 saat untuk tahun ini. Catatan masa peribadi terbaiknya adalah 20.83 saat ketika memenangi perlumbaan saringan pusingan awal 200m pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, Ogos lalu.
Azeem ketika mengungguli pingat emas 100m SUKMA 2022 baru-baru ini.
“Saya berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dan catatan masa yang dibuat Azeem di sini, selepas mencatatkan 21s pada separuh akhir. Walaupun tamat saingan di tempat kelima, yang penting adalah konsistensi.
“Selepas ini beliau akan membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat,” kata jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, ketika dihubungi oleh Bernama.
Dua minggu lalu di SUKMA 2022, selain menang pingat emas untuk acara 100m, Azeem turut menggondol pingat perak untuk acara 200m dan 4 x 100m.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun minggu lalu, namun jaguh badminton yang berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris pada awal bulan ini.
Zii Jia mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.
Kejayaan tersebut menyaksikan juara Terbuka Thailand itu kembali ke dalam kelompok empat pemain terbaik dunia dengan kali terakhir Zii menghuni tangga itu pada 23 April 2023.
Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen di tempat kedua sambil diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia di kedudukan ketiga.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.