Sekiranya pada minggu lalu, REMAJA pernah melaporkan tentang fenomena majalah Harper’s Bazaar China yang habis terjual disebabkan pemilihan Lisa Manoban dari kumpulan Blackpink sebagai penghias wajah hadapan (cover) bagi isu April 2021.
Pemilihan Lisa itu cukup tepat memandangkan bintang kelahiran Thailand itu kini sedang popular di China menerusi rancangan realiti Youth With You musim ketiga.
Pada cover tersebut, Lisa mencuri perhatian dalam persalinan bralette, jaket kulit dan topi dari jenama Celine – salah satu jenama yang mengambil Lisa sebagai duta globalnya.
Namun, seminggu setelah cover tersebut dimuat naik, Lisa terpalit dengan kontroversi akibatnya.
Menurut portal hiburan K-pop iaitu Koreaboo, Bazaar China memadamkan kesemua foto dan video promosi yang menampilkan Lisa platform media sosialnya kerana isu politik membabitkan pembuatan kain kapas (cotton) di daerah Xinjiang.
Untuk pengetahuan, beberapa syarikat jenama fesyen seperti Adidas, Nike dan H&M telah memboikot pembuatan kain kapas Xinjiang yang didakwa terpalit dengan isu pemaksaan buruh.
Daerah itu juga dikatakan mengamalkan diskriminasi terhadap etnik minoriti. Lalu, syarikat-syarikat ini enggan menggunakan kapas yang dihasilkan dari sana.
Disebabkan pemilihan Lisa yang merupakan duta adidas sebagai covergirl, Bazaar China memadamkan foto Lisa sebagai tanda sokongan terhadap boikot China ke atas adidas.
Terdahulu, dua selebriti popular K-pop yang berasal dari China telah memberikan sokongan terhadap pendirian China. Ini melibatkan bekas ahli GOT7, Jackson Wang yang menarik diri daripada kerjasama dengan adidas. Bekas ahli f(x) iaitu Victoria juga menarik diri daripada menjadi model H&M.
Bazaar China mahupun pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment setakat ini masih belum memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.
Malang juga nasib Lisa kan, penat-penat menyertai penggambaran cover majalah tetapi akhirnya perlu akur dengan kontroversi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pian Cecupak atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Raman, 52, telah meninggal dunia pada 26 Januari 2022 kira-kira jam 8 malam.
Menerusi laporan mStar, menurut adik allahyarham, Hasenah, Pian ditemui dalam terbaring dan tidak sedarkan diri di dalam bilik air oleh ibunya.
Ujarnya kepada portal tersebut, “Mak jumpa arwah dah terbaring dalam bilik air sekitar pukul 8 malam tadi. Bawa ke hospital dan dapat pengesahan kematian daripada doktor pada pukul 10.30 malam.”
Ketika bersama kumpulan Cecupak.
Menurut adik allahyarham lagi, arwah abangnya itu mungkin meninggal dunia disebabkan penyakit jantung kerana memiliki sejarah menghidap penyakit tersebut sejak 2018.
Kemunculannya menerusi rancangan realiti Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1990-an dan kemudiannya menyertai kumpulan Cecupak merupakan titik tolak penglibatan allahyarham dalam industri hiburan Malaysia.
Pian Cecupak ketika zaman mudanya.
Walaupun tidak sepopular kumpulan lawak Senario, namun kumpulan Cecupak memiliki peminat mereka yang tersendiri.
Pian pernah berkahwin namun bercerai pada 2000, hasil perhubungan tersebut dia dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Nuraina Fazrin dan Nurleena Fazrin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua di antara kita menjadikan bahasa Inggeris sebagai first language di rumah, mahu pun ketika berbual bersama rakan-rakan.
Ada juga yang mungkin menggunakan bahasa ini ketika di sekolah atau universiti saja, selebihnya di luar mereka sudah terbiasa dengan bahasa ibunda.
Biasanya, individu seperti ini bukanlah langusung tidak faham dan tahu berbahasa Inggeris, tapi disebabkan jarang bertutur membuatkan mereka kadang-kadang rasa tidak yakin dan takut kalau-kalau apa yang diucapkan itu salah.
Namun begitu, mengikut seorang global market explorer yang tinggal di luar negara, Norizan Sharif ada mengatakan bahawa if English is your second language, no need to apologise every time you make grammatical or pronunciation errors. Be proud of yourself for making an effort to speak English.
Lelaki ini juga turut memberikan panduan 5 peraturan asas tatabahasa Inggeris untuk manfaat buat mereka yang nak belajar bahasa Inggeris. Katanya, apabila kita faham peraturan ini, kita boleh ayat-ayat mudah dan selepas itu, secara perlahan-lahan kita belajar peraturan lebih kompleks.
1. Ingat S + V + O
2. Guna simple present tense
3. Guna present progressive tense
4. Tambah “ed” pada verbs untuk past tense
5. Singular (satu) / Plural (banyak)
Selepas ini, cuba pastikan korang tak salah menggunakan basic rules ini dan boleh belajar bahasa Inggeris yang lebih kompleks. Jangan bimbang kalau salah, dalam bahasa Melayu pun kita buat salah kan?
Paling mudah nak pandai bahasa Inggeris adalah korang perlu berkomunikasi menggunakan bahasa ini secara kerap. Gunakan simpleEnglish, keep it short and simple!
Start dari sekarang, cuba berbual dengan kawan korang guna bahasa Inggeris okay?
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Program realiti yang menampilkan peserta muda berbakat iaitu Big Stage 5 kini kembali mendominasi pentas bermula 7 Mei depan, setiap Ahad bersiaran langsung selama 10 minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan pertandingan nyanyian yang menampilkan bakat-bakat generasi muda ini bakal diriuhkan dengan kekuatan vokal dan saingan yang kompetitif oleh barisan pesertanya yang hebat.
Namun edisi kelima kali ini bukan sahaja membawa peserta-peserta yang berbakat dalam bidang nyanyian tetapi turut membawa variasi dari segi karier seni mereka lantas menjadikan mereka saingan yang kuat dalam pertandingan ini dengan elemen dan genre yang baharu.
Nama-nama yang dipilih untuk beraksi di pentas Big Stage 5 ini merupakan antara bakat muda yang kian meningkat serta telah mendapat perhatian ramai dengan kebolehan dan pencapaian yang diperoleh.
Ada di antara mereka yang memenangi anugerah prestij, calon-calon kepada anugerah yang hebat, popular di peringkat antarabangsa, memenangi pertandingan nyanyian popular, versatil dalam bidang muzik serta penyanyi runut bunyi yang terkenal.
Seramai sepuluh daripada mereka telah dipilih daripada Malaysia manakala empat bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.
Buat julung kalinya, rancangan ‘Big Stage’ menampilkan peserta berkumpulan dan duo sebagai bintang yang akan bersaing bersama di atas pentas untuk memberi lebih ruang kreativiti dan versatiliti dalam setiap persembahan bagi merebut gelaran sebagai ‘Juara’ buat edisi terbaharu ini.
Barisan Big Stage 2023
Isaac Voo
Firdaus Rahmat
Meer Nash
Naufal Azrin
Aufahanie
Puteri Khareeza
Putera Muhammad
Nadeera Zaini
Dem Lepak Boyz
COEX
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...