"SAYA tidak menjangkakan jadi sebegini tetapi terima ujian ini sebagai takdir tuhan," kata pesakit barah payudara, Md Fairul Ab Rahman, 42, bapa kepada enam anak yang disahkan menghidap penyakit itu Januari lalu.
Penyakit itu kini berada di tahap empat dan kini, Md Fairul tidak dapat bekerja sebaliknya hanya menjaga empat daripada enam anaknya berumur lima bulan hingga lima tahun manakala dua lagi tinggal bersama bekas isteri.
Berkongsi pengalamannya sebagai pesakit barah payudara, Md Fairul berkata, tanda penyakit itu mula ada sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat dipastikan sehingga doktor mengesahkannya.
"Payudara kanan saya mula membengkak selepas salah seorang anak melompat di dada dan saya ingatkan ia bisul.
"Lama kelamaan, bengkak itu semakin serius hingga nanah pecah dan berdarah selepas anak saya membaling mainan di bahagian dada.
"Akhirnya, bahagian bernanah itu jadi busuk dan pemeriksaan awal mendapati saya menghidap barah sebelum doktor mengesahkan penyakit berkenaan sudah di tahap tiga pada 20 Januari lalu," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana,Bandar Sunway, di Petaling Jaya, hari ini.
Menurut Md Fairul, penyakit itu merebak dengan pantas kerana dua hari lalu, doktor memaklumkannya barah yang ada sudah berada di tahap empat.
Ads
Katanya, sukar untuk menerima kenyataan itu tetapi terpaksa kuat kerana memikirkan anak yang masih kecil.
"Rasa seperti hendak terjun bangunan sewaktu diberitahu doktor, kelmarin mengenai perkembangan penyakit saya namun cuba tenangkan diri dengan beristighfar.
" Sejak disahkan menghidap barah, emosi saya sukar dikawal malah penyakit ini juga menimbulkan rasa tidak selesa dan ada kalanya tertekan hingga tanpa sengaja melepaskan kemarahan pada anak.
" Namun, saya pujuk semula mereka kerana apa yang berlaku bukan salah sesiapa sebaliknya takdir dan ujian Allah buat saya," katanya.
Ads
Di sebalik ujian itu, Md Fairul bersyukur kerana keluarganya mahupun isteri banyak memberi sokongan termasuk bantuan kewangan sewaktu memerlukan.
" Dulu, saya ke klinik untuk mencuci luka tetapi kos untuk satu kali cucian saja mencecah RM60.
" Bagi menjimatkan kos, saya beli sendiri barangan diperlukan di farmasi manakala isteri membantu mencuci luka pada bahagian payudara saya di rumah," katanya
Ads
Sementara itu, isterinya, Siti Sapiah Hasan Basri, 28, berkata, sejak suaminya disahkan menghidap barah payudara, dia yang mengambil alih tanggungjawab untuk menyara keluarga.
Katanya, selain mencari rezeki, rutin hariannya kini kini adalah membantu mencuci luka suaminya ketika di rumah dengan mempelajarinya berdasarkan pemerhatian sendiri memandangkan tiada latar belakang dalam bidang perubatan.
" Ibarat patah kaki juga kerana sebelum ini, suami yang memandu untuk ke mana-mana tetapi sejak dia sakit, saya perlu berdikari.
" Namun, apa yang terjadi buat saya lebih kuat dan belajar untuk bersyukur kerana tahu, ramai lagi yang lebih susah dah kurang bernasib baik di luar sana.
"Alhamdulillah, majikan memahami keadaan saya dan ketika ini, biarlah saya berkorban demi suami serta anak," katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dan membantu keluarga ini boleh menyumbang menerusi akaun Maybank, Md Fairul Ab Rahman (164258444764). Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Edisi kelima Miss Universe Laos telah pun melabuhkan tirai pada Sabtu lalu menyaksikan Payengxa Lor dinobat sebagai pemenang.
Seiring kemenangannya itu, dia mendapat mandat untuk mewakili negara itu ke pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung Januari tahun hadapan bertempat di New Orleans, Amerika Syarikat.
Gadis berusia 21 tahun ini cukan calang-calang orangnya. Di merupakan pelajar jurusan pengurusan perniagaan di Kolej Lao-American dan dalam masa yang sama bergelar seorang guru bahasa Inggeris.
Selain itu, wanita cantik ini merupakan seorang pengasas bersama sebuah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan yang dikenali sebagai Hmong Women Network. Pertubuhan tersebut merupakan satu platform untuk memperkasakan wanita.
Setelah memenangi mahkota Miss Universe Laos, Lor mendedikasikan kemenangannya di Instagram. Dia menyatakan bahawa kemenangannya merupakan satu langkah pertama dan masih ada langkah seterusnya yang harus di lalui.
Dia juga berterima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang telah memberikan sokongan sejak permulaannya menyertai pertandingan itu.
Selain Payenxa, Phaimany Lathsabanthao dan Lattana Munvilay telah diumumkan sebagai naib juara dan pemenang tempat ketiga, manakala Soudthida Bounluetai dan Souphaphone Houngheuang menamatkan saingan sebagai 5 finalis terbaik.
Laos mula menghantar wakil ke Miss Universe pada 2017, setakat ini tiada lagi wakil negara itu berjaya menembusi jajaran semifinalis. Namun pada tahun 2018 menerusi wakilan On-anong Homsombath, Laos telah memenangi kategori Kostum Nasional terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada tahun lalu di anugerah Emmys, Zendaya Coleman pernah mencipta sejarah apabila pelakon yang popular dengan filem seperti Euphoria, Spider Man dan Dune ini dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Terbaik Siri Drama termuda.
Pada usia 24 tahun, Zendaya telah mengenepikan rekod terdahulu yang dipegang oleh Jodie Comer bagi kategori yang sama pada tahun 2019. Ketika itu, Jodie hanya berusia 26 tahun.
Nampaknya pada hari ini, sekali lagi Zendaya telah mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Fashion Icon Award termuda dalam sejarah penganjuran CFDA Fashion Awards 2021.
Bertempat di The Grill Room New York, Zendaya hadir dengan menyarungkan gaun ala bandeau top dan skirt labuh serba merah rekaan Vera Wang serta aksesori bernilai jutaan Ringgit daripada Bvlgari. Bagi menjadikan ‘look’-nya lebih remaja, Zendaya memilih dandanan rambut braids.
Gaun ini juga hadir dengan jaket pendek ala bolero bagi memberikan lebih kehangatan kepada Zendaya apabila malam semakin dingin di sana.
Untuk pengetahuan, kategori Fashion Icon Award ini selalunya sinonim dengan selebriti dalam industri fesyen yang selalu bereksperimentasi, gemar mengambil risiko ketika memilih pakaian mereka dan berjaya tampil dengan pemilihan fesyen yang tepat hampir setiap masa. Sebelum ini, beberapa nama besar yang pernah menjadi penerima bagi kategori Fashion Icon Award ini termasuklah Jennifer Lopez (2019), Naomi Campbell (2018), Beyonce (2016), Pharell Williams (2015) dan Rihanna (2014).
Zendaya yang selayaknya dijadikan sebagai ikon fesyen dalam kalangan remaja sebaya atau yang lebih muda daripadanya juga terkenal sebagai seseorang yang tidak takut mengubah imejnya dari semasa ke semasa. Adakalanya, Zendaya akan mengenakan rambut palsu pendek. Dia juga selalu bangga untuk mengekalkan rambut ‘cornrow’ yang sinonim dengan stail wanita berketurunan kulit gelap di Amerika Syarikat.
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Vietnam apabila dia meninggal dunia selepas memicit jerawat dan menggunakan produk sapuan yang tidak disahkan keselamatannya.
Jerawat Dipicit, Bakteria Menyusup Masuk
Menurut kenyataan Hospital Nasional Penyakit Tropika Vietnam, remaja berkenaan mengalami kejutan septik (sepsis) akibat bakteria Staphylococcus aureus yang memasuki tubuh melalui luka jerawat yang meradang di wajahnya. Bakteria ini merebak dengan pantas dalam badan, merosakkan otak dan paru-paru mangsa.
Walaupun menerima rawatan intensif termasuk alat bantuan pernafasan dan penapisan darah, remaja itu tidak menunjukkan tindak balas positif dan akhirnya disahkan meninggal dunia.
Bahaya Picit Jerawat Tanpa Ilmu
Seorang pakar dermatologi dari hospital tersebut menjelaskan, memicit jerawat dengan tangan yang tidak bersih boleh merosakkan lapisan kulit, membuka ruang kepada bakteria berbahaya menembusi kulit dan masuk ke dalam sistem badan.
“Jika tidak dirawat segera, ia boleh menyebabkan jangkitan serius seperti selulitis atau sepsis yang mengancam nyawa,” katanya.
Beliau turut mengingatkan remaja supaya tidak sewenang-wenangnya memicit jerawat sendiri di rumah. Sekiranya perlu, dapatkan rawatan daripada pusat perubatan atau klinik pakar kulit yang bertauliah.
Elakkan Produk Tidak Sah, Bahaya Tidak Terduga
Kes ini turut dikaitkan dengan penggunaan produk sapuan yang tidak diketahui kandungan serta tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ramai remaja mudah terpengaruh dengan iklan di media sosial, produk murah tanpa memikirkan kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan.
Selain itu, pakar menasihatkan agar:
✅ Menjaga kebersihan diri, cuci tangan sebelum menyentuh wajah ✅ Tidak menggunakan produk rawatan jerawat atau pemutih kulit yang tidak diketahui asal-usulnya ✅ Memilih produk kosmetik yang non-komedogenik (tidak menyumbat liang pori) ✅ Sentiasa membersihkan wajah dengan sempurna terutamanya selepas memakai solekan
Remaja, Sayangi Diri Sendiri
Kes di Vietnam ini menjadi pengajaran besar buat kita semua. Niat mahu cantik itu tidak salah, tetapi jangan sampai mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan.
Kesihatan kulit memerlukan kesabaran, penjagaan yang betul dan produk yang selamat. Jangan tertipu dengan janji manis ‘kulit flawless dalam masa singkat’ yang boleh membawa risiko besar kepada diri sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!