Edisi kelima Miss Universe Laos telah pun melabuhkan tirai pada Sabtu lalu menyaksikan Payengxa Lor dinobat sebagai pemenang.
Seiring kemenangannya itu, dia mendapat mandat untuk mewakili negara itu ke pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung Januari tahun hadapan bertempat di New Orleans, Amerika Syarikat.
Gadis berusia 21 tahun ini cukan calang-calang orangnya. Di merupakan pelajar jurusan pengurusan perniagaan di Kolej Lao-American dan dalam masa yang sama bergelar seorang guru bahasa Inggeris.
Selain itu, wanita cantik ini merupakan seorang pengasas bersama sebuah pertubuhan bukan berdasarkan keuntungan yang dikenali sebagai Hmong Women Network. Pertubuhan tersebut merupakan satu platform untuk memperkasakan wanita.
Ads
Setelah memenangi mahkota Miss Universe Laos, Lor mendedikasikan kemenangannya di Instagram. Dia menyatakan bahawa kemenangannya merupakan satu langkah pertama dan masih ada langkah seterusnya yang harus di lalui.
Dia juga berterima kasih kepada keluarga dan sahabat handai yang telah memberikan sokongan sejak permulaannya menyertai pertandingan itu.
Selain Payenxa, Phaimany Lathsabanthao dan Lattana Munvilay telah diumumkan sebagai naib juara dan pemenang tempat ketiga, manakala Soudthida Bounluetai dan Souphaphone Houngheuang menamatkan saingan sebagai 5 finalis terbaik.
Ads
Laos mula menghantar wakil ke Miss Universe pada 2017, setakat ini tiada lagi wakil negara itu berjaya menembusi jajaran semifinalis. Namun pada tahun 2018 menerusi wakilan On-anong Homsombath, Laos telah memenangi kategori Kostum Nasional terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim luruh sudah tiba dan ramai perempuan semakin ‘menggilakan’ konsep Newtro.
But first off all, apa itu Newtro?
Korea Selatan merupakan negara Asia yang semakin mendapat perhatian dunia kecantikan. Banyak trend baharu yang popular wujud dari Korea Selatan disebabkan oleh pengaruh industri hiburan mereka yang sentiasa berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
Apa sahaja yang digayakan oleh selebriti K-Drama mahupun K-pop akan menjadi ikutan remaja di sana.
Jika pada tahun-tahun lalu, solekan dewy skin dan glass skin menjadi cukup popular di Korea Selatan sebelum ia ‘menyerang’ pentas-pentas fesyen di seluruh dunia. Ramai betul yang cuba meniru semula solekan effortless ini!
Kini dengan ketibaan musim luruh dan musim sejuk di Korea Selatan, satu lagi trend solekan yang semakin popular adalah ‘Newtro’.
Jennie dari Blackpink.
Newtro yang merupakan campuran perkataan new dan retro adalah trend solekan yang REMAJA rasakan malar segar. Dunia nyanyian dan lakonan sendiri semakin banyak mengambil elemen retro 70-an, 80-an dan 90-an dalam karya masing-masing sepanjang tahun 2020.
Hint: Dua Lipa, Lana Del Rey, siri korea Hotel del Luna.. familiar?
Lalu, dunia solekan juga menerima tempiasnya dan innisfree, jenama solekan serta penjagaan diri dari Korea Selatan tidak mahu ketinggalan.
Twice.
Koleksi terhad innisfree Vintage Filter Edition yang diperkenalkan oleh innisfree pada bulan Oktober ini memberikan mood yang sama dengan filter vintaj yang korang selalu gunakan di Instagram Story.
Mesti korang sendiri pernah menggunakan filter seperti ini kan?
Itzy.
Nah, korang boleh mencipta semula efek ‘vintaj’ tersebut ke realiti sebenar menggunakan innisfree Vintage Filter Edition.
Walaupun ia berkonsep Newtro, produk-produk dalam koleksi ini sebenarnya akan membuatkan seri wajah korang kekal neutral dan mudah digayakan untuk daylook.
Ini adalah 5 produk innisfree Vintage Filter Edition yang REMAJA rasakan wajib untuk korang miliki.
01
Vintage Filter Eyeshadow Palette
Kotak pakejnya pun dah menggambarkan warna-warna Newtro!
Palet pembayang mata ini mempunyai 10 warna gabungan dan bertekstur matte, shimmer dan glitter. Ia mempunyai tekstur berserbuk yang memudahkan korang untuk blend in beberapa warna bagi mendapatkan efek Newtro. RM120
02
Vintage Filter Blusher Palette
Seriously this is a must-have, tak kiralah sama ada korang inginkan solekan Newtro atau tidak.
Vintage Filter Blusher Palette ini memberikan rona yang sempurna bagi perempuan Asia berkulit kuning langsat dan sawo matang. Ronanya lembut, tidak terlalu terang – sesuailah untuk menaikkan seri Newtro ala filter Instagram kegemaran korang tu.. RM70
03
Smudge Blur Lipstick
Bagi konsep solekan Newtro, satu tip bagi korang yang enggan mempunyai bibir merah menyala adalah dengan memilih warna lembut dengan tekstur lipstik ‘velvety’. Ia tidak terlalu ‘shocking’, tidak pula terlalu pucat. It is right there in the middle.
Smudge Blur Lipstick ini membolehkan korang mendapatkan efek itu. Ia mempunyai tekstur yang cantik dicalit and it is okay if you smudge your lips a little.
Ia akan memberikan bibir korang efek seakan filter. RM38
04
Filter Lighter Trio
Solekan Newtro sangat sinonim dengan shimmer dan glitter. Jika bukan pada bibir, mata ataupun pipi korang akan mempunyai elemen shimmer.
Itu yang membuatkan REMAJA gemarkan highlighter yang mempunyai jenis shades untuk tujuan berbeza iaitu Skin Lighting untuk natural look, Volume Lighting untuk menaikkan lagi impak bentuk wajah dan Vintage Lighting bagi look klasik. RM65
05
Vintage Filter Color Cara
Berlainan dengan maskara yang pernah korang miliki, Vintage Filter Color Cara stays true to its vintage identity apabila ia didatangkan dengan warna rosy-brown, bukannya hitam seperti kebiasaan. Waterproof – checked. Tiada isu clumping dan flaking – checked.
Malah REMAJA juga gemarkan bentuk berus maskaranya yang mudah untuk digunakan sama ada pada bulu mata panjang ataupun pendek. RM56
*
There you go girls!
Jangan ketinggalan trend Newtro ini dengan mencuba 5 produk pilihan REMAJA daripada innisfree Vintage Filter Edition ini.
Ingat, solekan retro bukan hanya untuk solekan mampan je tau. Korang masih boleh kelihatan retro – oops – newtro chic dengan solekan neutral.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taylor Swift mungkin tidak berjalan di karpet merah acara American Music Awards 2022 yang berlangsung pada hari ini.
Bagaimanapun, penyanyi yang baru muncul dengan album Midnights itu nyata tidak mengecewakan apabila melakukan penampilan mengejut semasa menerima trofi bagi kategori Album Pop Kegemaran dengan mengenakan jumpsuit keemasan.
Taylor, 32 yang masih dalam tempoh promosi bagi single terbarunya, Bejeweled daripada album Midnights dilihat terus-menerus mengenakan busana mengilau di beberapa acara kebelakangan ini termasuklah di MTV Europe’s Music Awards 2022.
Menurut Swifties, ia adalah sebahagian daripada promosi kepada video muzik Bejeweled yang menampilkan Taylor dalam look serba retro.
Begitupun, jumpsuit rekaan The Blonds yang disarungkannya pada hari ini mempunyai makna yang lebih mendalam daripada sekadar tujuan promosi. Ia merupakan cara Taylor melakukan tribute kepada busana rekaan Reem Acra yang pernah dipakainya di acara anugerah yang sama, 11 tahun lalu.
Taylor bekerjasama dengan penata gaya, Joseph Cassell Falconer dan memilih mood serba glamor pada kali ini. Ia termasuklah aksesori cincin emas daripada Delfna Delettrez dan Anita Co dan gelang berlian serta anting-anting berbentuk pedang daripada Vram.
Taylor dirias ringkas dengan gincu ‘signature merah dan membiarkan rambut perangnya dialun effortless ke tepi bahu.
Selain kategori Album Pop Kegemaran bagi album Red (Taylor’s Version), Taylor juga membawa pulang beberapa trofi lain termasuklah untuk kategori Video Muzik Kegemaran, Artis Country Wanita Kegemaran, Album Country Kegemaran dan Artis Tahunan.
“Andalah yang mendorong saya dan oleh itu, lebih banyak muzik saya hasilkan lebih gembira saya jadinya. Saya harus berterima kasih kepada peminat atas kegembiraan saya dan saya sayangi anda lebih daripada yang dapat saya ungkapkan,” ucapnya.
Dalam pada itu, tahun 2022 nyata membawa makna buat Taylor yang telah mencapai pelbagai bentuk kejayaan termasuklah menerima gelaran Doktor Falsafah daripada Universiti New York.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fesyen secara amnya merupakan satu permainan ‘love-hate’ di antara pemakai dan pemerhati. Dalam landasan fesyen tempatan mahupun antarabangsa, kita tidak boleh menganggap semua orang akan menggemari atau boleh menerima gaya yang kita peragakan.
Dalam dunia fesyen masa kini, kuasa digital tidak boleh diperlekehkan. Apa saja yang diperkenalkan pasti akan menjadi perbualan warga maya dan respon yang diterima daripada mereka boleh berbaur positif mahupun negatif.
REMAJA percaya ramai berpendapat apa jua jenis publisiti – baik yang positif atau negatif – adalah publisiti yang baik untuk mempromosikan sesebuah jenama fesyen ataupun produk kepada orang ramai. Namun tidak semua jenama mempunyai ‘hati kental’ untuk berdepan dengan publisiti negatif; tidak semua jenama fesyen boleh menjadi sekuat jenama fesyen tempatan, Behati.
Baru-baru ini, Behati dan pengasas, Kel Wen kembali menjadi topik kontroversi dalam kalangan warga maya setelah koleksi yang diperagakannya sempena acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 telah ditempelak oleh ramai pihak disebabkan penggunaan identiti kebudayaan sehingga timbul isu ‘mencedok budaya’ atau cultural appropriation.
Di antara poin yang ‘mencucuk’ sensitiviti warga maya sewaktu pertunjukan fesyen Behati tempoh hari adalah penggunaan Songkok oleh Kel Wen yang memakai celana pendek tanpa baju dan kot labuh.
Setelah menerima tempias negatif oleh warga maya, Kel Wen berpendapat pemakaian songkok olehnya di KLFW hanyalah simbolik kepada penerimaannya terhadap budaya serta agama Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia; mengikut gaya hidupnya.
“Apabila saya membaca komen-komen anda, secara seriusnya, saya tiada niat untuk memperlekehkan mana-mana agama. (Agama) Islam ialah agama yang cantik dan (apabila saya) membesar bersama masyarakat Muslim di Malaysia, (saya) secara semulajadi mudah mendapat pengaruh dalam karya seni serta stail saya.
“Pesanan ini adalah untuk haters yang tidak melakukan kajian mereka. Anda tidak perlu menerima (gaya dan idea saya) kerana stail ini masih belum biasa dalam fesyen lelaki tempatan.
“Tetapi tolong jaga mulut anda jika mahu dikenali sebagai contoh ‘bersederhana’. Untuk menjadi sederhana bukanlah disebabkan pemakaian tetapi pertuturan,” selar Kel Wen.
Tambahnya lagi, koleksi PERANAKAN yang dipersembahkan di KLFW baru-baru ini menceritakan tentang keindahan perkahwinan campur di antara bangsa berbeza dan busana terakhir yang diperagakan oleh usahawan kontroversi, Dato’ Sri Vida adalah intepretasinya terhadap fesyen campuran budaya.
Empunya badan sudah bersuara, apa pula pendapat korang terhadap pemakaian aksesori tradisional atas tiket untuk berfesyen?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.