Setelah acara tahunan Good Vibes Festival disahkan bakal berlangsung pada bulan Julan kelak, sebuah lagi konsert penghibur antarabangsa telah diumumkan pada hari ini.
Pada pertemuan di antara REMAJA dan pihak penganjur Hello Universe PLT di sebuah sidang media pada hari ini, mereka mengesahkan bakal mempersembahkan konsert jelajah MUSE ‘Will of The People’ TOUR 2023 secara eksklusif di Kuala Lumpur, Malaysia pada 29 Julai 2023.
Difahamkan, konsert di Kuala Lumpur ini merupakan satu-satunya hentian konsert di Asia. Ia sekaligus menjadi penanda aras baharu buat pihak Hello Universe yang mengimpikan untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi konsert pilihan artis-artis global antarabangsa.
Kali terakhir konsert Muse dilangsungkan di Kuala Lumpur adalah pada 16 tahun lalu.
Nama MUSE sekian lama telah disebut-sebut sebagai salah satu artis/kumpulan yang ‘mencabar’ untuk diterbangkan bukan sahaja ke Malaysia malah ke benua Asia.
Kali terakhir MUSE bertandang ke Asia dalah pada tahun 2019 bersempena perlumbaan Formula 1 Singapore Grand Prix di mana ia juga merupakan sebahagian daripada jelajah konsert ‘Teori Simulation’. Manakala sebelum itu, MUSE pernah ke Beijing, Shanghai, Hong Kong dan Seoul pada tahun 2015 bagi jelajah ‘Drones’.
Ads
Kejayaan penganjur bagi menjadikan impian ini sebagai suatu realiti dijangka bakal menarik ramai peminat fanatik kumpulan rock ini dari setiap pelusuk negara dan benua terutamanya dari benua Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia.
Mereka juga menjangkakan kehadiran 60,000 hingga 100,000 kapasiti penonton bakal sama-sama menonton konsert ini.
Haa, rasanya dengan kapasiti sebesar ini, besar kemungkinan konsert ini bakal dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun buat masa ini, lokasi masih belum ditentukan. Malah, harga tiket rasminya juga masih belum diumumkan.
Ads
Dominic Howard.Chris WolstenholmeMatt Bellamy.
Sidang media petang tadi juga berkongsi klip ucapa daripada MUSE buat para peminat di Malaysia.
“Kami sangat berbesar hati untuk datang dan membuat persembahan di negara yang indah dan menakjubkan ini. Kami tidak sabar untuk berjumpa anda semua di sana. Kami akhirnya kembali ke Malaysia pada 29 Julai 2023,” kata mereka.
Tak sabarnya!
Tiket pra-jualan boleh mula didapati pada Khamis, 2 Mac 2023 pada jam 10 pagi. Manakala jualan tiket akan mula dibuka kepada khalayak ramai pada Jumaat, 3 Mac pada jam 10 pagi.
Ads
Sebagai info, sepanjang pembabitannya dalam dunia seni nyanyian antarabangsa, mereka telahpun bergelar pemenang 70 trofi muzik rock antarabangsa daripada 174 pencalonan termasuklah dua trofi anugerah Grammy.
Menerusi album terbaru mereka berjudul ‘Will of the People’ ini, sekali lagu MUSE membuktikan mereka tidak sekadar duduk di aras selesa apabila mereka cuba bereksperimentasi dengan beberapa buah genre hasil kreativiti ahli kumpulannya sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Waktu puncak adalah situasi yang paling dibenci oleh semua masyarakat dunia kerana ia boleh mendorong pada kesesakan lalu lintas yang serius. Pada waktu ini memang masing-masing dalam keadaan tergesa nak pulang ke rumah atau ada juga yang nak keluar atas urusan pekerjaan.
Tak kira di mana anda berada, kesesakan pada waktu kemuncak memang berlaku di serata dunia. Bezanya, jika di negara sendiri kita sudah lali dengan keadaan sesak tersebut dan menganggap bahawa situasi itu yang paling menyesakkan.
Namun begitu, apa kata anda cuba lihat bagaimana keadaan sesak di negara lain pula. Kalau rasa di Malaysia ni dah cukup dahsyat, anda memang silap.
1. Moscow, Rusia
2. Siem Reap, Kemboja
3. London, Britain
4. Beijing, China
5. Parking teksi di Kampala, Uganda
6. Kereta api di Bangladesh
7. Chhattisgarh, India
8. Venice, Itali
9. Sao Paulo, Brazil
10. Dhaka, Bangladesh
11. Tokyo, Jepun
Bila tengok keadaan di negara orang, timbul pula rasa syukur terhadap negara sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon meningkat naik, Lorenzo Irmann memaklumkan dirinya turut tidak terlepas daripada menerima godaan ‘nakal’ di media sosial selepas namanya semakin dikenali menerusi industri seni tanah air.
Berkata kepada Remaja, aktor yang baru berusia 20 tahun itu bagaimanapun mengambil langkah dengan mengabaikan mesej keterlaluan yang diterimanya melalui DM (direct massage).
“Kalau buka DM di media sosial ada sahaja mesej sebegitu. Tetapi saya tak layan. Kalau bukan tawaran kerja atau berkaitan kerja saya abaikan terus. Orang yang hidup senang cara begitu mustahil boleh dapat duit dengan hanya membalas mesej.
“Mestilah akan keluar bersama atau buat sesuatu dan duit itu tidak halal. Apa yang penting bagi saya adalah maruah. Saya cari duit untuk beri makan pada keluarga. Saya berlakon mencari rezeki yang halal,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama The Secret itu juga mendedahkan dia pernah menerima foto serta video jelik yang disifatkan melampau daripada individu yang tidak dikenalinya.
Lebih mengejutkan lagi, individu yang berani menghantar klip tidak senonoh sebegitu rata-ratanya adalah golongan lelaki.
“Memang terkejut apabila buka mesej melihat gambar dan video yang keterlaluan. Pelik juga bila terima mesej macam itu.
“Saya boleh kata 70 peratus yang mesej saya adalah lelaki. Saya memang elakkan membalas komen sebegitu,” tuturnya lagi.
Bercakap tentang kerjaya lakonan, Lorenzo meluahkan rasa syukur apabila bakatnya semakin menyerlah dan mula mendapat perhatian penerbit serta pengarah drama tempatan.
Terbaharu, Lorenzo membintangi drama terbaharu di Astro Ria berjudul Ternyata Sebuah Bahagia terbitan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mencatatkan kutipan yang memberansangkan di pawagam pada November tahun lalu, animasi Even Ali yang diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Wau Animation kini mencipta satu lagi sejarah. Kali ini mereka ke peringkat antarabangsa pula!
Ejen Ali bersama 5 lagi animasi tempatan iaitu Saladin, Soccer Bugs, Cingkus Blues, Knowsy Nina Wants To Know dan Super Tots tidak lama lagi akan dapat disaksikan oleh penonton di 6 buah negara asing menerusi Amazon Prime.
Negara-negara tersebut termasuklah Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Ireland, Australia dan New Zealand.
Kita sedia tahu bukan mudah untuk menghasilkan siri animasi seperti Ejen Ali sehingga ia mencapai tahapnya sekarang. Kerja keras dan masa yang lama diperlukan untuk penghasilan naskah yang diiktiraf di peringkat dunia.
Perkembangan positif ini bukan saja untuk menjana pendapatan tetapi juga membawa nama Malaysia sebagai peneraju baru dari Asia yang menyediakan intipati animasi berkualiti.
Pergh, bangga!
Sepanjang tempoh kuarantin di seluruh dunia, rancangan kanak-kanak diakui mencatatkan peningkatan tontonan berikutan masa yang diluangkan di rumah.
Sebelum ini, Ejen Ali pernah mencatatkan kutipan tiket pawagam sehingga RM30juta lalu memecahkan rekod catatan tertinggi filem animasi di Malaysia.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...