Susulan dari berita kematian 6 anggota bomba dan penyelamat dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri turut menitipkan pesanan salam takziah dan pesanan buat ahli keluarga kesemua enam anggota keluarga bomba ini.
Menyifatkan cara kematian kesemua mereka amat mulia ditambah dengan hadis yang menyatakan, golongan yang mati syahid itu termasuk mati lemas, Mufti Wilayah ini berdoa agar ahli keluarga diberi kesabaran tinggi.
Baca kenyataannya di fb Mufti Wilayah Persekutuan.
Berita kematian enam anggota Bomba kerana ingin menyelamatkan mangsa berakhir dengan terkorban mati lemas menginsafkan kami, serta memberi makna yang mendalam pada maksud pengorbanan dalam tugas. Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis:
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (653)
Tetapi, kepada rakan kita ini, mereka jauh lebih mulia kerana bukan sahaja mereka mati lemas, tetapi menolong dan membantu mangsa sehingga terkorban.
Ads
Mereka adalah insan-insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir dan denyut nadi yang terakhir. Inilah syuhada’ kita. Semoga Allah menempatkan mereka bersama para nabi, al-siddiqin dan syuhada’. Amin.
Jenazah diberi penghormatan sebagai wira negara oleh rakan sejawatanJenazah disolatkan di hadapan ribuan orang
Atas asas inilah, berhimpun pada kami perasaan dukacita di atas perkara dan tragedi yang berlaku dan gembira atas semangat yang ditunjukkan, yang kami sifatkan luar biasa.
Syabas Bomba Malaysia dan juga kepada mereka yang bertindak seperti syuhada’ kami ini.
Ads
Kepada ahli keluarga, bertabahlah. Insha Allah setiap apa yang telah berlaku pasti ada hikmah yang kadang-kadang amat sukar ditafsirkannya. Dengan berharap kepada Allah SWT, berdoalah dengan kesabaran yang tinggi, Insha Allah akan datang bantuan daripada-Nya.
Kepada rakyat Malaysia, saya syorkan agar dihulurkan bantuan kepada kaum keluarga untuk meringankan beban mereka dan terus dapat meneruskan kehidupan sekalipun diuji dengan perpisahan orang tercinta.
Kepada kerajaan Malaysia, kami syorkan agar diberikan anugerah kecemerlangan dan dinaikkan pangkat mereka untuk memberi sedikit kelegaan kepada ahli keluarga mereka. Sesungguhnya, inilah staf kerajaan dan pekerja di era Malaysia baru yang sanggup berkorban apa sahaja.
Ads
Akhir kalam, marilah sama-sama kita merafakkan doa agar mereka semua ditempatkan pada kedudukan yang terpuji di sisi Allah.
Sosialis fesyen, Harry Brant disahkan telah meninggal dunia pada 17 Januari (waktu Amerika Syarikat) selepas dipercayai terlebih mengambil dos dadah.
Lapor The New York Times pada dua hari lalu, kematian Harry yang juga merupakan anak lelaki supermodel 80-an dan 90-an, Stephanie Seymour telah disahkan oleh keluarganya sendiri.
Kata mereka,” Kami akan sentiasa bersedih apabila mendapat tahu hidupnya hanya bertahan sebentar disebabkan oleh ‘penyakit’ mendukacitakan ini.”
Harry bersama ibu dan abangnya, Peter. Sumber Foto: Instagram @harry_brant.
Harry boleh dianggap sebagai seorang remaja yang cukup bertuah semasa masih hidup.
Legasi keluarganya yang mewah memberinya peluang untuk memasuki kelompok elit di New York. Hidupnya dikelilingi golongan ternama seperti puteri raja Greece dan cucu saudara Presiden Amerika, Kyra Kennedy.
Disebabkan oleh stail dan gaya hidupnya yang mewah itu, dia menjadi perhatian ramai. Sejak usia belasan tahun, Harry dikenali ramai sebagai lelaki yang dipenuhi kemewahan dan dunia glamor.
Pada usia 16 tahun saja, Harry telah menerima jemputan ke acara fesyen tahunan, Met Gala pertamanya. Dia juga pernah menjadi model BAGI pertunjukan fesyen Balmain dan pernah mengeluarkan koleksi solekan bersama-sama abangnya, Peter untuk jenama MAC Cosmetics.
Disebabkan ayahnya, Peter M. Brant memiliki majalah Interview, Harry berpeluang menulis dalam kolum sendiri.
Segala peluang yang berlaku pada usia muda ini dipercayai sukar untuk dikendalikan oleh Harry. Akibatnya, dia terjebak dengan bahan terlarang dan bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan.
Juru Foto: PATRICK KOVARIK/GETTY.
Harry dilaporkan mempunyai perancangan untuk memasuki pusat pemulihan beberapa hari saja lagi. Namun, segalanya jelas terlambat setelah dia menghembuskan nafas terakhir.
Untuk pengetahuan, Harry dilahirkan setahun selepas ibu dan ayahnya melangsungkan perkahwinan di Perancis. Majlis tersebut dihadiri oleh Naomi Campbell sebagai pengapit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah beberapa hari berteka-teki, akhirnya predisen ke-46 Amerika Syarikat telah pun diumumkan. Joe Biden yang mewakili parti Demokrat telah berjaya mengalahkan Donald Trump medahului sebanyak lebih 73 juta undian setakat ini.
Menurut laporan BBC news, seiring dengan kejayaan ini Biden merupakan presiden paling tua yang akan mengangkat sumpah dalam sejarah presiden negara kuasa besar dunia itu. Dia juga berjaya menyekat Trump yang hanya mampu bertahan selama sepenggal pemerintahan sahaja.
Dalam kenyataan ringkas seperti yang ditulis The New York Times, Biden meminta untuk mengembalikan perpaduan dan juga memperbetulkan keadaan. “Dengan kempen berakhir, sudah waktunya untuk meletakkan kemarahan dan retorik keras di belakang kita dan bersatu sebagai sebuah negara,” katanya.
Jelasnya lagi, “Sudah tiba masanya Amerika bersatu dan bersedia untuk sembuh. Kami adalah Amerika Syarikat. Dan tidak ada apa yang tidak dapat kita lakukan, jika kita melakukannya bersama-sama.”
Biden sebelum ini pernah bergelar naib presiden Amerika Syarikat kepada presiden Barrack Obama selama dua penggal dari tahun 2009 ke 2017.
Sumber: BBCnews & The New York Times
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah menunggu semalaman, impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan atlet olahraga para negara, Ziyad Zolkefli untuk kembali diumumkan sebagai pemenang pingat emas bagi acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektulal) tidak kesampaian.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ti Lian Ker menerusi kemaskini di Facebook sebentar tadi memberitahu berita sahih buat rakyat Malaysia apabila pemohonan kita ditolak.
Terdahulu, bantahan dilakukan oleh kem Ukraine diketuai oleh atletnya, Maksum Koval yangberada pada kedudukan pingat perak berikutan dakwaan kelewatan tiga orang atlet memasuki call room atau bilik menunggu di Stadium Olimpik Tokyo sebelum acara bermula semalam. Ia termasuklah Muhammad Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador).
Hasil bantahan tersebut, ketiga-tiga orang atlet terbabit kemudian diklasifikasikan sebagai tidak memulakan aksi atau did not start (DNS) walaupun hakikatnya mereka telah melakukan lontaran dari awal hingga pusingan terakhir.
Bantahan balas kemudia dilakukan oleh delegasi Malaysia di Tokyo 2020 bersama-sama skuad Australia dan Ecuador kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA. Namun, ia telah ditolak oleh pihak pengajur setelah mesyuarat di antara Chef De Mission berlangsung pagi tadi.
“Ketua kontinjen turut memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut turut tidak memihak kepada Malaysia dan keputusan yang dibuat oleh Pengadil Pertandingan dan Juri Rayuan Para Olahraga Sukan Paralimpik Tokyo 2020 adalah kekal,” katanya.
Ini sekaligus menyaksikan Ziyad terlepas peluang untuk bergelar atlet Paralimpik pertama Malaysia yang berjaya mempertahankan pingat emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik berturut-turut serta memecahkan rekod dunia seperti yang dilakukannya semalam sebanyak dua kali.
Malaysia kini mempunyai satu lagi peluang untuk melakukan rayuan lanjut.
Menurut laporan, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Persatuan Olahraga Para Malaysia akan membuat bantahan rasmi kepada Majlis Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta World Para Athletic (WPA) agar rayuan ketiga-tiga negara tersebut berkaitan penyertaan serta catatan mereka bagi acara Shot Put F20 Para Olahraga semalam diiktiraf.
Namun, rayuan lanjut ini hanya boleh dibuat setelah temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 berakhir.
Menerusi kenyataan oleh pihak World Para Athletics, keputusan penolakan bantahan Malaysia ini dilakukan berdasarkan World Para Athletics Rule 5.5 – ‘Kegagalan Lapor Diri Ke Call Room’.
Atlet yang tidak hadir ke Call Room dalam masa ditetapkan seperti diterbitkan dalam jadual Call Room akan ditetapkan sebagai DNS (Did Not Start).