Kejayaan pemain perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia untuk merangkul pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 telah membantunya memperbaiki ranking BWF dengan pungutan mata keseluruhan sebanyak 83,716 mata.
Menerusi kemas kini terbaru BWF, Lee Zii Jia, 26 telah naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan keenam terbaik dunia mengatasi pemain dari China, Li Shi Feng setelah acara perseorangan lelaki badminton di Paris 2024 berakhir pada malam isnin.
Dalam pada itu, ranking pertama dan kedua kekal menjadi milik Shi Yu Qi dari China dan Viktor Axelsen dari Denmark yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024.
Ads
Manakala, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024 iaitu Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pula meraih lonjakan ranking paling tinggi iaitu sebanyak empat anak tangga untuk kini berada di kedudukan keempat terbaik dunia.
Ads
Kejayaan Lee Zii jia dan beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik untuk maing-masing meraih pingat gangsa juga mula diiktiraf oleh beberapa pihak yang menghadiahkan habuan tambahan di atas kecemerlangan mereka di temasya sukan empat tahun sekali itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah diucapkan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia bagi kategori di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.
Ranking terbaru itu meletakkan kedudukan UUM naik 24 anak tangga jika dibandingkan pada tahun lalu iaitu di tempat ke 95.
Pengiktirafan itu juga meletakkan nama UUM sebagai universiti awam di bawah usia 50 tahun terbaik di Malaysia.
Kredit: Universiti Utara Malaysia Today
Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerja keras warga universiti yang sentiasa berusaha meletakkan universiti itu di peringkat lebih tinggi.
Ia juga, bukan sesuatu yang mudah apabila UUM perlu bersaing dengan universiti terkemuka lain untuk berada di kedudukan tertinggi.
“Sempena UUM yang kini berusia 40 tahun, keputusan ini menunjukkan kita terus unggul di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang pengurusan, perniagaan dan perakaunan serta sains sosial”
“Ini secara tidak langsung meletakkan imej dan nama UUM sebaris universiti ternama dunia yang mencipta rekod tersendiri,” jelasnya lagi.
Kredit: Universiti Utara Malaysia Today
THE Young University Rankings 2024 menggunakan 17 indikator dalam lima kategori iaitu pengajaran (29.5%), kualiti penyelidikan (30%), persekitaran penyelidikan (29%), pandangan antarabangsa (7.5%) dan pendapatan industri (4%).
THE Young University Rankings 2024 yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan lebih 673 universiti seluruh dunia yang disenaraikan bagi penarafan 2024.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kepesatan dunia media sosial masa kini, ramai yang mencuba mencipta nama menerusi media sosial seperti Instagram, Facebook dan TikTok. Ada yang tampil dengan kandungan yang positif namun ada juga yang tidak kurang menyerlahkan kandungan berbaur negatif asalkan boleh menaikkan trafik ke profil mereka.
Ada yang menghasilkan konten semata-mata mahu tular, mereka mengatakan bad marketing is still good marketing. Namun sejauh mana kita sebagai penonton mahu menerima konten negatif?
Penulis percaya konten yang jelik tidak akan kekal relevan sebaliknya yang bermanfaat penuh informasi mampu kekal sebagai kandungan yang sentiasa ingin ditonton. Personaliti di sebalik penghasilan konten juga memainkan peranan penting.
Seperti wanita yang popular dengan gelaran Ume Cikin atau nama penuhnya Ume Nurashiekin M.Azhar, kandungan yang dipaparkan di media sosialnya cukup bersahaja dengan perkongsian-perkongsian resipi, cerita kembara, nasihat dan juga pelbagai lagi konten menarik. Sehingga kini dia sudah mengumpul lebih 139 ribu pengikut di Facebook dan 541 ribu pengikut di TikTok.
Merupakan graduan Kejuruteraan Pembuatan Robotik dan Automasi dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM), dalam perkongsian di laman Facebooknya, dia pernah bekerja sebagai seorang kru restoran di sebuah restoran Jepun yang terletak di Aeon Kulai sekitar tahun 2017 sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran kerja di bawah Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad.
Kini selesa bergelar Content Creator dan usahawan produk acar ikan masin, Ume baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran Ikon Keusahawanan Pemasaran Digital Wanita sempena konvensyen Keusahawanan Teknikal Wanita (WTC) 2022 yang diadakan di Melaka. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Dalam temu bual bersama media, Ume bercerita tentang bagaimana dia menggunakan kuasa media sosial yang membantu dirinya menjana pendapatan mencecah RM30 ribu sebulan.
“Platform itu sudah disediakan, kita yang kena corakkan mengikut apa yang kita mahukan. Memandangkan kita nak buat konten untuk orang ramai, jadi saya fikir, alang-alang nak buat, pada masa sama, saya boleh pasarkan produk yang bukan sahaja untuk jualan tetapi juga beri moral kepada orang ramai. Saya mahu orang yang menonton nampak nilainya, bukan sekadar konten kosong.
“Sebelum ini, saya hanya promosikan produk di Facebook dan Instagram, tapi macam slow, jadi saya cuba di TikTok pula. Mungkin hasil banyak berangan dan buat konsep seperti bercerita, penerimaan yang saya terima sangat baik,” ujar wanita yang petah berbicara ini.
Ume baru-baru ini menjadi bualan warganet apabila dia dipuji menjadi content creator yang bagus tanpa perlu menimbulkan kontroversi ataupun membuat aksi-aksi tidak senonoh untuk mengumpul pengikut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hasil usaha keras dan kreativiti yang ditonjolkan membuahkan kejayaan buat Muhammad Afzal Bin Hasmi setelah pelajar Kuliyyah Seni Bina & Alam Sekitar daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu dinobatkan sebagai juara pertandingan reka cipta Asia Young Designer Awards (AYDA) ke-14bagi kategori Seni Bina, baru-baru ini.
Turut menempah kejayaan ialah Amirah Afiqah daripada City University of Malaysia yang dinobatkan sebagai juara bagi kategori Rekaan Dalaman.
Pertandingan AYDA yang sememangnya sinonim dengan para pelajar jurusan seni bina dan rekaan dalaman di Malaysia merupakan sebuah pertandingan berprestij yang saban tahun dianjurkan oleh Nippon Paint Malaysia bersama rakan kolaborasi setia, IJM Land Berhad.
Biarpun Malaysia berdepan cabaran pandemik sepanjang 2021, ia tidak sedikit pun membantutkan semangat pelajar untuk menyertai AYDA setelah penganjur menerima sejumlah 1,276 penyertaan bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan itu.
Edisi 2021 ini juga merupakan kali kedua AYDA dianjurkan dalam musim pandemik dengan pelbagai kekangan akibat wabak COVID-19. Lalu, kebanyakan aktiviti terpaksa dilakukan menerusi platform digital serta sesi latihan kepada peserta secara atas talian.
Dengan tema FORWARD : Amplifying Emphathy Through Design (Menguatkan Sifat Empati Menerusi Rekaan) khususnya buat para pengguna sesebuah bangunan sekarang yang mendambakan kepelbagaian fungsi serta mementingkan kemampanan struktur bangunan, Muhammaf Afzal dan Amirah Afiqah masing-masing berjaya meluaskan skop rekaan dengan konsep & inovasi menarik, pandangan yang bernas, skil memuaskan, pemahaman kritis terhadap keperluan pengguna serta memenuhi kehendak tema.
Bak kata Pengarah Pengurusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia iaitu Encik Yaw Seng Heng, rekaan seni bina dan rekaan dalaman pada era ini memerlukan kebijasanaan perekanya untuk menyeimbangi kepentingan nilai komersil dan pada masa yang sama, menghormati aspek alam semulajadi serta emosi pengguna.
Afzal mempertaruhkan projek yang dinamakan sebagai Pusat Komuniti Sejahtera. Ia merupakan sebuah pusat fasiliti inovatif dengan tujuan memperkasakan usahawan tempatan agar taraf hidup komuniti di sesebuah kawasan terutamanya dalam era norma baharu ini.
Sementara itu, projek rekaan dalaman Amirah pula bertemakan Bakau di mana ia merupakan sebuah hab agrikultur bagi tujuan komersil, sosial, pendidikan dan pemeliharaan habitat hutan paya bakau.
Dengan kejayaan ini, Afzal dan Amirah masing-masing akan mempersembahkan rekaan mereka sekaligus mewakili Malaysia di AYDA peringkat antarabangsa; di mana mereka akan bersaing sengit menentang wakil juara dari 16 buah negara yang bertanding.
Sekiranya Afzal dan Amirah sekali lagi dinobatkan selaku juara, hadiah utama yang menanti juara kedua-dua kategori ini adalah peluang menyertai program ‘Design Discovery’ yang ditanggung penuh selama 6 minggu di Harvard University Graduate School of Design dekat Boston, Amerika Syarikat.
Wow! Khabarnya, penyertaan bagi program tersebut bernilai USD10,000 atau kira-kira RM42,063.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Muhammad Afzal dan Amirah Afiqah! Semoga kejayaan akan diperolehi kalian bagi membanggakan nama institusi masing-masing serta membanggakan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Untuk pengetahuan, kali terakhir pelajar Malaysia menjadi juara pertandingan AYDA adalah pada tahun 2017/18 menerusi kejaan berganda Ng Wai How dari Universiti Malaya dan Shahmeena Labeeb dari Taylor’s University.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...