Kebaya menjadi salah satu identiti busana yang cukup sinonim dengan Malaysia. Pelbagai jenis rekaan kebaya menjadi pilihan sebagai contoh kebaya pendek, kebaya labuh, kebarung dan juga kebaya nyonya.
Namun tahukah anda, busana ini bukanlah eksklusif untuk masyarakat negara kita sahaja bahkan ia merupakan pakaian yang sudah turun temurun digayakan oleh wanita di rantau nusantara. Jadi tidak hairanlah jika ada pelbagai jenis rekaan kebaya yang boleh anda lihat di luar Malaysia.
Wakil Thailand ke pertandingan ratu cantik menggayakan kebaya wanita selatan Thai.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama dengan Brunei, Singapura dan Thailand telah bersepakat untuk mengangkat kebaya sebagai pencalonan bersama ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023.
Persetujuan yang dicapai untuk bersama-sama membawa seni ini sebagai satu warisan bersama menonjolkan kesepakatan dan juga sikap yang saling menghormati antara satu sama lain dalam mencapai objektif kebaikan, terutamanya dalam melindung warisan sejak berzaman.
Ads
Walaupun empat negara ini yang telah bersetuju, menurut kenyataan mengenai perkara ini, mereka turut mengalu-alukan penglibatan negara serantau lain untuk menyertai pencalonan bersama itu.
Kebaya dilihat menepati definisi elemen warisan, kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap tahun, sambutan Hari Halloween disambut meriah oleh masyarakat luar, khususnya para selebriti luar negara. Waktu inilah mereka akan menonjolkan kreativiti memilih kostum terbaik untuk diperagakan semasa Hari Halloween.
Mengikut, laporan Yonhap memetik pihak berkuasa bomba pada Ahad, lebih 149 orang terkorban manakala puluhan lagi yang lain cedera dalam insiden rempuhan di daerah Itaewon, Seoul, melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween.
Dalam pada itu, Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol turut mengumumkan tempoh berkabung dan mengarahkan bendera dikibarkan separuh tiang susulan insiden rempuhan ketika perayaan Halloween di Seoul.
Apa yang perlu diketahui mengenai tragedi ngeri ini?
1) Kota yang sudah sedia padat
Umum perlu ketahui bahawa bandar raya Seoul sendiri sudah padat dengan populasi sejumlah 10 juta orang. Tanpa keraian seumpamanya, penduduk tempatan sudah sedar akan suasana keramaian dan kesesakan harian. Sekarang ditambah pula dengan penganjuran pesta malam Halloween yang membuatkan lebih ramai orang dari luar Seoul tiba di kota itu, lalu memenuhi kawasan utama, baik di jalanan yang luas mahupun lorong sempit di sekitarnya.
2) Mangsa remaja.
Dianggarkan seramai 100,000 orang berkumpul di Itaewon untuk sambutan Halloween yang terbesar dan diadakan di kawasan terbuka sejak pandemik bermula. Sebahagian besar mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi adalah remaja dan orang dewasa berusia 20-an.
3) Serangan jantung penyebab kematian
Disebabkan terperangkap di lorong yang sempit, keadaan menjadi tidak terkawal seterusnya menyebabkan ramai daripada mereka mengalami sesak nafas. Mereka cuba menolak antara satu sama lain untuk mencari ruang bernafas. Seorang mangsa terselamat berkata orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain akibat ditolak.
4) Kostum Halloween jadi kostum kematian
Ramai mangsa terbaring di jalan raya memerlukan bantuan pernafasan dilihat memakai pelbagai kostum sambutan Halloween.
5) Ribuan petugas kecemasan dihantar ke lokasi kejadian
Lebih daripada 1,700 petugas perubatan kecemasan diarah untuk turun ke lokasi kejadian termasuk 517 anggota bomba, 1,100 pegawai polis dan kira-kira 70 kakitangan kerajaan.
6) Sukar mengenal pasti identiti mangsa
Pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenal pasti mangsa. Mereka juga telah meminta bantuan keluarga mangsa mengecam mayat ahli keluarga mereka.
7) Pelancong asing meninggal dunia
Sekurang-kurangnya 19 warga asing disahkan maut dalam kejadian rempuhan tersebut, termasuk antaranya berasal dari Iran, Uzbekistan, China dan Norway. Kerajaan bandar Seoul juga menerima banyak laporan tentang kehilangan pelancong asing.
8) Jumlah mangsa mungkin bertambah
Laporan terkini memaklumkan setakat ini seramai 151 orang dilaporkan meninggal dunia. Pihak berkuasa kesihatan tempatan menjangka angka itu mungkin akan terus meningkat. Ini kerana mangsa yang cedera dan kritikal yang kini dirawat di hospital juga agak ramai. Kerajaan juga akan membantu proses pengebumian dan menggerakkan perkhidmatan perubatan kecemasan untuk merawat pesakit termasuk menugaskan penjawat awam bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembedilan berterusan oleh Israel ke atas bumi Palestin sejak beberapa hari lepas mendapat liputan meluas dunia.
Puluhan bedilan roket dilancarkan ke bumi Gaza. Banyak bangunan rosak termasuk yang dibiayai hasil sumbangan rakyat Malaysia.
Begitu juga masjid, kediaman dan lain-lain lagi.
Sumber : Gaza May 12, 2021. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa TPX IMAGES OF THE DAY
Teruskanlah berdoa agar roket-roket dilancarkan zionis Israel ini tidak mengorbankan terlalu banyak nyawa mereka yang tidak berdosa. Mohonlah perlindungan Allah Taala agar rakyat Palestin terselamat.
Di sebalik isu pembedilan berterusan sejak tahun 2008 lagi, ada lagi isu yang perlu rakyat Malaysia tahu iaitu pemboikotan terhadap 112 syarikat besar dunia yang membantu Israel menghentam Palestin.
Pengguna Facebook iaitu Najib Saahari tampil berkongsi fakta mengenai isu ini yang mungkin ramai tidak mengetahuinya:
Antara nama-nama besar yang termasuk dalam senarai 112 buah syarikat ini ialah :
1 – Airbnb
2 – Booking . Com
3 – Expedia Group Inc
4 – JC Bamford Excavator (JCB)
5 – Tripadvisor
6 – Motorola Solution
Selain 6 buah syarikat ini, kebanyakkannya merupakan syarikat popular di Israel. Tetapi 6 buah syarikat ini adalah yang kita kenali di Malaysia.
Terdapat dua lagi tambahan syarikat yang saya sudah kaji dan ada juga bukti terang mengaitkan syarikat terbabit dengan insiden Palestin – Israel ini.
1 – Puma – Penaja Israel Football Association di Tebing Barat.
2 – HP – Memang terlibat secara langsung. Mereka menyediakan tempat menyimpan data populasi dan data itu digunakan oleh Israel untuk melaksanakan apartheid.
Untuk syarikat Caterpillar and Volvo, kita masih 50/50 sebab diorang setuju dengan demolition yang dilakukan di Palestin.
Itu adalah tindakan yang tidak betul, namun mereka tiada kuasa nak monitor/policing semua pelanggan yang membeli mesin dari mereka.
Kalau inilah jihad kita dan menjadi asbab di akhirat kelak, kita boleh menjayakannya.
Tentu ramai yang pernah dengar tentang slipped disc. Ada yang menyebutnya sebagai tulang belakang bengkok menjadi seperti bentuk S jika lambat mendapatkan rawatan. Pengidap biasanya akan merasa kebas di bahagian tangan, leher dan kaki selain kesakitan melampau sehingga membataskan semua pergerakan termasuk kerja.
Dalam untuk memahami apa itu slipped disc kenapa semakin ramai anak muda mengidapnya, baca perkongsian ditulis oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar seperti ditulis di fbnya.
Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar berkata anak muda semakin ramai mengidap slip disc
Jelasnya, semakin ramai anak muda mengidap slipped disc kerana lima sebab ini. Antaranya, trauma/ pernah terjatuh/ kemalangan. Keduanya masalah kegemukan. Ketiganya melakukan pekerjaan berat berulang seperti mengangkat barang dan membongkok. Keempat adalah gaya hidup pemalas (sedentary lifestyle) dan terakhir adalah mereka yang selalu memandu terutama memandu jarak jauh.
Baca perkongsiannya dan sama-samalah kita menjaga kesihatan. Jangan cakap orang muda tak boleh kena slipped disc yang kerana kes ini semakin meningkat.
Patient aku selalu komplen sakit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya ” pernah dengar pasal Slipped Disc?”
Dia jawab ” Masalah tidur ( sleep) ke doktor?”
Slipped disc ni makin banyak kita jumpa.
Boleh berlaku di mana mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang ( lower back).
Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yang di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan utk saraf tunjang lalu di situ ( spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.
Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yg dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya 1/2 inci.
Tengok gambar anatomy disc yang di sertakan.
Ada 2 parts, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, lapisan dalamnya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.
Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yang menyebabkan simptom SAKIT BELAKANG tu.
Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan ditekan / dihimpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.
PUNCA: Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air.
Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut..so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat….dan ini meninggikan risiko slipped disc terjadi.
Memandu jauh boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc di kalangan orang mudaMasalah gemukan boleh menjadi punca slipped disc
Walau bagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena slipped disc. Why? Antara punca nya:-
a) trauma / jatuh / accident
b) obesiti – berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc
c) kerja/aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang /membongkok
d) Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yang akan support tulang belakang
e) selalu memandu, terutama long distance. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.
Rawatan:
Tak semua Slipped disc perlu pembedahan. Majoriti perlu ambil pain killer bila sakit. Suntikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan ( inflammation).
Physiotherapy secara berkala perlu untuk kuatkan muscle tulang belakang.
Hanya dalam kes kes tertentu kita perlukan surgery. Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail. Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar bedah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.
Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesakitan (temporary), sebab muscle keliling spine yang terlibat akan menegang akibat inflammation process.
Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!