Kerisik Recipe Manager bermula dengan satu niat yang sangat sederhana seorang lelaki mahu memudahkan isterinya membaca resipi. Hari ini, aplikasi itu perlahan-lahan berubah menjadi sebuah ‘hub’ resipi influencer yang semakin mendapat perhatian ramai.

Dalam dunia hari ini, resipi bukan lagi tersimpan dalam buku tebal di dapur. Semuanya sudah beralih ke platform seperti Reels, TikTok dan Shorts.

Kita swipe untuk inspirasi, pause untuk tengok sukatan, kemudian rewind semula sebab terlepas langkah. Nampak remeh, tetapi ketika memasak dengan tangan yang basah atau berminyak, proses ulang-alik itu sebenarnya sangat mengganggu.

Dari situlah tercetusnya idea membina Kerisik sebuah aplikasi yang menyusun resipi daripada internet dan media sosial ke dalam bentuk teks yang lebih kemas dan mudah dirujuk.

Bermula Dengan Masalah Kecil Dalam Rumah Tangga

Lelaki Ini Bina Kerisik Untuk Mudahkan Isterinya, Sekarang Jadi ‘Hub’ Resipi Influencer

Kerisik Recipe Manager dibangunkan oleh seorang software developer, Hafizuddin Sharif. Menariknya, beliau sendiri mengakui tujuan asal membina aplikasi ini bukan untuk mengejar populariti atau menjadikannya sebuah startup besar.

Semuanya bermula kerana isterinya kerap menggunakan resipi dalam bentuk video ketika memasak, namun format video memerlukan pengguna pause dan play berulang kali hanya untuk memastikan sukatan bahan atau langkah memasak tepat.

Niatnya cukup ringkas mahu menjadikan resipi lebih mudah dibaca dalam format yang lebih praktikal di dapur.

Penting untuk difahami, aplikasi ini bukan memaparkan video dalam platformnya. Ia tidak memainkan atau menstrim semula kandungan tersebut, sebaliknya menyusun maklumat resipi dalam bentuk nota bertulis lengkap dengan senarai bahan dan langkah demi langkah.

Ads

Dengan cara ini, pengguna tidak perlu lagi menonton keseluruhan video semata-mata untuk mencari satu sukatan atau memastikan turutan langkah yang betul.

Segalanya dipersembahkan dalam paparan yang lebih tersusun dan mesra pengguna.

Alat Bantu, Bukan Pesaing Pencipta Kandungan

Lelaki Ini Bina Kerisik Untuk Mudahkan Isterinya, Sekarang Jadi ‘Hub’ Resipi Influencer

Lelaki Ini Bina Kerisik Untuk Mudahkan Isterinya, Sekarang Jadi ‘Hub’ Resipi Influencer

Daripada satu masalah kecil dalam rumah tangga, lahirlah satu solusi yang rupa-rupanya relevan untuk ramai orang lain.

Ads

Untuk mak-mak bekerja, pelajar atau sesiapa sahaja yang memasak dalam keadaan tergesa-gesa, fungsi ini sangat membantu.

Video masih penting untuk memahami teknik dan visual masakan, namun ketika proses memasak sedang berlangsung, teks selalunya lebih efisien dan praktikal.

Setakat ini, majoriti respon netizen terhadap aplikasi ini cenderung positif. Ramai melihatnya sebagai alat bantu, bukan pesaing kepada pencipta kandungan asal.

Malah ada yang berpendapat aplikasi seperti ini boleh membantu meningkatkan discoverability resipi dan secara tidak langsung membawa trafik kepada pencipta asal. Sejak mula disebut di Threads dan media sosial, semakin ramai pengguna mula mencari Kerisik di App Store dan Play Store.

Lelaki Ini Bina Kerisik Untuk Mudahkan Isterinya, Sekarang Jadi ‘Hub’ Resipi Influencer

Ads

Apa yang bermula sebagai usaha memudahkan seorang isteri kini berkembang menjadi satu platform yang menghimpunkan pelbagai resipi dalam satu ruang yang lebih teratur.

Ia mencerminkan perubahan cara kita mengonsumsi kandungan hari ini kita suka menonton video untuk mendapatkan inspirasi, tetapi tetap memerlukan teks untuk memastikan praktikaliti.

Sama ada aplikasi ini akan terus berkembang atau kekal sebagai niche tool, satu perkara jelas, ia membuka perbincangan tentang bagaimana kandungan digital boleh diolah semula untuk memenuhi keperluan pengguna dengan lebih efektif.

Sumber : Thread mya_dahari, sharippu_

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads