Sejak semalam tular gambar seorang makcik yang memakai gelang Pesakit Di Bawah Pengawasan (PUS) sedang makan di sebuah kedai di Meru Raya, Ipoh.
Ekoran itu tular pelbagai komen yang memandang negatif tindakan makcik tersebut yang mana pada menurut perkiraan mereka, makcik itu tidak mengikut arahan untuk kuarantin diri di rumah.
Yezz, korang betul untuk suarakan “kenyataan negetif ” kerana #kita jaga kita.
Terkini, makcik gelang pink itu sah positif COVID-19 dan sudah pun mendapatkan rawatan di hospital. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini, gambar ditularkan itu sudah dua minggu berlalu (bukan semalam ya seperti kita fikirkan) dan dirinya sudah pun menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum disahkan positif.
Menurut laporan Sinar Harian, makcik gelang pink itu sudah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Menurut sumber, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Julai lalu.
"Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.
"Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin," katanya.
Menurutnya, saringan kedua selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif dan telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.
"Wanita itu kini masih dalam rawatan Covid-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.
"Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang," katanya.
Anda mungkin berminat dengan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada masa sama, Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, kerajaan negeri memandang serius isu berkaitan pelanggaran SOP oleh wanita berkenaan.
Beliau turut menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan dan kes Covid-19 juga masih bertambah di negara ini.
∞
Sekumpulan remaja dari Ipoh yang berusia dari 10 hingga 20 tahun dilaporkan telah dikompaun sehingga nilai keseluruhan RM40,000 kerana berkumpul bagi meraikan sambutan hari kelahiran rakan mereka.

Menurut perkongsian Facebook Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JAIPK dan memetik laporan akhbar tempatan, lapan orang remaja termasuk 2 orang remaja perempuan telah diserbu oleh pihak polis sekitar jam 2.15 pagi di sebuah rumah yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh.
Ketika serbuan dilakukan, mereka telah menemui kumpulan tersebut sedang berkumpul untuk meraikan hari jadi salah seorang ahlinya.
Akhirnya, kesemuanya telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang dan juga ditahan serta disiasat disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai.


Untuk info, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini, rakyat diwajibkan mematuhi arahan untuk tidak berkumpul atau mengadakan majlis keraian seperti kenduri, majlis perkahwinan, aktiviti keagamaan atau sebarang bentuk pengumpulan orang ramai.
Aduh, tak pasal-pasal melayang duit.
Sumber: Utusan Malaysia, Facebook JAIPk
∞
Sikap tidak mempercayai bahawa penggunaaan topeng muka mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kebarangkalian dijangkiti COVID-19, seorang lelaki, Richard Rose, 37 tahun dari Port Clinton, Ohio Amerika Syarikat akhirnya maut akibat virus ini.
Kematian Rose telah menarik perhatian di media sosial kerana dalam catatan Facebooknya, dia menyatakan keraguan tentang arahan keselamatan berkaitan pemakaian topeng muka. Malah beranggapan dia adalah lelaki yang sihat dan tiada masalah kesihatan. Malah katanya lagi tanpa menggunakan topeng muka pun, dia mampu hidup dengan sihat.

Kisah Richard Rose yang juga veteran Tentera AS ini sememangnya mencetuskan kegemparan kerana dia mati selepas tiga hari disahkan positif COVID-19.
Malah dia juga menyuarakan sokongan penuh terhadap Presiden Donald Trump (errm Presiden ini baru semalam gunakan mask selepas menyedari bahayanya) dan menyertai kempen Anti Mask. Bukan itu saja, Richard turut mengkritik penunjuk perasaan Black Lives Matter malah menuduh parti Demokrat menyebarkan maklumat palsu mengenai wabak ini untuk mencabul pilihan raya yang kemudian akan memihak kepada mereka. Tweetnya itu saja mendapat 150,000 tanda suka.



Apa yang mencetuskan kegemparan, disebabkan gerakan Anti Mask ini kumpulan ini bertindak kasar terhadap doktor dan jururawat, mempermainkan pekerja di restoran dan menganggap mereka yang menggunakan mask adalah mereka yang lemah dan tidak mempunyai imuniti badan yang kuat.
Lebih teruk lagi, mana-mana individu yang menegur mereka tidak memakai mask akan diserang.
Tapi ternyata, kedegilan kumpulan ini akhirnya mencetuskan kegemparan apabila Richard Rose mula menunjukkan simptom akibat virus COVID-19.
Ya, tubuhnya melemah, paru-parunya sukar bernafas dan seterusnya mati.

Nasihat REMAJA buat semua, kalau orang seperti Richard Rose ada di Malaysia yakni yakin anti bodi kuat sebab sihat dan tidak menggunakan mask, tidak mustahil maut bakal menanti kerana kita tidak tahu siapa di sekeliling kita yang dijangkiti.
Jadi kekal dengan penggunaan mask ya untuk kesihatan korang.
∞
Setiap manusia diuji menurut keupayaannya. Ada diuji dengan miskin harta, ada duji dengan kesakitan, ada diuji dengan kesenangan hartanya untuk melihat sejauh mana hartanya dibelanjakan.
Namun pengalaman yang dikongsi oleh saudara Mohd Azrul Mohd Razak yang juga Presiden Of Kindness Malaysia ketika menghulurkan bantuan sempena Ramadan ini di kawasan sekitar Kedah pasti membuatkan kita terasa sama.
Disaat kita diuji dengan kesenangan, diberi makan dan minum yang mencukupi untuk berbuka ada lagi insan lain yang terpaksa mencari makanan di tempat pembuangan sampah hanya untuk memberi ahli keluarga makan.
Ya Allah, moga Allah ampuni dosa kita semua kalau kita terlepas pandang membantu orang lain dan semoga kita diberi rezeki berlebih untuk membantu insan lain.
Baca perkongsiannya.
Demi Allah dan Rasul sejak aku terjun dalam bidang kerja Khidmat Social hampir 10 tahun, ini pertama kali aku menangis teresak-esak dalam kereta masa handle kes asnaf dan miskin.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, anak-anak ini makan ikan dan sayur busuk yang dibuang dari pasaraya. Aku sendiri tak sanggup nak ambil gambar ikan dan sayur busuk di ruang rumah mereka yang mereka jadikan makanan.




Mujur Allah hantar manusia-manusia baik yang sentiasa berusaha membantu keluarga ini. Hari ini saya dibawa ke rumah keluarga ini oleh dua orang Jururawat (unsung heroes) dari Klinik Desa Kubang Rotan. Cukuplah saya katakan pengorbanan dua orang Jururawat ini pastinya tiada nilai yang boleh dibayar.
Sempat aku serahkan sedikit wang sumbangan dan minta bantuan Jururawat berkenaan untuk belikan Gas Memasak serta Susu Tepung untuk anak kecil ini hasil sumbangan daripada anda semua kepada Food Bank Kindness Malaysia. Bil-bil elektrik dan air yang tertunggak juga telah kami tolong bayarkan dengan dana sumbangan orang ramai.
Untuk makluman, keluarga ini adalah penerima zakat dari Jabatan Zakat Negeri Kedah. Kami mohon doa dari semua buat keluarga ini moga Allah permudahkan dan murahkan rezeki keluarga ini.
#foodbank
#kindnessmalaysia
#ramadhankareem
#stopcovid19
#kitajagakita
∞