Sejak kebelakangan ini mainan yang dikenali sebagai lato-lato mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat tidak kira usia
Tidak dinafikan permainan tersebut sekaligus dapat mengurangkan masalah ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak. Bagaimanapun, disebalik kebaikan itu, ada keburukannya juga.
Oleh hal demikian, ibu bapa sebaiknya diminta memantau anak-anak mereka sewaktu bermain permainan berkenaan bagi mengelakkan kecederaan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan tersebut dikenali sebagai Clacker kira-kira 50 tahun lalu dan telah diharamkan Pengurusan Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) Amerika Syarikat kerana risiko kecederaan kepada kanak-kanak.
“Pada ketika itu, kerisauan utama adalah bebola pecah dan menyebabkan kecederaan kepada kanak kanak.
Foto Via Indozone
“Selepas 50 tahun, permainan ini popular di negara jiran indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Masih awal lagi, tetapi sudah ada kes-kes kecederaan melibatkan permainan ini,” katanya.
Ads
Pihak tersebut menjelaskan lagi, sebenarnya permainan ini juga mempunyai kebaikannya, walau ada beberapa keburukan tersendiri.
Ads
“Ia melatih koordinasi, fokus dan kawalan motor. Cukup-cukuplah bermain gajet. Sebaiknya untuk mengelakkan kecederaan, pantau anak ketika bermain.
Ads
Flickr/marianne muegenburg cothern
“Anak yang terlalu kecil yang masih belum stabil fungsi koordinasi mungkin kurang sesuai bermain. Namun, kalau siang malam main tanpa henti, memang tertekan ibu ayah,” tulisnya panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kebersihan kucing juga menjadi keutamaan kita.
Kadang-kadang pelik juga bila tengok dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum?
Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Tony Kit melalui page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, tentang info bintik-bintik hitam di dagu kucing ini.
Menurutnya, bintik-bintik hitam ini disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Paling penting tak susah pun nak hilangkan kekotoran ini hanya guna tiga bahan yang sangat mudah.
Pertama kali bertemu empat mata sewaktu menyertai pencarian Dewi Remaja kira-kira sembilan tahun lalu, mereka merupakan di antara dua orang finalis yang menempah populariti awal dalam senarai ramalan siapa bakal menjadi juara setelah masing-masing menonjolkan potensi yang ada pada diri mereka.
Siapa sangka, persahabatan di antara dua jelitawan tersebut kekal hingga ke hari ini.
Bercakap kepada REMAJA sewaktu dihubungi, Syamim Farid mengimbas semula momen di mana Raysha yang mesra disapa sebagai Dada dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan rapatnya bergelar bridesmaid beliau satu masa dahulu.
Syamim merupakan di antara bekas finalis Dewi Remaja 2014/15 yang terawal menamatkan zaman bujang sebaik sahaja pencarian melabuhkan tirai pada tahun 2015; dan semalam, tiba giliran Raysha pula yang melangkah ke jenjang pelamin.
“Tak sangka pula, semalam saya jadi sebak apabila menyaksikan dia melangkah masuk ke dalam dewan menuju ke pelamin. Saya tahu Raysha dan Nabil sudahpun bersama lebih dari 10 tahun. Sejak saling mengenali di Dewi Remaja, dia sudahpun saya anggap sebagai adik saya; apatah lagi dialah finalis paling muda pada waktu itu. Lepas tamatkan persekolahan, Raysha terus masuk dan menang!
“7 tahun lalu lepas Dewi Remaja, Raysha pernah menjadi bridesmaid saya. Siapa sangka sekarang, saya pula yang membalas budi sebagai bridesmaid-nya.
“(Kami) sama-sama membesar dalam industri ini, sama-sama belajar, sama-sama lihat perkembangan masing-masing dari permulaan hingga sekarang. Untuk mengimbas semula sekarang pun akan buatkan saya jadi sebak.
“Semalam, saya memang tidak dapat menahan rasa sebak. Mengalir jugalah air mata melihat dia berjalan masuk sambil diiringi ayahnya,” kongsi Syamim sewaktu dihubungi REMAJA.
Raysha RizroseSyamim Farid
From Dewi Sisters to Sisters For Life
Biarpun saling bersaing secara sihat bagi merebut gelaran Dewi Remaja, bagi Syamim perkara tersebut tidak terjadi apabila dirinya berdiri di kedudukan Top 2 bersama Raysha.
Sebaliknya, beliau masih ingat merasa gembira apabila nama Raysha Rizrose diumumkan sebagai Dewi Remaja 2014/15 kerana tahu betapa besarnya potensi yang ada pada sahabatnya itu.
Kini setelah masing-masing sudahpun berumah tangga, Syamim berharap agar perkahwinan yang dibina oleh Raysha dan Nabil akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Alhamdulillah, kalian berdua sudah bergelar suami-isteri. Saya amat gembira untuk kalian, jodoh memang tidak akan ke mana. Saya doakan kasih sayang yang tercipta ini akan berterusan hingga ke syurga nanti.
“Nikmati kehidupan berumah tangga. Walaupun akan ada pasang surutnya, usahlah mengambil perhubungan kalian dengan terlalu serius.
“Tiada salahnya untuk berseronok, untuk kadangkala bersifat kebudak-budakkan dengan pasangan. Sekali lagi, selamat pengantin baharu,” ucap yang tampak jelita semalam dalam persalinan berona kuning cair.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Apalah gunanya kehidupan dalam kesibukan ibu negara sekiranya hati tidak tenteram dan kehidupan tidak bahagia?”
Korang mesti pernah dengar seseorang melontarkan pendapat sedemikian. Ramai remaja menyimpan hasrat untuk berpindah ke Kuala Lumpur dengan harapan bagi mengubah kehidupan mereka.
Namun benarkah kehidupan di ibu negara itu benar-benar lebih membahagiakan?
Well, menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia) baru-baru ini, ia melaporkan bahawa negeri Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka merupakan bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2021. Ini bermakna bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Georgetown dan lain-lain ibu negara tercicir daripada senarai tersebut.
Kongsi PlanMalaysia, ketiga-tiga negeri tersebut mencatatkan skor melebihi 80 peratus bagi bahagian ‘Bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021.
Malah, pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi ketiga-tiga negeri itu juga merekodkan skor ‘Bahagia’ penuh bagi semua kawasan yang dinilaikan.
Untuk pengetahuan, kajian itu dilakukan bersempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 pada 22 Mac lepas di mana 14 soalan telah diajukan kepada orang rqmai.
Antara soalan yang ditanya termasuklah tahap tekanan kehidupan dialami individu serta kadar kepuasan hati dengan kesihatan, kebahagiaan ketika bersama keluarga dan saudara-mara selain tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja.
Kaji selidik mengenai faktor kebahagian penduduk di sesebuah tempat ini bukanlah perkara baharu di peringkat antarabangsa. Mungkin korang pernah terbaca atau terdengar mengenai senarai ‘Negara Dengan Penduduk Paling Bahagia’ sebelum ini.
Di peringkat antarabangsa, difahamkan terdapat lima faktor penentu yang dinilai.
Antaranya terdiri daripada faktor masa yang diambil untuk bergerak ke tempat kerja pada setiap hari, kemudahan awam yang ditawarkan, cuaca (kawasan sejuk dikatakan mempunyai penduduk yang kurang bahagia), tahap populasi penduduk berpendidikan tinggi dan sama ada kawasan tersebut masih mengekal kehijauan alam semula jadi.
*
Jadi, adakah korang bersetuju dengan pemilihan Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka sebagai kawasan dengan penduduk paling bahagia?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!