Pelakon berkaliber, Fizo Omar dan isteri tercinta, Fazeera Nazri memilih nama Wan Umaira untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada tanggal 19 Mei lalu.
Perkara tersebut dikongsikan bintang berusia 37 tahun itu menerusi sebuah hantaran foto terbaharu di platform Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, penceramah bebas terkenal, Ustaz Syamsul Debat itu dilihat sedang mengendong Wan Umaira yang sedang dalam lena ketika majlis tahnik puteri kecilnya itu.
“Majlis Tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol. Terima kasih ustaz @syamsuldebatofficial menyempurnakan majlis,” kongsinya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi netizen buat bayinya itu selain memuji penampilan Fazeera yang ayu mengenakan hijab.
“Umaira nanti dah besar mesti pandai buat lawak. Sebab yang tahnik ini ustaz best dan buka mulut bagi ceramah sahaja lawak…” komen seorang pengguna.
Ads
“MasyaAllah, rapat dengan orang-orang soleh, mohon doa dengan orang yang soleh berilmu. Alhamdulillah, sopan ayunya bidadari awak Fizo, moga berhijrah lah cantik sangat bertudung masyaAllah,” komen pengguna lain.
Terdahulu, Fizo Omar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata perempuan secara normal, pada jam 5.57 petang tanggal 19 Mei lalu, di sebuah pusat perubatan ibu negara.
Ads
Sekadar informasi, bekas peserta Hero Remaja dan Fazeera itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Indonesia merupakan anatara negara di Asia Tenggara yang teruk dilanda virus Covid-19 selain Malaysia. Saban hari kes positif meningkat dan beberapa kawasan sudah dikenakan kawalan ketat oleh pemerintah. Terbaharu penyanyi lelaki terkenal, Afgan telah berkongsi yang dia telah disahkan positif virus tersebut.
Dalam hantaran menerusi laman Instagramnya dia berkata, “Hari ini merupakan hari keempat saya disahkan dijangkiti Covid-19. Buat masa sekarang saya tidak mengalami sebarang simptom, mungkin kerana saya sudah divaksin. Jadi kepada anda semua, sila dapatkan vaksin kerana jika dijangkiti sekalipun kesannya tidaklah teruk.
.
Dalam pada itu, penyanyi yang sedang dikatakan hangat bercinta dengan Rossa ini turut berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin kendiri.
“Ini adalah cara saya kekal sihat sepanjang tempoh kuarantin di rumah, lakukannya dengan ringan dan senang. Bagi anda yang disahkan positive Covid-19 dan tidak memiliki sebarang simptom seperti saya, kalau mahu bersenam pastikan ia senaman ringan sahaja. Kita hanya mahukan hormone endorphin dikeluarkan dan bukannya meletihkan badan. Yang masih sihat, kekal sihat dan yang sudah terkena Covid-19 anda perlu bersemangat. Semoga cepat sembuh,” ujarnya sambil berkongsi rejim senaman yang dilakukannya.
Sebelum Afgan disahkan positif, selebriti terkenal lain seperti Rossa dan Bunga Citra Lestari juga menerima nasib yang sama.
***P/S- Jangan pernah takut mengambil vaksin dan terpengaruh dengan dakyah tidak benar. Vaksin yang diberi kerajaan Malaysia juga sudah dijamin selamat. Jangan jadi manusia yang memilih-milih vaksin pula. Apa yang penting sekarang ini adalah, untuk mewujudkan kelompok besar masyarakat yang sudah divaksin agar kita mampu melawan penularan virus ini.
Personaliti media sosial, Imran Bard baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty berikutan ketelanjurannya mempersenda nama pelakon tersebut di dalam videonya di Tiktok.
Menurut Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, beliau terpaksa mengambil masa untuk membuat permohonan maaf ini untuk menilai semula segala tindak tanduknya sebelum ini.
“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam video Tiktok saya yang telah menyinggung perasaan Puan. Saya mohon maaf kerana ambil masa sedikit lama untuk bertenang dan muhasabah”
“Tujuan video tersebut seratus peratus tidak berniat untuk menyinggung mana mana pihak, seperti video-video saya sebelum ni, ia hanyalah parodi random”
“Imran, sebagai peminat dan yang mengidolakan puan dan pelakon-pelakon lain yang saya sebut namanya, nama-nama terkeluar secara spontan di setiap video saya,” katanya.
Dalam pada itu, Imran turut mengakui kesilapannya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam membuat konten lebih lagi apabila melibatkan nama pihak lain.
“Walaubagaimanapun, saya mengakui kesalahan saya bahawa nama-nama tidak boleh dipetik apatah lagi diperolok-olokkan walaupun sekadar jenaka. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah berlaku. Saya hargai teguran Puan dan saya akan menganggap ini adalah pengajaran terbesar untuk Imran seumur hidup,” terangnya lagi.
Selain itu, personaliti media sosial itu turut menyatakan hasrat untuk bertemu pelakon berkenaan untuk memohon maaf secara bersemuka.
“Dengan penuh rendah diri, sekiranya puan sudi, saya berharap dapat berjumpa dengan Puan secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf saya secara bersemuka dan tertutup. Saya percaya ini adalah langkah terbaik untuk menunjukkan keikhlasan saya dalam memperbetulkan keadaan,” ujarnya.
Terdahulu, Ellie menuntut permohonan maaf daripada Imran termasuk ibu bapa pempengaruh itu kerana mendakwa sudah mencalarkan namanya menerusi video Tiktok dengan kandungan berunsur fitnah.
Ellie atau nama sebenar, Ellie Suriaty Omar (54) meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Imran apabila didakwa memuat naik konten menggunakan namanya sehingga merosakkan reputasi yang dibina lebih tiga dekad sebagai anak seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model popular berdarah Amerika-Palestin, Bella Hadid merupakan salah seorang selebriti yang kental memperjuangkan hak asisi kemanusian warga negara Palestin terutamanya dengan isu pencerobohan dan eksploitasi oleh tentera Zionis Israel.
Baru-baru ini, Bella Hadid berkata dia sanggup kehilangan pekerjaannya sebagai model untuk meneruskan tindakan membela Palestin.
Wanita berusia 25 tahun yang pernah bekerja dengan jenama fesyen utama di seluruh dunia, berkata dia menyedari dia ‘bukan di bumi ini untuk menjadi model’ semata-mata.
“Saya menyedari bahawa saya tidak berada di bumi ini untuk menjadi model,” kata Bella Hadid, seperti yang dilaporkan oleh Independent pada 19 Ogos 2022.
“Saya sangat bertuah dan bertuah kerana saya berada dalam kedudukan di mana saya boleh bercakap seperti yang saya lakukan. Dan sebenarnya, apakah kejatuhan? Bahawa saya kehilangan pekerjaan saya?” dia menyambung.
Dipulau Rakan-rakan
Menurut Intipseleb, Bella Hadid adalah salah seorang penyokong paling lantang dalam memperjuangkan isu berkaitan dengan negara Palestin.
Dia juga mendedahkan bahawa dia telah kehilangan banyak peluang untuk menjadi model kerana pandangannya terhadap apa yang terjadi di antara Israil dan Palestin. Malah, Bella juga seringkali dijauhi oleh rakan-rakannya.
Berhasrat Untuk Hidup Dalam Budaya Islam
Bella Hadid juga mendedahkan bahawa setelah perceraian ibu bapanya pada tahun 2000, dia mula berasa jauh dari negara Palestin. Malah dia mendedahkan dia telah kehilangan sebahagian daripada dirinya.
Dia juga mendedahkan bahawa dia kesal kerana tidak diberi peluang untuk hidup dalam persekitaran Islam. Bella menyatakan hasratnya untuk dapat hidup dalam budaya Islam.
Salute! itulah satu perkataan yang boleh kita katakan kepada model terkenal ini. Sanggup berkorban kerjaya dan rakan-rakan demi tiket kebebasan bersuara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zul Ariffin mohon maaf selepas video dirinya merokok tular di media sosial. Pelakon terkenal itu akui tindakan tersebut tidak wajar dicontohi dan berjanji lebih berhati-hati selepas ini.