Bukan calang-calang peragawati yang terpilih untuk berjalan bagi sebuah jenama terkemuka di pentas antarabangsa. Semestinya mereka memiliki keunikan tersendiri dan juga dedikasi sebagai seorang peragawati berkaliber.
Terbaharu, anak jati Malaysia, Shikin Gomez telah terpilih sebagai salah seorang peragawati untuk berjalan di pentas runway Dior Pre-Fall 2023. Merupakan sebuah jenama mewah Perancis, Dior yang dikepalai Maria Grazia Chiuri telah memilih Gateway of India yang terletak di Mumbai sebagai lokasi.
Dalam tinjauan REMAJA ke ruangan Instagram peragawati tinggi lampai tersebut, dia berkongsi perasaannya usai memperagakan busana di pentas JENAMA hebat itu.
“Sejujurnya tiada kata dapat diungkapkan untuk meggambarkan Dior Pre-fall 2023. Terasa seperti kembali semula ke tempat asal permulaan kerana Mumbai merupakan bandar pertama yang saya ditempatkan selepas tamat Asia’s Next Top Model.
Ads
“Untuk ia berada di sini, untuk saya yang mewakili negara saya dan semua orang yang kelihatan seperti saya. Saya merasa rendah diri dan gembira menjadi sebahagian dari sejarah,” ujarnya mengimbau kembali kenangan.
Imbas kembali, Shikin atau nama sebenarnya Siti Nurfashikin Gomez memulakan kerjaya sebagai seorang peragawati di Malaysia dan bekerja dengan pelbagai jenama dan juga majalah. Dia kemudiannya menyertai Asia’s Next Top Model musim kelima dan berjaya berada di kedudukan top 3.
Ads
Sudah berkahwin pada Februari 2022 dengan jejaka pilihannya, Rami Aladdin, Shikin kini diwakili oleh pelbagai agensi peragaan di seluruh dunia dari Malaysia sehinggalah ke Indonesia, Jerman, Belanda, Sepanyol dan London.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu, perlakuan menangis hingga mata menjadi sembab adalah sesuatu yang tidak mahu ditayangkan untuk tatapan umum. Paling-paling pun, korang akan menangis dalam bilik air atau di bucu katil (guilty!) sebelum membilas muka agar wajah menangis tidak lagi kelihatan.
Namun kini, semakin ramai pula selebriti Barat yang terbuka untuk menunjukkan momen menangis atau kesan selepas menangis terhadap wajah mereka.
Supermodel, Bella Hadid pernah memuat naik beberapa swafoto pada November 2021 kerana berdepan isu ‘anxiety’ hingga mengejutkan ramai pihak. Warganet tidak menyangka dia berani menunjukkan wajah sedemikian sedangkan ramai selalu beranggapan Bella seorang wanita berwajah sempurna.
Apabila isteri Brooklyn Beckham, Nicola pula muncul di Instagram dengan foto berwajah seakan lepas menangis, beauty guru di seluruh dunia mula beranggapan trend solekan mata sembab ini akan popular dan telahan mereka itu ternyata tepat!
Tular di TikTok beberapa video tutorial yang menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan efek selepas menangis tanpa – well – mengalirkan air mata.
Sebagai contoh, video jurusolek popular, Zoe Kim Kenealytelah bertukar tular setelah dia menunjukkan cara-cara mencipta ‘solekan menangis’.
Untuk bahagian bibir, dia menggunakan teknik memudarkan garisan lipstik di sekeliling bibir menggunakan berus dan lipstik EM Cosmetics Soft Spoken Lips.
Rona kemerah-merahan di sekeliling mata, pada hidung dan pipi pula dicipta Zoe menggunakan palet pembayang mata Fentu Beauty Double Cheek’d Up. Barulah nampak seakan selepas menangis. Katanya juga, ia memberi efek ‘innocent girl’ pada wajah mana-mana gadis.
Akhir sekali bagi mendapatkan efek mata berair, Zoe menggunakan AMTS Liquid Glitter Shadow, manakala produk Vinyl Effect Eye Gloss daripada jenama About Face pula menggantikan fungsi highlighter terutamanya di bahagian atas bibir.
Video tutorial Zoe ini pantas menjadi tular. Begitu juga dengan beberapa lagi video tutorial sama di TikTok seperti video ciptaan @moryeskim, @nailamcdd dan @madelynreynolds0 di bawah.
Di ruangan komen, rupanya ramai yang merasakan solekan ‘selepas menangis’ ini membuatkan seseorang tampak lebih menawan dan seperti yang dikatakan tadi, innocent malah berkesan untuk menagih simpati orang di sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalu kita nampak Camila di karpet merah dan award show dengan muka yang disolek mampan.
Namun hakikatnya, di sebalik semua teknik solekan itu, Camila merupakan antara selebriti Hollywood yang mempunyai kulit wajah paling bersih dan cantik!
Jika Camila tak terikat dengan persembahan pentas, penggambaran ataupun hal berkaitan kariernya, dia lebih selesa tidak memakai solekan terus. Itu adalah salah satu sebab mengapa kulitnya cantik secara semula jadi. Bahan kimia pada solekan kan boleh menyebabkan rasa tak selesa pada kulit.
Bukan itu saja, baru-baru ini dia juga telah membongkarkan rahsia mengenai rutin kecantikannya. Tak perlukan treatment mahal pun di spa. Camila lebih sukakan cara DIY di rumah.
Dia selalu menggunakan masker putih telur untuk disapu pada wajah. Kata Camila dalam satu temuramah bersama majalah Glamour, tip tersebut disampaikan oleh ibunya sendiri kerana putih telur amat berkesan untuk mengecilkan liang pori pada kulit.
“Saya dan ibu sudah menjadikan putih telur sebagai rutin. Ia mempunyia asid amino dan protein untuk ditukar fungsi kepada masker. Kulit pun mudah menjadi lembut dan tegang,” katanya.
Selain masker, Camila juga suka memakai skrub muka untuk membersihkan sel mati. Air putih juga dijadikan tabiat minumannya selain wajib mencuci muka sebelum tidur.
“Tak kiralah sepenat mana pun kamu setelah sampai di rumah, muka perlu dicuci.”
OKAY, kami akan cuci muka setiap malam sebelum tidur.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai menyedari bahaya nikotin. Bukan saja meningkatkan risiko terkena kanser paru-paru dan mulut tetapi kajian mendapati penagihan terhadap nikotin boleh mengakibatkan mati pucuk, merosakkan sel-sel otak, penyakit jantung dan ereksi serta banyak lagi.
Bila menyedari bahaya nikotin ini, ramai beralih memilih rokok elektronik iaitu vape yang sangat popular di negara ini kononnya ia bebas dari nikotin. Cecairnya didakwa selamat serta tidak membahayakan tidak seperti rokok.
Baca perkongsian ditulis oleh Dr Suhazeli dari Medical Mythbusters Malaysia dan disiarkan laman fb Public Health Malaysia ini mengenai vape yang mana membuatkan ramai remaja khususnya yang masih bersekolah tertipu tentang kandungan nikotin di dalam vape. Lebih menakutkan ada cairan vape diletakkan ganja.
Ramai memilih vape sebagai satu alternatif tetapi rupanya cecairnya masih mengandungi nikotin di mana 40 peratus dari ujian air kencingnya didapati positif mengandungi nikotin
REMAJA TERTIPU
Sedih apabila lihat kedai vape makin bercambah di semua lokaliti seluruh negara. Walaupun majlis fatwa telah pun mengharamkan vape sejak 21 Disember 2015 lagi, tetapi para peniaga masih lagi ingkar dengan hukum [1].
Bahkan Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan lagi bahawa pengharaman menghisap vape bukan semata-mata kerana nikotin tetapi kerana kesan terhadap attitude atau sikap, tasyabbuh atau peniruan dengan budaya bukan Islam [2]. Justeru, perbuatan itu ditinggalkan berdasarkan kaedah Saddu al-Dzarīʿah.
Namun dari sudut akta kawalan tembakau, Setelah isu pengharaman itu meletus, segelintir dari peniaga mula bersandarkan kepada Akta Kawalan Tembakau 2004.
E-cigs di negara kita tiada satu akta yang mengikat kecuali Akta Racun 1952. Jika ianya diaktakan, pengedaran, penjualan dan penggunaan e-cigs mestilah dalam jumlah yang standard dan dikawal selia dengan ketat. Ini kerana nikotin tulen sudah terbukti merbahaya dalam jumlah/dos tertentu.
Remaja sekecil ini mungkin tidak menyedari bahaya vape tetapi fakta menakutkan ada cairan vape diletakkan ganja untuk memberi rasa lebih high.
Penjualan vape juga menggunakan akta pengawalan rokok, selain Akta Racun 1952, ianya termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.
Ini menjadikan penjualan, pengedaran dan pengambilan rokok terselia dalam dos nikotin yang terkawal secara ketat. Begitu juga dengan Terapi Gantian Nikotin yang digunakan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi di dalam dos yang tetap dan dikawal selia.
Apa yang berlaku setelah 4 tahun isu ini berlegar?
Para peniaga mula tidak mengistiharkan jumlah racun nikotin yang terdapat dalam cecair vape yang dijual. Kononnya cecair tersebut bebas nikotin, tetapi mereka menambahnya tanpa disedari.
Lihat pendedahan kajian yang dibuat oleh pengkaji Universiti Stony Brooke New York ini. Kajian mendapati remaja yang berumur 12-21 tahun positif air kencing mengandungi nikotin. Walaupun label cecair vape yang dijual adalah bebas nikotin, 40% remaja berkenaan positif air kencing. Amat mengejutkan kita juga bahawa terdapat di sesetengah penyediaan cecair vape tersebut dicampur dengan ganja [3].
Kajian itu juga mengesahkan kandungan nikotin lebih tinggi dalam vape jenis baharu pod-mod dan seumpamanya.
Nikotin adalah dadah yang menjadi ketagih. Jika hanya asap vape yang disedut, para penagih vape tidak akan merasai ‘feeling’ dalam mendapatkan keseronokannya. Tetapi padah menanti di kemudian hari. Remaja sudah tertipu.
“Benda boleh tipu, buat apa nak istihar” – Matma Gani