Saban tahun Malaysia akan menghantar wakil ke pertandingan-pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa. Antaranya Miss Universe, Miss World, Miss International dan juga Miss Grand International. Walaupun begitu kebanyakan pertandingan edisi tahun 2020 terpaksa ditunda dek pandemic Covid-19.
Membuka tirai pertandingan yang diadakan secara fizikal adalah pertandingan Miss Grand International yang kini sedang berlangsung di Thailand. Jasebel Robert gadis berusia 25 tahun yang merupakan lulusan Komunikasi Massa telah diumumkan awal tahun ini sebagai wakil negara setelah proses pemilihan dilakukan. Ramai tertanya-tanya apakah konsep kostum nasional yang akan dipersembahkan kepada khalayak antarabangsa dan akhirnya ia telah diumumkan hari ini.
Ads
Bertemakan Mak Yong, A Unesco Masterpiece, persalinan mewah dalam rona emas itu melambangkan salah satu seni tarian yang telah lama menjadi warisan tradisi di negeri Kelantan. Pada zaman dahulu, Mak Yong adalah tarian teater Melayu yang dipersembahkan untuk hiburan dan upacara penyembuhan terutamanya di Kelantan dan seni tarian itu telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity pada tahun 2005.
Ads
Penampilan yang mewah siap dengan replika Rebab.
Busana yang diberi nama Mak Yong Lagenda Khatijah Awang itu merupakan hasil rekaan pereka Ain Mohamed yang juga berasal dari Kelantan. Kostum yang direka merupakan hasil adaptasi dari kostum-kostum yang pernah digayakan oleh Allahyarhamah Khatijah Awang yang merupakan penggiat seni tersebut sehinggalah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 2000.
Ads
Menjadikan kostum tersebut lebih menarik, ia turut didatangkan bersama replika Rebab yang merupakan alatan muzik tradisional yang mengiringi setiap persembahan Mak Yong.
Kemenangan Andrea Meza dari Mexico sebagai Miss Universe 2020 bukanlah satu kemenangan yang disenangi semua. Banyak yang mencemuh mengatakan bahawa ada lagi peserta yang lebih layak dan tidak kurang juga ada yang menggelar ratu cantik itu dengan panggilan Miss Telemundo. Ini kerana Telemundo merupakan rangkaian televisyen Mexico yang menjadi antara penaja pertandingan tersebut.
Tidak sepi dari kontroversi, rekaan gaun petang rona merah yang digayakan Andrea Meza telah dikatakan hasil peniruan dari gaun La Bourjoisie yang direka oleh Nadim Soudaiha. Pereka fesyen yang berpangkalan di Kuwait ini telah membuka mulut apabila isu peniruan rekaan gaun petang tersebut diketengahkan oleh media antarabangsa.
Rekaan tersebut pernah dimuat naik Nadim dalam satu hantaran di Instagram yang mana ketika itu ia digayakan oleh seorang peragawati. Jika dilihat perbandingan, boleh dikatakan gaun rona merah Miss Universe 2020 itu 90 peratus menyerupai rekaan Nadim. Gaun yang digayakan Andrea itu direka oleh pereka fesyen Mexico yang berasal dari Itali, Ivis Lenin.
Carrie Underwood menggayakan gaun La Bourjouise rekaan Nadim. Sumber gambar: World Stock Market
Menurut Nadim dalam temubual bersama Kuwait Times, “Rekaan busana itu pernah dipakai oleh penyanyi popular, Carrie Underwood dalam satu majlis anugerah pada tahun 2017. Ketika itu di merupakan pengacara kepada majlis tersebut. Saya mengambil masa sekitar 10 hari untuk menghasilkan gaun ini yang terbuat dari tulle dengan kristal Swarovski dan manik-manik berjurai. Tetapi penata gaya Jacob de Alba mendedahkan dalam hantaran Instagram bahawa gaun Andrea yang oleh Ivis Lenin, mengambil masa hampir setahun untuk disiapkan.”
Andrea Meza saat menggayakan gaun petang ketika peringkat Top 10 Miss Universe 2020. Sumber gambar: Business Insider India
Apa yang menarik tentang kontroversi ini, Nadim sebenarnya merupakan orang Mexico yang telah berhijrah ke Kuwait untuk bekerja disana sebagai pereka fesyen untuk La Bourjoisie. Jadi rekaan asal pereka fesyen berdarah Mexico ditiru oleh pereka fesyen Mexico untuk digayakan oleh Miss Universe Mexico. How ideal is that? Apa yang pasti nampaknya pereka fesyen Ivis Lenin tidak boleh lari dari fakta yang rekaannya itu memang mirip dengan rekaan Nadim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minum air kosong mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan dan membantu dalam usaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Memiiki tubuh yang langsing idaman semua orang. Terutama bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan mendadak disebabkan beberapa faktor. Pelbagai tip yang dikongsi di laman sosial bagi mereka yang mahu mendapatkan berat badan ideal.
Cuma terpulang pada seseorang itu untuk kekal dengan berat yang ada atau terinspirasi melihat orang lain sudah berjaya melepasi pelbagai rintangan untuk kurus. Kena ingat salah satu sebab untuk kurus adalah disebakan kesihatan, selain untuk tampil lebih yakin di khalayak.
Seperti perkongsian wanita ini Hidayah Adam dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh memberitahu rahsia berjaya menurunkan berat sehingga 43 kg.
Menurutnya sebelum itu beratnya adalah 100 kg dan dalam tempot 11 bulan telah berjaya menurunkan berat sehingga 57 kg.
Ibu kepada empat anak ini juga memulakan usaha dietnya sekitar Septemner 2019 dan berjaya pendapat berat ideal ketika PKP tahun lalu.
Tambahnya lagi, paling penting adalah mengurangkan pengambilan makanan dan mengikuti kaedah suku-suku separuh.
Walaupun setelah berjaya capai berat idaman, dia masih lagi mengamalkan pengambilan diet demikian kerana baik untuk tubuh setiap individu.
Ayuh ikuti perkongsiannya apa lagi amalan dibuat untuk lenyapkan sehingga 43 kg.
Rahsia Lenyapkan 43Kg
Just nak share pengalaman saya turunkan berat badan dari 100 kg kepada 57 kg dalam masa 11 bulan..
Saya berusia 33 tahun dan emak kepada 4 anak. Journey saya start bulan 9/2019 dan berjaya dapat berat ideal masa PKP 2020…
First thing saya buat adalah cut portion makan. Full bertukar kepada suku-suku separuh..
Dan sekarang pun masih mengamalkan suku-suku separuh… bagi saya portion ini sangat-sangat terbaik dan bagus untuk tubuh badan kita..
Jika tanya senaman, hanya 2 jenis senaman sahaja saya lakukan 1) sukan muaythai 2) bodyweight training. Saya lakukan senaman 3x seminggu selama 1 jam…
Kepada fighter yang sedang turunkan berat badan 1 je saya nk pesan kentalkn fizikal dan mental..
Aim untuk cara hidup yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Journey kita bukan stop bila kita dapat berat ideal tapi sepanjang kita hidup..
Pesannya lagi seseorang kena kuat semangat untuk teruskan misi mendapatkan berat ideal ini. Apabila kita sihat badan jadi lebih ringan. Dia juga turut berkata terpaksa menahan godaan melawan nafsu makan sementelah dirinya juga seorang baker.
Apa yang saya boleh cakap, kita kena sentiasa kuatkan semangat untuk teruskan misi kita dapatkan berat ideal.
Bila kita sihat badan rasa lebih ringan. Mental kena kuat untuk lawan nafsu makan. Tinggalkan makanan manis untuk yang nak loose weight.
Saya sendiri seorang bakers dan saya tahan diri dari sentuh mknan manis selama setahun. Percaya yang kita mampu buat. Makanan yang kita suka makan apabila dah loose weight. Ingat makanan lain kali boleh makan, tapi kesihatan kita sekali je tau. Keep a goodwork n stayFIT…
Berikut adalah beberapa kebaikan minum air kosong dalam konteks kesihatan dan penurunan berat badan:
Menjaga Keseimbangan Hidrasi:
Air merupakan komponen utama dalam tubuh manusia dan penting untuk memastikan semua fungsi tubuh beroperasi dengan baik. Memastikan tubuh sentiasa terhidrasi dapat membantu mengelakkan dehidrasi yang boleh mempengaruhi tahap tenaga dan kecekapan fungsi organ.
Menurunkan Keinginan Makan Berlebihan:
Kadang-kadang, rasa haus dapat disalahartikan sebagai rasa lapar. Dengan minum air kosong sebelum makan, anda mungkin akan merasa kenyang lebih cepat dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
Peningkatan Metabolisme:
Minum air sejuk secara berkala boleh meningkatkan kadar metabolisme sementara. Ini bermakna tubuh anda akan membakar lebih banyak kalori untuk memanaskan air yang dimasukkan ke dalam tubuh.
Mengurangkan Kalori dan Gula:
Minum air kosong adalah pilihan minuman rendah kalori dan bebas gula, berbanding minuman bersoda atau minuman manis lain. Dengan menggantikan minuman berkalori tinggi dengan air, anda dapat mengurangkan pengambilan kalori harian dan gula tambahan.
Memelihara Fungsi Buah Pinggang:
Pengambilan air yang mencukupi membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang. Buah pinggang yang berfungsi dengan baik penting untuk menyingkirkan sisa toksin dari dalam tubuh.
Membantu Penghadaman:
Air membantu melancarkan proses pencernaan dan membantu dalam penyerapan nutrien. Ini dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan seperti sembelit.
Peningkatan Tenaga:
Hidrasi yang mencukupi dapat meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan fizikal. Ini dapat membantu dalam menjalankan aktiviti senaman untuk mengekalkan atau menurunkan berat badan.
Menyokong Kulit yang Sihat:
Air membantu melembapkan kulit dari dalam, menyokong penampilan kulit yang sihat dan merangsang pengeluaran minyak semula jadi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan calang-calang peragawati yang terpilih untuk berjalan bagi sebuah jenama terkemuka di pentas antarabangsa. Semestinya mereka memiliki keunikan tersendiri dan juga dedikasi sebagai seorang peragawati berkaliber.
Terbaharu, anak jati Malaysia, Shikin Gomez telah terpilih sebagai salah seorang peragawati untuk berjalan di pentas runway Dior Pre-Fall 2023. Merupakan sebuah jenama mewah Perancis, Dior yang dikepalai Maria Grazia Chiuri telah memilih Gateway of India yang terletak di Mumbai sebagai lokasi.
Dalam tinjauan REMAJA ke ruangan Instagram peragawati tinggi lampai tersebut, dia berkongsi perasaannya usai memperagakan busana di pentas JENAMA hebat itu.
“Sejujurnya tiada kata dapat diungkapkan untuk meggambarkan Dior Pre-fall 2023. Terasa seperti kembali semula ke tempat asal permulaan kerana Mumbai merupakan bandar pertama yang saya ditempatkan selepas tamat Asia’s Next Top Model.
“Untuk ia berada di sini, untuk saya yang mewakili negara saya dan semua orang yang kelihatan seperti saya. Saya merasa rendah diri dan gembira menjadi sebahagian dari sejarah,” ujarnya mengimbau kembali kenangan.
Imbas kembali, Shikin atau nama sebenarnya Siti Nurfashikin Gomez memulakan kerjaya sebagai seorang peragawati di Malaysia dan bekerja dengan pelbagai jenama dan juga majalah. Dia kemudiannya menyertai Asia’s Next Top Model musim kelima dan berjaya berada di kedudukan top 3.
Sudah berkahwin pada Februari 2022 dengan jejaka pilihannya, Rami Aladdin, Shikin kini diwakili oleh pelbagai agensi peragaan di seluruh dunia dari Malaysia sehinggalah ke Indonesia, Jerman, Belanda, Sepanyol dan London.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!