Kajian terbaru yang dilakukan oleh kelompok pakar di FINN, sebuah syarikat langganan kereta di United Kingdom baru-baru ini telah menamakan Malaysia sebagai di antara negara yang ‘mengundang’ kemalangan jalan raya.
Kajian tersebut dilakukan dengan menganalisa jumlah kes maut yang dsebabkan oleh kemalangan jalan raya di setiap negara lalu menyenaraikan negara dengan ‘jalan raya maut’ berdasarkan peratusan kes kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan raya.
FINN meletakkan Malaysia di tangga ketiga pada 22.48 peratus di belakang Saudi Arabia yang berada di tangga pertama dengan 35.94 peratus dan Thailand, kedua dengan 32.21 peratus.
Thailand umpamanya menjadi negara yang mencatatkan 32 kematian bagi setiap 100,000 pengguna jalan rayanya dan kebanyakan daripada kes tersebut melibatkan penunggang motosikal. FINN memetik beberapa punca utama yang menyebabkan jumlah tersebut berada pada tahap tersebut. Antaranya termasuklah perbuatan membonceng motosikal beramai-ramai dan tidak memakai topi keledar.
Walaupun Malaysia di tangga ketiga, FINN masih merasakan wujud perbezaan ketara di antara negara kita dengan Saudi Arabia dan Thailand, lalu meletakkan Malaysia sebagai negara yang perlu berhati-hati agar kes kematian jalan raya tidak melonjak pada tahun-tahun berikutnya.
Jom lihat 7 lagi negara dalam senarai negara dengan ‘jalan raya maut’ ini:
Dalam pada itu, FINN meletakkan Iceland sebagai negara paling selamat kerana paling kurang mencatatkan kemalangan maut jalan raya dengan mencatatkan 2.05 peratus. Ia diikuti oleh lima lagi buah negara di benua Eropah iaitu Norway (2.12%), Switzerlang (2.25%), Ireland (3.13%), Sweden (3.14%) dan United Kingdom (3.21%).
Ads
Jepun menjadi satu-satunya negara dari benua Asia dengan jumlah peratusan kes maut di jalan raya dengan 3.21 peratus pada tangga keenam.
Bagi REMAJA, bukan hanya infrastruktur jalan raya dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia yang memainkan peranan dalam membendung lebih banyak kes maut. Sebaliknya, cara pemikiran pengguna jalan raya kita sendiri yang seharusnya lebih cakna dan tidak mengikut emosi mampu mengurangkan jumlah kes maut dari semasa ke semasa.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak hairanlah ramai yang menggelarnya sebagai ‘otak kedua’ manusia.
MICROBIOTA USUS, yang mengandungi tidak kurang daripada 100 trilion bakteria, di dalam badan kita semua akan mempengaruhi rutin harian kita – daripada kondisi kulit kepada kadar tenaga sehinggalah keseimbangan hormon.
Ini kerana usus mempunyai sistem saraf sendiri yang dikenali sebagai sistem saraf enterik (ENS) yang bukan hanya mengawal pencernaan tetapi juga mempunyai hubung kait kepada otak.
Tidak hairanlah apabila usus kita mula buat hal, mood masing-masing pun terus ‘ke laut’.
***
Jujurnya sejak kebelakangan ini, laporan media mengenai kes remaja berdepan dengan situasi depresi dan kesihatan mental terjejas semakin kerap menghiasi dada akhbar dan skrin portal.
Menurut laporan Bernama bertarikh 29 Mei 2023, beberapa kajian sebelum ini pernah mengaitkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja mampu menjurus kepada rasa cemas dan isu lebih serius seperti depresi serta kemurungan.
Untuk mengelak terus daripada dunia media sosial seakan tidak realistik pada era digital ini. So, why not korang melihat kepada cara alternatif untuk memperbaiki kesihatan mental dan mengelakkan daripada kemurungan.
Percaya atau tidak, rahsianya terletak pada PROBIOTIK.
Ya! Tidak semua orang mengetahui bahawa minuman jenis probiotik seperti VITAGEN mampu untuk mengubah cara korang mengawal perasaan dan mood.
Sebagai info, probiotik merupakan bakteria ‘baik’ yang memastikan sistem pencernaan seseorang seimbang sekaligus melaraskan fungsi tubuh badan.
Bukan sekadar minuman susu kultur popular yang sedap diambil, VITAGEN yang telah berada di pasaran Malaysia melebihi 45 tahun adalah minuman yang dipercayai ramai dapat meningkatkan kesihatan usus dan penghadaman selain meningkat imuniti badan seseorang.
Kita selalu terlupa mengenai kelebihan utama ini disebabkan perisa minuman VITAGEN yang sedap.
Bagaimana Kelebihan Probiotik Membantu Mood Seseorang
Satu kajian klinikal telahpun dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan GUT daripada Fakulti Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menerusinya, mereka mengkaji kesan lactobacillus yang ada dalam susu kultur terhadap mood seseorang.
Penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Norfilza Mohd Mokhtar dan Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali dilakukan terhadap pesakit sindrom usus yang mudah marah (IBS) dengan kemurungan.
Setelah pesakit mengambil dua botol VITAGEN pada setiap hari untuk 12 minggu berturut-turut, penyelidik mendapati pesakit tersebut mengalami 47 peratus peningkatan kadar serotonin dalam badan.
Sebagai info, serotonin adalah bahan kimia penting dalam tubuh manusia yang mengawal mood, kelakuan sosial dan selera sekaligus menghindarkan diri daripada risiko depresi.
Majoriti daripada serotonin terkandung di dalam bahagian usus iaitu kira-kira 95 peratus dalam sel yang melapisi saluran gastrousus seseorang. Tidak hairanlah apabila korang mempunyai usus yang sihat pada permulaan hari, mood pun terus menjadi lebih baik. *Wink!
And get this, serotonin terhasil daripada asid amino tryptophan penting yang tidak boleh dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh seseorang. Sebaliknya, ia hanya boleh diperolehi menerusi makanan atau minuman yang diambil pada setiap hari. Sebab itulah, minuman probiotik seperti VITAGEN amatlah penting dalam diet harian korang.
Kajian oleh pakar daripada Fakulti Perubatan di UKM ini juga mendedahkan pengambilan probiotik akan memberikan impak positif, terutamanya daripada kandungan Lactobacillus Acidophilus dan Lactobacillus Paracasei, terhadap kesihatan mental dan usus terutama bagi mereka yang mengalami sistem usus rengsa atau irritable bowel syndrome (IBS).
Bukan itu sahaja, pesakit tersebut juga mencatatkan peningkatan 7.1 peratus dalam skor kualiti gaya hidupnya sepanjang tempoh penyelidikan di samping mengalami penurunan 42.1 peratus terhadap simptom IBS seperti sakit abdomin, sakit perut dan kesukaran untuk membuang air besar.
Kongsi Encik Poh Eng Lip yang merupakan Pengurus Awam VITAGEN, “Penyelidikan (oleh pakar dari UKM) ini mengukuhkan lagi kedudukan VITAGEN sebagai jenama susu kultur terkemuka di Malaysia. Kami menantikan penemuan selanjutnya yang membantu kami untuk lebih memahami kepentingan usus bagi kesejahteraan menyeluruh.”
Manakala Ketua Pemasaran Cotra Enterprises iaitu Yap Jay Queen pula berkata, VITAGEN memahami peranan penting kesihatan usus dan ingin terus menjuarai kategori produk minuman probiotik di pasaran. Malah, mereka juga mementingkan aspek mendidik masyarakat untuk mengutamankan kesihatan usus ke arah kualiti hidup yang lebih baik.
So guys, jika dahulu korang mengambil remeh mengenai kelebihan yang ada dalam botol kecil VITAGEN, kini korang sudahpun mengetahui mengapa VITAGEN kekal sebagai minuman susu kultur yang telah berjaya bertahan dalam pasaran Malaysia selama lebih daripada 45 tahun. Usus gembira, imuniti badan terbela, korang pun bahagia.
Untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan lain minuman VITAGEN dan rangkaian minuman VITAGEN yang ada di pasaran, layari laman sesawang vitagen.com.my.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TULAR di laman TikTok, seorang wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) telah berkongsi pengalaman bagaimana dia menjadi buta.
Dalam perkongsian melalui akaun @ilakamilah97, wanita itu menjelaskan bahawa dia masih boleh mengenal pasti kedudukan barang dan warna sewaktu kecil.
Mata Kabur Kerana Sering Bermain Di Luar
Walau bagaimanapun, ketika berumur kira-kira lima hingga enam tahun, penglihatannya mula kabur kerana sering bermain di luar yang akhirnya menyebabkan matanya kerap gatal.
“Seperti kanak-kanak lain yang gemar bermain di taman, begitu jugalah saya. Saya ini kasar sifatnya… jadi memang gemar bermain di luar.
“Apabila bermain di luar, habuk akan berterbangan dan masuk ke mata, menyebabkan ia menjadi gatal.
“Saya selalu menggosok-gosok mata saya, kemudian penglihatan saya mula kabur. Lama-kelamaan menjadi semakin gelap kerana dikatakan selaput mata sudah menutup biji mata.
“Saya suka menggosok dan menekan mata kerana rasa gatal,” katanya.
Bahaya Mengosok Mata
Memetik laman Hellodoktor, menggosok mata adalah tabiat buruk yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan risiko kesihatan pada mata.
Antaranya termasuklah:
Pengaruh terhadap Penglihatan
Tabiat menggosok mata boleh merosakkan penglihatan yang sebelumnya baik. Ini kerana menggosok boleh memecahkan saluran darah di mata, sehingga menyebabkan percikan darah.
Konjunktivitis
Tangan adalah tempat yang banyak mengandungi kuman. Jadi, apabila seseorang menggosok mata dengan tangan, kuman dengan cepat dipindahkan ke mata dan menyebabkan jangkitan.
Kerosakan pada Kornea
Jika terdapat objek asing yang terperangkap dalam mata, tabiat menggosok hanya akan memperburuk keadaan dan boleh merosakkan kornea.
Menggosok mata terlalu kerap juga boleh menyebabkan kornea menjadi semakin nipis, suatu keadaan yang dikenali sebagai keratoconus yang mengganggu penglihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekatan perjalanan telahpun dilonggarkan sebagaimana yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) baru-baru ini. Ramai yang sudah mula berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman dan tidak kurang juga yang merancang untuk melawat lokasi menarik luar negeri.
Kalau anda ke Johor, jangan lupa singgah di Mersing kerana terdapat satu tarikan baru berdekatan Jalan Abu Bakar iaitu lukisan mural menarik di Laman Samudera. Dalam satu hantaran di laman Facebook Tourism Johor, Laman Samudera merupakan lorong di celah-celah bangunan lama di daerah tersebut.
Usaha mencantikkan kawasan ini dilihat sebagai satu langkah menjadikan lokasi ini sebagai tempat wajib dikunjungi sekiranya mengunjungi Mersing. Lukisan mural yang dihasilkan sepanjang lorong itu mengambil tema alam semula jadi seperti lautan, hutan dan taman negara. Selain itu terdapat juga lukisan bermotifkan aktiviti manusia yang menarik.
Dalam laporan Astro Awani, menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Norazmi Amir Hamzah, lukisan-lukisan tersebut dihasilkan mengikut kreativiti Sembilan anak tempatan sekaligus ia menjadi satu medan untuk mengangkat potensi pengkarya muda. Pihak berkuasa tempatan juga merancang untuk menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat beriadah khusus untuk penduduk sekaligus dapat membantu menjana pendapatan ekonomi setempat.
Apa yang pasti, lukisan-lukisan mural menarik yang dihasilkan ini pasti mampu menarik minat pelancong untuk bergambar dan memuatnaik di laman sosial. Diharapkan tiada kejadian vandalisma dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Tourism Johor & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!