“Antara contoh kata ganda berentak ialah remuk-redam, corat-coret, warna-warni dan bukit-bukau”, terang Azmi kepada Naqui. “Hei, bukit bukau bukan merupakan kata ganda berentaklah, tapi kata majmuk,” sampuk Johan. “Mengapa kamu menyatakan demikian”, tanya Azmi kepada Johan”. “Kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud tertentu dan boleh berdiri sendiri. Bukit bermaksud kawasan tanah yang tinggi, manakala bukau bermaksud lembah, maka tidak ada tanda sempang antara bukit dengan bukau”. Jelas Johan. Oleh itu, apakah maksud kata majmuk?
Kata majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata majmuk ialah kata-kata yang dibentuk daripada gabungan dua atau lebih morfem bebas dan makna kata yang baharu dibentuk itu berlainan daripada makna asal kata-kata yang membentuknya. Abdullah Hassan (2006: 268) telah menyenaraikan rumusan definisi kata majmuk berdasarkan satu seminar yang dihadiri, iaitu:
Kata majmuk terdiri daripada sekurang-kurangnya dua morfem bebas.
Kaitan antara unsurnya tidaklah berkaitan secara langsung dalam hubungan D-M. Kedua-dua unsurnya bukan D (diterangkan) dan M (menerangkan), unsurnya masih daripada kata majmuk.
Hukum D-M pada Frasa Nama lebih langsung daripada DM pada kata majmuk.
Maknanya masih bergantung pada inti. Daripada inti itulah ditambah dengan ciri-ciri khusus makna itu.
Gabungan dua morfem bebas tidak melibatkan sebarang imbuhan, untuk mengelakkan kata terbitan menjadi kompleks.
Tidak boleh disisipkan sebarang bentuk atau perkataan yang lain.
Berdasarkan enam rumusan kata majmuk, kesimpulannya kata majmuk yang dibentuk mestilah lebih daripada satu kata dan perlu mewujudkan satu kesatuan makna. Antara kedua-dua perkataaan yang dimajmukkan itu, tidak boleh diselitkan perkataan lain walaupun tidak berubah makna. Asas pembinaan kata majmuk juga mestilah berdasarkan hukum D-M. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu:
Ads
Rangkai kata bebas
Kata majmuk rangkai kata bebas diwujudkan dengan menggabungkan dua kata atau lebih yang berlainan makna dan mewujudkan satu makna yang baharu. Kata majmuk yang baharu wujud ini tidak boleh diselitkan dengan kata lain walaupun makna tidak berubah. Antara contoh kata majmuk rangkai kata bebas ialah jalan raya, tengah hari, lebuh raya, warga kota, bandar raya, atur cara, susun atur dan lain-lain lagi. Namun demikian terdapat kekecualian untuk kata nama khas iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Keretapi Tanah Melayu. Terdapat juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran. Walaupun penggunaannya menyalahi hukum D-M, namun diberikan kekecualian. Antara contoh kekecualian kata majmuk ialah Perdana Menteri, Ketua Menteri, Naib Canselor dan lain-lain.
Istilah khusus
Kata majmuk istilah khusus ialah satu bentuk kata nama yang digunakan secara khusus dalam bidang tertentu yang menggunakan dua kata yang berlainan tetapi mewujudkan satu makna. Antara contoh kata majmuk istilah khusus ialah reka bentuk, garis pusat, lut sinar, batu kapur, pita suara dan lain-lain lagi.
Ads
Maksud kiasan
Kata majmuk maksud kiasan terdiri daripada simpulan bahasa yang membawa makna yang khusus. Sebab-sebab simpulan bahasa dianggap sebagai kata majmuk ialah kata yang disimpulkan itu mempunyai satu kesatuan yang bermakna. Contoh kata majmuk yang membawa maksud kiasan ialah hati batu, ringan tangan, kaki botol, kaki bangku dan lain-lain.
Walaupun kata majmuk biasanya ditulis secara terpisah, namun begitu terdapat kata majmuk yang ditulis secara berangkai atau sebagai satu perkataan. Kata majmuk ini dianggap telah mantap. Misalnya; kerjasama, bumiputera, kakitangan, suruhanjaya sukarela, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, setiausaha, tanggungjawab, warganegara, jawatankuasa, antarabangsa, olahraga dan lain-lain.
Perkataan yang tergolong dalam kata tertentu yang lazimnya ditulis secara bercantum tetapi tidak dianggap sebagai kata majmuk mantap ialah walhal, apakala, barangkali, darihal, padahal, manakala, perikemanusiaan, kadangkala, dinihari, apabila, sukacita, dukacita, hulubalang, peribahasa.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh DR. HAJI AMIR BIN HAJI JUHARI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Raja Pecut’ Sukan Malaysia (Sukma) 2024 menjadi milik pelari Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee apabila meraih pingat emas acara 100 meter (m) di Kuching, Sarawak.
Atlet berusia 17 tahun itu merangkul pingat emas pertamanya selepas mencatat masa terpantas 10.53 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Sarawak.
Dia menewaskan atlet dari Selangor, Danish Irfan Tamrin menamatkan aksi di tempat kedua dengan catatan masa 10.60s untuk meraih pingat perak manakala pingat gangsa menjadi milik Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid dari Pahang dengan catatan 10.66s.
Kredit: MSN Selangor
Menerusi saingan wanita pula, atlet muda Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal menepati ramalan apabila muncul juara 100m wanita selepas merekodkan catatan 11.64s.
Catatan itu turut memperbaharui rekod Sukma yang dipegang Azreen Nabila Alias dari Terengganu yang mencatat 11.81 ketika edisi 2016 di Perak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang setia mengikuti aksi skuad badminton Malaysia dalam perlawanan kumpulan D menentang Kanada sebentar tadi, pastinya korang sedar akan peranan besar yang dimainkan oleh pemain bernama Cheam June Wei ini.
Turun sebagai perseorangan kedua negara bagi kejohanan Thomas Cup yang sedang berlangsung di Denmark sekarang, dia berjaya menundukkan lawan dari Kanada, Jason Anthony dengan keputusan 21-14, 21-14; lalu memberikan kemenangan selesa kedua buat Malaysia selepas ‘skipper’ atau pemain perseorangan pertama negara, Lee Zii Jia beraksi cemerlang dalam perlawanan pertama.
Sejak persediaan Sukan Olimpik Tokyo 2020, banyak media memperkatakan mengenai Lee Zii Jia namun tidak banyak yang menyentuh mengenai kemampuan Cheah June Wei.
Pemain berusia 24 tahun ini sebenarnya telah ‘melompat jauh’ dalam arena badminton antarabangsa.
Bayangkan sajalah, dia terpaksa bergelut setelah disahkan positif Covid-19 pada awal 2021. Lantas, episod muram itu memaksa June Wei menggantung raket buat seketika waktu dan berehat.
Namun, dia pantas bangkit untuk kembali memberi saingan di peringkat antarabangsa seperti di kejohanan Thomas Cup ini.
Jika pada edisi Thomas Cup 2018 di Bangkok, June Wei telah memainkan peranan sebagai ‘personal sparring partner’ atau rakan latihan peribadi kepada bekas juara dunia badminton, Datuk Lee Chong Wei.
Dalam masa tiga tahun saja, peranan itu telah berubah dan kini dia memegang tanggungjawab sebagai salah seorang hero negara yang melakukan debut di Aarhus, Denmark.
Tentunya, pengalaman bersama Lee Chong Wei itu merupakan peluang keemasan untuknya ‘menangkap’ skil terbaik dan cara mengatasi tekanan semasa di atas gelanggang. Kesemua itu cuba diaplikasikan dalam perlawanan pada pagi tadi. Dan kami percaya, ini baru satu permulaan berpotensi bagi June Wei.
Bayangkan sajalah, biarpun Malaysia kecundang di tangan Indonesia pada peringkat suku akhir Thomas Cup 2018, Chong Wei telah memenangi kesemua perlawanan beliau. Talk about learning from the best!
Di atas kertas, June Wei mungkin masih hijau dalam arena ini. Namun ingat, Lee Chong Wei dahulu pun mula memenangi kejohanan besarnya pada usia 24 tahun di Sukan Komanwel 2006 (pingat emas) dan Kejohanan Asia 2006 (pingat emas). Tidak mustahil, dia juga mampu menyaingi prestasi idolanya itu tidak lama lagi.
Apapun, all the best kepada skuad muda badminton negara di Thomas Cup! Teruskan momentum seperti kejayaan 5-0 ke atas Kanada awal pagi tadi.
P.S: Ini yang naik semangat nak angkat raket ni, hehe..
Semakin hari semakin jelas kesedaran masyarakat Malaysia terhadap penggunaan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu secara meluas. Menerusi platform media sosial dalam dunia digital dewasa kini, telah muncul golongan pejuang-pejuang bahasa yang tanpa keluh terus cuba memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan kelompok anak muda.
2023 menandakan ulang tahun kelima penganjuran kempen Saya #RemajaMalaysia yang diterajui syarikat media Nu Ideaktiv menerusi jenama REMAJA. Jujurnya, kami sendiri tidak menyangka penerimaan memberangsangkan akan hadir dari tahun ke tahun daripada para pembaca dan pengikut kami setiap kali kempen ia kembali dianjurkan bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Khas buat bacaan dan tontonan anda semua, REMAJAmenampilkan lima personaliti baharu bagi meraikan kepelbagaian kempen Saya #RemajaMalaysia. Diterajui oleh Cikgu Zack Kirana, Farees Asri, Kimberly Chuah, Adam Shamildan Malle Christian; diharap diversiti pada pola pemilihan personaliti kali ini mampu menyuntik rasa akrab dan harmoni yang terjalin dalam kalangan masyarakat majmuk di luar sana.
penyelaras REMAJA arahan seni & penata gayaFZ AIMMAN pembantu penyelaras & rekaan grafik NORZIAH jurufotoAKMAR AZIMI penerbit video MAYA DEEN & SURIA AMIRA solekan ANN KARIM, CHE WAN & AYANG KAMELL persalinanSUPERDRY penghargaan lokasi SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
Cikgu Zack Kirana
Statusnya sebagai seorang guru di pusat tuisyen swasta amat berlainan dengan persona guru-guru lain di luar sana. Riang, mudah mesra dan tidak lokek ilmu; tidak keterlaluan jika ramai berpendapat bahawa Cikgu Zack Kirana lebih menonjol berbanding yang lain. Bagi Cikgu Zack atau nama sebenarnya Saliza Ibrahim, peluang memartabatkan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu adalah satu tanggungjawab yang digalas melebihi sekadar pekerjaan hakiki bagi meraih pendapatan. ‘Cikgu Ranggi’ ini selesa menyantuni anak murid berbilang bangsa dan sentiasa cuba menarik minat mereka agar terus lapar mengejar ilmu melebihi apa yang tercatat pada buku teks.
Farees Asri
Rancak menari di platform media sosial, siapa sangka minat Farees Asri, 25 berubah menjadi ‘DNA’ dan sumber pendapatannya dek minat mendalam terhadap seni tarian tradisional Melayu. Dalam dunia hiburan masa kini yang berpaksikan kepada lagu-lagu K-pop dan Barat, alunan irama tradisional yang mengiringi skil dan kelembutan gaya tarian guru lelaki ini pasti akan membuatkan ramai terpegun.
Kimberly Chuah
Gelaran pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2022 yang disandang Kimberly Chuah bukan satu tiket mudah untuknya menempa nama sebagai seorang pelakon versatil. Usaha dan kegigihan tetap disemat agar namanya terus mekar. Kimberly terlebih dahulu menarik minat warganet disebabkan penguasaan bahasa Melayunya amat mengagumkan. Inilah representasi sebenar seorang anak Malaysia yang dilahirkan di bumi Malaysia dan mencintai asal-usul keperibadian sebagai seorang remaja Malaysia.
(Dari Kiri): Farees Asri, Malle Christian, Cikgu Zack Kirana, Kimberly Chuah dan Adam Shamil menyarungkan jaket daripada SUPERDRY.
Adam Shamil
Wajahnya tidak asing lagi dalam kalangan pengguna laman sosial seperti TikTok dan YouTube. Keletahnya dalam menghasilkan video-video cukup menghiburkan namun masih punya inti pati bermanfaat. Petah bercakap, bersuara lunak dan mempunyai pakej fizikal yang disenangi ramai adalah sebahagian daripada kelebihan yang dimiliki oleh remaja kelahiran Sabah ini. Jelas, Adam Shamil mempunyai potensi untuk melangkah jauh berbekalkan bakat dan kebolehan menyanyi, pencipta kandungan dan pengacara yang dimilikinya.
Malle Christian
Menempa populariti terlebih dahulu sebagai bekas peserta pertandingan Unduk Ngadau di Sabah, aura yang diwarisi pemilik nama penuh Malle Christian Anderson Barlus ini tidak boleh disangkal. Sebaik membuka langkahan berani ke Semenanjung Malaysia bagi bertanding dalam pencarian Dewi Remaja 2022, corak pemikiran Malle lebih terbentang luas; selari dengan peluang yang ada ditawarkan di sini. Misi Malle mudah, untuk memberikan versi terbaik dirinya dalam apa jua yang diperjuangkan dan dipersembahkan; baik dalam aliran seni lakonan, peragaan atau sebagai seorang pencipta kandungan.
***
Terdahulu, REMAJA pernah membawakan penghias wajah hadapan berbeza sejak tahun 2019 sempena kempen Saya #RemajaMalaysia.
2019
2020
2021
2022
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...