Masih solo di usia 41 tahun bukan penghalang buat penyanyi dan pelakon jelita, Farahdhiya untuk terus menaruh harapan dalam soal jodoh.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Farahdhiya meluahkan rasa terinspirasi selepas melihat selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya yang akhirnya menamatkan zaman bujang pada usia 42 tahun.

“Semalam ternampak Luna Maya kahwin pada usia 42 tahun. Jadi saya masih ada harapan lah kan?

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Ini Yang Diamalkan Marissa Yasmin Untuk Kekal Jelita & Sihat!

Ads

“Luna Maya Kahwin Usia 42 Tahun, Jadi Saya Masih Ada Harapan” -Farahdhiya

“Kena cari yang muda-muda macam Luna pula ke? Kepom (Elly Mazlein) tolong jawab,” tulis Farahdhiya secara berseloroh di ruangan kapsyen.

Sekadar info, Luna Maya sah bergelar isteri kepada pelakon Maxime Bouttier, yang juga 10 tahun lebih muda daripadanya, dalam majlis perkahwinan yang berlangsung semalam.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Berlari & Pemakanan Seimbang ‘Rahsia’ Sofia Jane Kekal Jelita Dan Sihat

Ads

“Luna Maya Kahwin Usia 42 Tahun, Jadi Saya Masih Ada Harapan” -Farahdhiya

Pasangan selebriti itu menjadi bualan ramai bukan sahaja di Indonesia, malah turut mendapat perhatian peminat di Malaysia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI