Bukan calang-calang pelajar mampu menerima pingat Anugerah Pelajaran Diraja, hanya mereka yang benar-benar layak akan dipilih untuk menjadi penerima kepada anugerah yang penuh prestij itu.
Terbaharu, Kaavilash Nair yang merupakan Graduan Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) ketika Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-36.
Jejaka berusia 24 tahun yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini menerima anugerah tersebut daripada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga merupakan Tuanku Canselor UUM.
Dalam temu bual bersama media, Kaavilash berkongsi yang segala kejayaan dicapainya merupakan satu momen untuk membalas jasa kedua orang tua yang tidak henti-henti memberi sokongan.
“Saya tidak cemerlang dalam keputusan SPM dan sedih kerana mengecewakan ibu bapa ketika itu. Mujur saya diberi peluang melanjutkan pengajian ke UUM, apabila dapat peluang kedua ini, saya tanamkan dalam diri untuk mencapai kejayaan,” ujarnya.
Ads
Berjaya mengekalkan keputusan Anugerah Dekan untuk setiap semester sepanjang pembelajarannya di UUM, Kaavilash yang juga merupakan penerima biasiswa tajaan Program Ijazah Dalam Negara oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia memperoleh purata nilai gred kumulatif 3.86.
Ads
Selain cemerlang dalam pelajaran, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Metohodist (ACS) ini sangat aktif dalam bidang kokurikulum. Dia merupakan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UUM bagi sesi 2021/2022 dan turut memegang jawatan sebagai Presiden Presiden Persatuan Komunikasi bagai sesi 2020/2021.
Bukan sekadar dalam negara, Kaavilash turut mewakili Malaysia di Discovery Camp di Kanada pada 2022 dan mengambil bahagian dalam Great World Icon: ASEAN Round Table Discussion di Thailand pada tahun yang sama.
Tahun ini dia menjadi pelajar mobiliti dan pembentang di Perbincangan Jadual Ruble Generasi Tekno-Sosial, serta Program Kepimpinan ASEAN bertempat di Indonesia. Sekadar menyebut beberapa pencapaiannya, atas dasar kecemerlangan yang ditempa maka tepatlah pemilihan jejaka ini sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja.
Tahniah REMAJA ucapkan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sivasangari Subramaniam memberikan keceriaan kepada kontinjen Malaysia di Sukan Asia apabila dia berjaya menambah kilauan emas yang keempat menerusi penampilan cemerlangnya dalam acara perseorangan skuasy wanita.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung lebih 64 minit itu, Sivasagari berjaya mengalahkan wakil Hong Kong, Chan Sin Yuk dengan kutipan mata 8-11, 15-13, 10-12, 11-9, 12-10.
Dengan kemenangan yang diperoleh, ini merupakan pingat emas kedua Sivasangari di Sukan Asia ke-19 apabila sebelum ini terlebih dahulu menggondol pingat emas dalam acara berpasukan wanita.
Ketika menang emas acara berpasukan wanita Sukan Asia ke-19 sebelum ini.
Kini berusia 24 tahun, anak jadi kedah ini meneruskan legasi cemerlang skuad skuasy wanita negara yang ditinggalkan oleh ikon sukan, Datuk Nicol Ann David yang telah bersara.
Imbas kembali, untuk pengetahuan pembaca REMAJA, ketika Sukan Asia ke-18 yang berlangsung di Palembang-Jakarta, Indonesia, Sivasangari merupakan pemenang pingat perak apabila dia kalah kepada Datuk Nicole Ann David yang mengondol emas dalam acara perseorangan wanita.
Selain hebat dalam bidang sukan, dia turut cemerlang dalam bidang pelajaran. Sivasangari yang merupakan bekas pelajar SMK Sultanah Asma kini meneruskan pengajiannya di universiti bertaraf ivy league, Cornell University yang terletak di New York, Amerika Syarikat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja ialah aset negara yang paling berharga untuk kemajuan sesebuah negara. Kita sentiasa menjadikan matlamat dalam semua perancangan negara tanpa meninggalkan fokus kita kepada pembangunan jati diri dalam kalangan remaja terutama yang masih berada di bangku sekolah.
Hal ini termasuklah siap siagakan remaja kita dengan kemahiran menulis yang betul. Perkara ini menjadi perhatian kerana pada suatu hari nanti mereka bakal menggantikan sumber kerja yang ada pada hari ini. Mereka akan mengambil alih semua tugasan terutama dalam pengurusan penulisan surat- menyurat.
Hari ini kita hendak membincangkan kemahiran remaja menulis dengan menggunakan golongan kata dalam medium sosial seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, Tik Tok dan lain-lain. Golongan kata yang dipilih untuk dibincangkan hari ini ialah golongan kata nama khas.
Sebagai remaja yang cemerlang, setiap kata-kata atau perkataan yang ditulis menjadi perhatian oleh pembaca lebih-lebih lagi jika anda ialah remaja idola atau remaja contoh.
Oleh itu, ilmu tatabahasa yang betul mesti dikuasai untuk menjadi contoh yang baik dalam semua bidang. Kata nama khas merujuk nama sesuatu benda yang khusus. Kata nama ini terbahagi kepada nama sesuatu benda yang khusus. Kata nama khas terbahagi kepada dua jenis:
Kata nama khas hidup
Kata nama khas tidak hidup
Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan kepada kata nama khas hidup manusia dan bukan manusia.
Kata nama khas
Contoh
Ayat Contoh
Benda
Proton Preve
Kopi Hang Tuah
Bonia
Lux
Proton Preve telah dilancarkan penempahannya setelah selesai pemeriksaan dalam enjin.
Tempat
Seremban
Bukit Katil
Gunung Tahan,
Menara Tun Razak
Mekah
Pandemik Covid-19 telah membuka lembaran baharu untuk ke Mekah pada tahun 2021.
Haiwan
Si Tikus
Sang Rangkak
Sang Belang
Si Comel
Si Jalak.
Si Jalak telah dirawat oleh tuannya sejak pagi semalam kerana badannya terluka semasa sesi pertandingan.
Manusia
Ali
Abu
John Ravi
Perdana Menteri
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia.
Justeru, para remaja mesti berhati-hati menggunakan kata nama khas. Kata nama khas mesti ditulis dengan tepat walaupun di tengah-tengah ayat. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada remaja dan juga pembaca di luar sana.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita binti Zakariah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bak kata pepatah, kecil-kecil cili api tapi jangan disangka tidak berbisa. Pemenang Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang juga mesra dipanggil Dek Wan membuktikan masih memiliki kepantasan. Tidak menganggap kelainan upayanya sebagai penghalang, Dek Wan kembali menempa nama di peringkat dunia.
Dan semalam, Dek Wan membuktikan kecekalannya dengan berjuang sepenuh hati memenangi pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia.
Foto Via Majlis Sukan Negara Malaysia
Dek Wan merekodkan masa 12.51 saat (s) untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq yang membawa pulang perak dengan catatan 13.04s dalam kejohanan berlangsung di di Stadium Olahraga Rades, Tunis.
Pelari dari Maghribi, Anass Sikouk pula meraih gangsa dengan catatan 13.69s.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, pula berjaya merangkul perak bagi acara 100m T11/12 (masalah penglihatan) dengan mencatat 11.67s.
Dek Wan memenangi pingat emas acara 100 meter GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia. Foto Via Berita Harian
Muhamad Afiq gagal menandingi kehebatan wakil Uzbekistan, Mansur Abdirashidov yang membawa pulang emas menerusi catatan 11.28s manakala gangsa milik Mohammed Ayade dari Iraq dengan 12.09s. Untuk info korang, Kejohanan yang bermula pada Isnin akan berakhir Rabu.
Congrats Dek Wan, moga terus maju jaya dan jangan lelah mengharumkan nama Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!