Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan penundaan, Shiraz Projects Sdn Bh kembali dan dengan bangganya membawakan kembali kepada khalayak sebuah festival yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi dan kemeriahan pada 8 dan 9 Julai 2023, Sabtu dan Ahad, bermula seawal jam 12 tengahari di Bandar Malaysia, Sungai Besi.
Festival yang pernah tergendala disebabkan pandemik COVID-19 dan berdepan penundaan, kini kembali dengan barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara! Sudah lama rasanya, angin nusantara tidak disatukan dalam nada dan irama yang sejalur dan titian persahabatan ini bakal dijalinkan dalam sebuah festival muzik yang dinamakan NUSA FEST.
NUSA FEST ingin mengumumkan, tiga nama besar dalam industri muzik tanahair iaitu SEARCH, WINGS & BUTTERFINGERS sebagai ‘headliner’ di festival ini nanti. Sudah sekian lama Search dan Wings mengadakan persembahan di satu panggung yang sama dan pasti ini dinanti-nantikan oleh para peminat tegar mereka.
Butterfingers juga akan turut serta di NUSA FEST setelah hampir empat tahun tidak muncul menemui peminat mereka.
Pihak Shiraz Projects memohon maaf atas penundaan yang terdahulu dan yakin NUSA FEST kali ini akan berjalan dengan lancar dengan barisan artis-artis yang mempunyai pengikut tegar dan setia.
Pasti peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Untuk dua hari, para penonton bakal disajikan dengan muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.
“Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, NUSA FEST akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang dinginkan.
“Dan kali ini kami kembali dengan pengumuman senarai akhir NUSA FEST,” ujar Shiraz selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects.
Hari ini segalanya dikongsikan bersama. Teka teki siapa yang akan membuat persembahan di NUSA FEST dengan senarai akhir terjawab hari ini dan pihak Shiraz Projects terus mengharapkan sokongan serta antusias penonton serta peminat seni untuk menyokong NUSA FEST sehingga ke hari persembahan.
Berikut merupakan senarai yang akan melakukan persembahan:
Antara aktiviti yang akan dijalankan di NUSA FEST ialah Panggung Nusa (dua pentas bersebelahan dengan pementasan tapa henti! Festival muzik yang menghadirkan 12 kumpulan Malaysia, 11 penghibur Indonesia, 1 kumpulan Singapura), Warong Nusa (semuanya tentang makanan!) dan Pasar Nusa (seni dan kraftangan dari Nusantara).
Tiket dengan harga RM200 (untuk dua hari/seorang) atau RM700 untuk 4 orang di www.myticket.asia. NUSAFEST ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Son Bhd buat julung kalinya untuk memeriahkan lagi industri muzik nusantara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena musim durian yang sedang hangat sekarang, bermacam-macam tawaran sedang berlangsung di merata-rata tempat. Jika di kampung, kita jolokkan pokok. Di bandar pula, kita ‘bedal’ pesta durian di warung-warung.
Terbaru IKEA nak meraikan musim durian bersama kita semua dengan IKEA Durian Dessert Festival!
Pelbagai jenis pencuci mulut dijual dengan perisa durian bermula hari ini hingga 31 Julaikelak. Antara yang ditawarkan ialah Durian Tart (RM6.50), Durian Puff (RM5.90), Durian Cake (9.90) dan minuman Musang King Frappe (RM9.90).
Bagaimanapun, minuman Musang King Frappe hanya dijual di kafe IKEA Damansara dan Cheras.
(Dari kiri) : Durian Puff (RM5.90) dan Durian Tart (RM6.50)
(Dari kiri) : Durian Cake (9.90) dan Musang King Frappe (RM9.90)
Kalau korang bukannya peminat buah durian, jangan risau. Bermula esok hingga 17 Julai, korang boleh mendapat diskaun RM50 pembelian produk IKEA untuk pembelian produk/perabot bernilai RM350 dengan berbelanja RM50 (minimum) di kafe IKEA pada hari sama.
Bagi yang berbelanja di IKEA Batu Kawan pula lagi best! Korang hanya perlu berbelanja RM300 saja.
Jangan lupa untuk mencuba dan memberitahu kami bagaimana rasa pencuci mulut durian ini okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat setia drama bersiri The Penthouse, mungkin masih ada yang tidak tahu pelakon utama siri tersebut, Eugene atau nama sebenarnya Kim Yoo Jin sebelum ini merupakan anggota kumpulan k-pop, S.E.S.
Dia membuat debut pertamanya sebagai anggota kumpulan S.E.S pada tahun 1997. S.E.S dianggotai oleh dua orang ahli lagi iaitu, Bada dan Shoo. Namun, kumpulan mereka terpaksa dibubarkan pada tahun 2002 kerana pihak pengurusan meminta untuk mereka bergerak secara solo.
Selepas daripada itu, Eugene beralih arah menjadi seorang pelakon dan membintangi drama Loving You sebagai peranan utama.
Pada awal tahun 2017, kumpulan S.E.S bergabung untuk melakukan persembahan pada ulang tahun ke 20 debut mereka dan bukan hanya membuat comeback, mereka juga muncul dengan album baru, mempunyai rancangan sendiri yang berjudul Remember, I’m Your S.E.S serta mengadakan konsert di SoKor.
Pelakon berkaliber, Fizo Omar dan isteri tercinta, Fazeera Nazri memilih nama Wan Umaira untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada tanggal 19 Mei lalu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang berusia 37 tahun itu menerusi sebuah hantaran foto terbaharu di platform Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, penceramah bebas terkenal, Ustaz Syamsul Debat itu dilihat sedang mengendong Wan Umaira yang sedang dalam lena ketika majlis tahnik puteri kecilnya itu.
“Majlis Tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol. Terima kasih ustaz @syamsuldebatofficial menyempurnakan majlis,” kongsinya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi netizen buat bayinya itu selain memuji penampilan Fazeera yang ayu mengenakan hijab.
“Umaira nanti dah besar mesti pandai buat lawak. Sebab yang tahnik ini ustaz best dan buka mulut bagi ceramah sahaja lawak…” komen seorang pengguna.
“MasyaAllah, rapat dengan orang-orang soleh, mohon doa dengan orang yang soleh berilmu. Alhamdulillah, sopan ayunya bidadari awak Fizo, moga berhijrah lah cantik sangat bertudung masyaAllah,” komen pengguna lain.
Terdahulu, Fizo Omar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata perempuan secara normal, pada jam 5.57 petang tanggal 19 Mei lalu, di sebuah pusat perubatan ibu negara.
Sekadar informasi, bekas peserta Hero Remaja dan Fazeera itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...