Semalam telah berlangsungnya pentas akhir Miss Face of Humanity di Kanada. Pertandingan yang buat julung kalinya diadakan ini telah menyaksikan seramai 17 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan masing-masing bangga mewakili negara tercinta.
Salah sebuah negara yang bertanding adalah Thailand menerusi perwakilan oleh Bew Nuttha Thongkaew. Semestinya wakil dari negara gajah putih ini tidak mengecewakan dengan raut wajah yang cantik dan tubuh yang langsing, dia menyerlahkan aura seorang ratu.
Apabila melalui sesi kuarantin dalam pertandingan, pelbagai aktiviti diadakan. Antara aktiviti yang paling mendebarkan semestinya sesi soal jawab bersama para juri. Sesi ini seperti yang kita sedia maklum, bakal menentukan nasib peserta yang akan mara ke peringkat seterusnya.
Apa yang menarik perhatian ketika sesi soal jawab, Bew Nuttha telah menggayakan sepasang kebaya dalam rona biru gelap dan biru cair siap dengan sulaman mewah. Eh, kenapa kebaya?
Kalau pembaca nak tahu kebaya bukan hanya menjadi busana tradisi di Indonesia, Singapura dan Malaysia sahaja, di Thailand pun ada komuniti yang menjadikan kebaya sebagai pakaian tradisi mereka. Di sana busana kebaya ini dikenali sebagai Banong.
Ads
Menurut penjelasan oleh ratu cantik berusia 28 tahun ini, “Saya menggayakan pakaian tradisi Banong dari wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Ini adalah sebagai perlambangan dan juga simbol keamanan kepada mereka yang melalui keganasan domestik di tiga walayah selatan itu. Saya bawa suara anda bersama saya di Humanity Pageant Global.”
Pakaian tradisi Banong merupakan pakaian yang sama rekaannya seperti kebaya Nyonya yang digayakan masyarakat campuran Melayu-Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Selain mengenakan pakaian ini, Bew Nuttha turut melengkapkan gaya keseluruhannya dengan aksesori Yan Lipao iaitu rekaan beg turun temurun berasal dari daerah Nakhon Si Thammarat yang merupakan sebuah bandar di Selatan Thailand.
Ads
Wanita anggun ini menamatkan saingan di pentas finale Miss Face of Humanity di kedudukan top 10. Wakil Indonesia, Nadia Tjoa dimahkotakan sebagai pemenang sulung pertandingan ratu cantik ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gagal sekali tidak bermaksud akan gagal selamanya. Kegagalan sebenar adalah apabila seorang insan itu berhenti daripada terus mencuba untuk mencapai impian hidup mereka.
Itulah yang cuba dilakukan oleh empat orang bekas peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 ini apabila mereka dilaporkan akan meneruskan perjuangan mereka bagi memburu gelaran juara dan membanggakan negara masing-masing. Begitupun, kali ini mereka tidak lagi bertanding untuk Miss Universe sebaliknya di Miss Supranational 2022 pula.
Empat orang jelitawan ini terdiri daripada wakil Miss Universe Peru 2021, Yely Rivera; wakil Miss Universe Mauritius 2021, Anne Murielle Ravina; wakil Miss Univeerse Poland 2021, Agata Wdowiakdan paling terbaru, wakil Miss Universe Afrika Selatan 2021, Lalela Mswane.
Apabila jelitawan Peru, Yely Rivera gagal menempatkan diri dalam posisi Top 16 di Miss Universe 2021, ramai beranggapan ia adalah satu bentuk kerugiaan bagi organisasi Miss Universe. Graduan Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran ini bukan saja cantik tetapi juga berbakat dalam bidang muzik di Peru.
Anne Murielle Ravina merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan merupakan ahli keluarganya yang pertama untuk bergelar graduan universiti. Gadis berusia 27 tahun ini menyelenggarakan beberapa projek di bawahnya seperti Stars Agency, Her Rodrigues dan Global Shapers Rodrigues Community.
Wajah babyface Agata Wdowiak membuatkan ramai pihak terkejut apabila mengetahui gadis berusia 26 tahun ini sedang menuntut dalam jurusan Teknologi Nano.
Pengumuman organisasi Miss South Africa Selasa lalu telah mengejutkan ramai pihak dan peminat dunia ratu cantik. Ini kerana Lalela bukan calang-calang peserta, beliau berjaya menempatkan diri sebagai pemenang tempat ketiga sewaktu bertanding di Miss Universe 2021 di belakang juaranya, India dan naib juara, Paraguay.
Ramai beranggapan Lalela akan berdepan tekanan hebat untuk memenangi gelaran Miss Supranational 2022 disebabkan pencapaiannya yang membanggakan di Miss Universe tahun lalu.
Tidak kurang juga ada pihak merasakan peluang untuk bertanding di Miss Supranational 2022 seharusnya diberikan kepada wakil Afrika Selatan lain yang sama berpotensi seperti Dr Moratwe Masima (Naib Juara Miss South Africa 2021) dan Zimi Mabunzi (Pemenang Tempat Ketiga Miss South Africa 2021).
Dengan pemilihan Lalela kali ini, ramai keliru dengan keputusan organisasi Miss South Africa yang seakan menidakkan peluang gadis lain.
Kata mereka dalam sidang media pada minggu ini, keputusan menghantar gadis sama ke pertandingan ratu cantik berbeza bukanlah satu perkara baharu. Selagi persediaan sempat dilakukan, keputusan tersebut dibolehkan.
Apa pendapat korang? Adakah perutusan wakil sama ke pertandingan berbeza ini akan memberikan negara-negara ini peluang yang lebih cerah disebabkan mereka punya pengalaman luas sewaktu bertanding di Miss Universe? Ataupun ini sekadar agenda negara-negara ini untuk ‘membalas dendam’ di atas kegagalan wakil mereka di pertandingan terdahulu?
Miss Supranational 2022 akan dilangsungkan di Poland pada bulan Julai 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang terpengaruh mempercayai banyak kejadian berlaku dikaitkan dengan dunia mistik. Misalnya jika badan gatal-gatal, di mana makin digaru makin sedap dan tanda merah itu semakin tersebar.
Bagi yang mempercayainya, ia mungkin disebut diludah jin. Sebabnya makin digaru makin besar-besar kegatalan yang timbul. Mulalah disuruh berubat ke ustaz-ustaz.
Ternyata bukan semua penyakit berkaitan ilmu mistik. Doktor perubatan, Dr Khairul Faizie berkongsi maklumat berguna kerana gatal-gatal satu badan ini dipanggil Urticaria dan ia hanyalah satu bentuk ALAHAN atau disebut allergic.
Baca perkongsian berguna ini.
Dr Khairul Faizie. Gambar Fb
URTICARIA ( GEGATA / KELOPAK GARAM )
Hari ni, aku jumpa lagi pesakit yang sama ( pernah datang 2 kali sebelum ini dalam tempoh sebulan), seorang wanita usia 36 tahun, yang datang dengan aduan ruam merah yang gatal dan timbul. Makin digaru, makin merebak – timbul ruam tu. Ruam gatal ni ada di serata badan, tangan, kaki, badan, leher. Orang Melayu panggil gegata / kelopak garam. Mat saleh panggil Hives / Wheals. Orang medical panggil URTICARIA.
Inilah disebut urticaia atau gegata. Bukan ludah jin ya. Ubatnya hanya bertemu doktor dan akan diberi losyen. Langkah terbaik sebelum bertemu doktor ialah mandi bagi menyejukkannya
Ciri ciri Urticaria – Kulit rasa gatal, dan bengkak/ timbul.
Warna kulit yang gatal mungkin kemerahan / atau sama warna
– Ada effect ‘ blanching’ , iaitu bila kita tekan di bahagian tengah ruam tu, warna kulit akan bertukar putih/ cerah sebentar.
-Ruam dan gatal tu boleh berlaku kejap je, dalam masa minit ke beberapa jam. Majoriti nya akan hilang sendiri lepas 24 jam.
Namun ada yang teruk, boleh ada ruam berhari hari, berulang ulang selama berminggu minggu atau bulan.
Jenis Urticaria: 1)Acute Urticaria : Ianya hilang dalam masa 6 minggu.
2) Chronic Urticaria : Ianya berulang ulang, > 6 minggu.
Punca Urticaria Memang majoriti kes Urticaria ini, dikaitkan dengan tindak balas alahan / allergic response. Namun ada kalanya ianya disebabkan jangkitan jangkitan. Ada juga kalanya Urticaria timbul sebab penyakit kronik tertentu. Apa pun puncanya, Urticaria terjadi sebab sistem imun badan dirangsang dan rangsangan (alahan / jangkitan / penyakit kronik) ini mencetuskan pengeluaran bahan kimia ‘Histamine ‘ oleh sel sel mast di kulit. Histamine nilah yang buat kita gatal-gatal.
Sesetengah orang tua memberikan petua lumurkannya dengan air garam bagi mematikan kuman tersebut. Tapi pedihnya membuatkan ramai tidak sanggup
Antara punca / trigger urticaria yang bersifat alahan:
– Makanan , especially telur, seafoods, kekacang
– Bulu haiwan macam kucing, anjing
– Sengatan haiwan / serangga.
– Ubat ubatan, especially antibiotik, painkiller
– Debunga / habuk dari pokok , semak samun
– Material pakaian, termasuk exposure pada latex.
– Penerima darah ( blood transfusion ) pun boleh cetuskan urticaria.
– Menerima air di wad ( IV drip ), atau prosedur masuk kan dye dalam saluran darah utk test di hospital, pun boleh trigger Urticaria.
Memang gatalkan. Makin digaru makin sedap tapi kemudian akan timbul dengan banyak dan besar-besar
Jangkitan yang boleh menyebabkan Urticaria: – Jangkitan virus, bakteria
Rangsangan fizikal ( Physical Urticaria) – Apabila kulit terdedah pada panas / sejuk / matahari
– Apabila kulit kena tekanan ( pressure) atau gegaran ( vibration)
– Senaman ( exercise) pun boleh cetuskan urticaria
Penyakit kronik yang mungkin akan ada Urticaria:
– Penyakit berkaitan Thyroid
– Penyakit autoimmune seperti SLE, Rheumatoid Arthritis.
Rawatan Urticaria: Untuk Urticaria yang simple, kecil, kalau biarkan aja je, ia boleh hilang sendiri.Cuma sebab gatal tu, maka digalakkan ambil ubat tahan gatal iaitu ubat anti histamine. Ada dua jenis ubat tahan gatal, yang mengantuk dan tak mengantuk.
Mungkin juga perlu sapu calamine lotion, untuk melegakan & bagi kesan sejuk pada kulit. Apa apa yang menyejukkan kulit, insya Allah akan membantu kurangkan ruam Urticaria ini.
Tu sebab, BUKAN SEMESTINYA kena follow petua mandi air garam, air bunga la, as long as mandi ( sejukkan badan), majoriti kes Urticaria akan berkurangan dengan cepat. Kalau ada air-cond, ON kan air-cond.
Ada masa nya doktor akan bagi ubat steroid sama ada dalam bentuk pil atau suntikan. Ini bergantung kepada berapa serius Urticaria tu.
Bagi kes kes Chronic Urticaria dan tak dapat kenal pasti apa puncanya (tak jumpa punca alahan sama ada makanan / bahan kimia / etc), maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa test seperti skin test & ujian darah yang boleh dibuat untuk kenal pasti punca terjadinya Urticaria.
Avoidance , iaitu mengelak makan/ terdedah kepada punca alahan ialah paling utama.
Ambil supplement / vitamin C / produk yang dakwa boleh elakkan Urticaria?
Tiada bukti. Nak makan supplement as supplement, sila kan. Tapi supplement bukan UBAT utk elak urticaria.
Nak cuba berubat alternatif? Silakan. Terutama nya bagi kes kes Chronic Urticaria. Berbulan bulan berulang ulang keluar ruam, jumpa pakar kulit buat skin test & blood test pun tak dapat kesan apa punca ( ini memang common, kita panggil Chronic Idiopathic Urticaria). Ada orang yang nak percaya ianya sebab buatan orang la, jin ludah la…maka nak berubat secara Islam, guna ayat ayat ruqyah, sila kan. Nak berubat jumpa dukun, bomoh, elakkan sebab kau syirik nanti. Berubat secara Islam buat, tapi usaha berubat medical jangan tinggal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rumah. Lokasi yang membuatkan semua orang dilanda perasaan nostalgia. Memori zaman kanak-kanak tentunya masih masih jelas pada ingatan apabila kita kembali ke kawasan kejiranan di mana kita dibesarkan, lalu membibitkn rasa rindu untuk kembali semula ke masa lampau.
Itulah yang cuba untu dilakukan oleh jenama All-American, Coach baru-baru ini menerusi pertunjukan fesyen musim luruh 2022.
Jaket shearlings tidak pernah lari daripada identiti Coach. Kali ini, saiz memainkan peranan penting bagi menjadikannya lebih menarik dan segar.
Pengarah kreatifnya, Stuart Vevers kembali mengingatkan semula peminat jenama tersebut akan kawasan kejiranan di New York, Amerika Syarikat menerusi elemen-elemen persalinan yang familiar kepada semua.
Sedikit percikan idea pemakaian yang mudah dicop sebagai ‘American’ kembali diolah bersama penggunaan material yang pelbagai yang menjadi ciri-ciri persalinan kebiasaan masyarakat di negara Uncle Sam itu.
Pada mana-mana koleksi fesyen lain, gabungan material seperti lace, crochet, kulit dan warna neon dan corak grafiti mungkin tidak masuk akal. Tetapi di pentas Coach Fall 2022 ini, segalanya begitu cantik diadun dan langsung tidak terasa janggal untuk dipertontonkan bersama.
Jom lihat di antara elemen menarik yang akan menjadi trend tidak lama lagi pada tahun ini sempena musim luruh kelak.
Gaun Lace
Paten Grafiti
Fabrik Kulit
Gaun Bercorak Lantang Paras Lutut
Rekaan Tas Tangan Coach Fall 2022
Tonton koleksi penuh Coach Fall 2022 pada pautan video di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer berbakat, Aisha Retno kini melakar satu lagi pencapaian besar dalam karier seninya apabila dipilih sebagai salah seorang pemegang watak utama bagi...