Pengumuman kemunculan semula Lisa Manoban dari kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink bagi musim ketiga program realiti menjadi idol China ‘Youth With You’ telahpun menjadi perbualan hangat awal bulan ini.
Setelah ia disahkan oleh YG Entertaiment pada 7 Januari lalu, BLINKS di semua platform media sosial jelas teruja dengan kemunculan semula rapper dan penari lincah itu bagi musim kedua berturut-turut.
Ini memandangkan impak yang dibawakan Lisa pada musim lalu apabila penonton dapat melihat betapa seriusnya dia semasa sesi latihan para peserta sehingga klip program itu menjadi tular.
Menginjak 2 minggu kemudian, ‘Youth With You 3’ kembali mencuri tumpuan pada hari Ahad lalu apabila mereka mengumumkan senarai penuh 119 peserta ataupun ‘trainee’ yang terpilih bagi bertanding.
Dalam ramai-ramai peserta, salah seorang daripadanya ialah Jun Liu yang dilaporkan berasal dari Malaysia!
Untuk pengetahuan, Jun Liu merupakan seorang tenaga pengajar tarian dan koreografer di studio tarian terkenal di Korea Selatan, 1Million Dance Studio. Dia tampil berbeza dengan latar belakang keturunan darah Cina berbanding jurutari lain yang merupakan warga Korea.
Sebagai tenaga pengajar termuda di sana, Jun Liu sebenarnya telah mengutip banyak pengalaman setelah dia mula menari sejak usia 7 tahun. Jelas, dia tertarik untuk menyertai industri hiburan dan merasakan keputusan untuk belajar di Korea Selatan adalah tepat demi mengejar cita-citanya itu.
Katanya dalam satu temuramah bersama Bili Bili, “Saya bermula dari seorang pelajar tarian di 1Million dan mengambil video koreografi bersama beberapa jurutari. Kami berlatih bersama dan terus diserap masuk menjadi tenaga pengajar.
“Saya tidak menunjukkan cara yang ‘sempurna’ untuk menari, saya hanya berkongsi cara saya ekspresikan diri melalui tarian. Saya lebih memilih untuk dikenali sebagai dance artist berbanding dance teacher.
Ads
Perlahan-lahan, Jun Liu mendapat kepercayaan untuk menjadi koreografer bagi beberapa single penyanyi di Korea seperti untuk kumpulan GOT7 (menerusi lagu Lullaby) dan juga grup lain di China. Malah dia juga pernah menjadi model penari untuk iklan komersil, Vivo.
Berbekalkan minat, bakat dan potensi yang ada, Jun Liu akan menjadi salah seorang trainee ‘Youth With You 3’ yang akan memberikan saingan sengit dalam program tersebut.
Jom lihat beberapa persembahan tarian yang melibatkan Jun Liu di 1Million Dance Studio.
Jika artis di Malaysia dikehendaki sekurang-kurangnya 1 juta pengikut di Instagram untuk mendapat tawaran berlakon, di Korea pula kebanyakan selebriti mereka langsung tidak mempunyai akaun media sosial.
Namun begitu, pelakon utama siri Goblin, Gong Yoo kini telah pun membuka akaun rasmi instagramnya dan baru sehari sahaja dibuka, dia telah menerima lebih daripada 1 juta pengikut.
Sebelum ini, Gong Yoo pernah mengatakan bahawa dia berusaha untuk tidak berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial kerana akan ada memori-memori yang ingin dia lupakan.
Nampaknya kini aktor kacak ini terpaksa akur untuk mempunyai akaun media sosial, namun masih diuruskan oleh pihak agensinya.
Foto pertama yang dimuat naik adalah gambar sotong tanpa sebarang kapsyen, namun berjaya menarik perhatian ramai dan menerima lebih setengah juta tanda suka.
Daya kreatif merupakan gabungan idea dan konsep yang menghasilkan satu hasil seni yang mengagumkan. Seperti apa yang dilakukan oleh seorang pereka grafik dari Batam, Indonesia ini, Syahril Ramadhan mempunyai kebolehan suntingan yang hebat dengan hasil-hasil gambar yang telah diedit.
Pemuda ini sering memuat naik gambar hasil suntingan bersama selebriti popular dunia dan antaranya adalah seperti kumpulan BTS, Blackpink, Dwayne Johnson, Cristiano dan selebriti-selebriti popular Indonesia. Bukan hanya suntingan gambar sahaja, Syahril juga turut melakukan editing pada poster filem juga.
Memang ‘sebijik’ macam betul kan? Kalau orang tak kenal dia ni siapa, mungkin ada yang memang percaya jika lelaki ini dapat bergambar bersama barisan selebriti popular dunia. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan terbaru G-Dragon apabila dimaklumkan, penyanyi berbakat ini bakal membuat come back tidak lama lagi. Personaliti ini lebih dikenali sebagai ketua kumpulan muzik terkenal Big Bang dan kali terakhir, kumpulan ini muncul adalah pada Mac 2018.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh YG Entertainment kepada YTN Star, bahawa G-Dragon sedang mempersiapkan lagu terbarunya. Malah, menerusi sumber terdekat, G-Dragon kini sibuk berulang-alik masuk ke studio dan ini lebih menguatkan lagi kenyataan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan beliau.
BIGBANG pada asalnya dijadualkan untuk memulakan semula aktiviti kumpulan dengan Coachella pada bulan April tahun ini, tetapi rancangannya gagal apabila acara itu dibatalkan kerana ke COVID-19.
Sama-sama kita nantikan kemunculan penyanyi ini tidak lama lagi.