Susulan titipan pesanan yang berbaur kontroversi mengenai ‘melancong untuk melihat dunia atau dunia melihat anda’, bekas peserta Dewi Remaja popular, Noor Neelofa meminta warganet supaya hentikan salah faham mahupun mengapi-apikan kenyataan sedemikian sebagai satu bentuk sindiran kepada individu yang melancong ke luar negara yang gemar berkongsi momen percutian di media sosial.
Menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik menerusi InstaStory miliknya, bekas pengacara program terkenal MeleTop itu meminta warganet dan para media agar tidak memutarbelitkan keadaan dengan andaian sendiri sehingga melibatkan nama selebriti lain.
“Saya baru perasan ada segelintir salah faham tentang apa yang sayd ingin sampaikan dan ada juga media menulis artikel sehingga cuba memasukkan kefahaman berbeza.
“Kepada media, jangan putar belit apa yang saya cakap sehingga menyebabkan ramai orang fitnah dan salah sangka. Buat orang yang mengapi-apikan, berhentilah. Saya tiada niat untuk tujukan kepada sesiapa,” tuturnya.
Ads
Selain itu, isteri kepada pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail itu turut menjelaskan, dia hanya berkongsi pandangan tentang sikap sesetengah orang yang pergi melancong semata-mata untuk dijadikan kandungan dalam media sosial.
“Bukan saya melarang untuk berkongsi dalam media sosial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media sosial sahaja.
Ads
“Ada yang sehingga buat persediaan dari sini semata-mata untuk buat kandungan serta media sosial. Malah, ada yang merakam momen percutian mereka semata-mata untuk kandungan dalam media sosial, sedangkan pada ketika itu, dia diberi peluang berseronok dan mencipta kenangan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pengacara Next To Neelofa itu sempat mengingatkan supaya warganet tidak tersalah tafsir dengan apa yang dikongsikan, selain kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Ads
“Ada beberapa situasi berbeza contohnya ada orang pergi atas rezeki dan ada yang pergi atas tuntutan kerja. Contohnya yang pergi melancong sendiri itu jangan salah faham. Tolonglah buat video dan ambil gambar banyak-banyak untuk kongsikan.
“Saya juga akan buat perkara sama seperti memuat naik dalam media sosial tetapi sebagai seorang yang banyak kali diberi peluang melancong dulu, perkara yang saya ingin ubah adalah lebin menikmati atau menghargai momen tersebut,” kata usahawan itu.
Terdahulu, ramai yang mengaitkan Neelofa mengenai perkongsian momen-momen percutian selebriti dan usahawan, Fazura bersama keluarga kecilnya yang baru pulang dari Amsterdam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khai Bahar sendiri tidak menyangka impiannya untuk beraksi untuk konsertnya sendiri di Istana Budaya bakal menjadi kenyataan pada bulan Mac ini.
Dengan kerjasama Fauziah Ahmad Daud dan dianjurkan oleh Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, acara yang dinamakan Konsert Khai Bahar ‘Dari Smule ke Pentas DUnia’ bakal menjadi acara terbesar yang pernah disertai oleh Khai selain daripada beberapa lagi acara berprestij lain seperti Anugerah Juara Lagu.
Bermula semalam, peminat sudah boleh mendapatkan tiket seperti yang tertera di poster. Bermula dari harga RM86 hinggalah ke RM446, tiker termahal yang dijual pula adalah untuk tempat duduk ‘Gold Seat’ yang dijual pada harga RM556.
Menariknya, percaya atau tidak, tiket Gold Seat tersebut telahpun diumumkan habis terjual!
Menerusi akaun Instagram rasmi @konsertkhaibahar, pihak penganjur turut memberitahu bahawa mereka akan menyediakan peluang kepada pemegang tiket RM466 untuk menyertai sesi Meet & Greet yang dianjurkan.
Sementara itu, pemegang tiket Gold Seat pula akan menerima hadiah istimewa daripada Khai Bahar.
*
Hebat eh penangan Khai Bahar walaupun di atas kertas nyata lebih junior berbanding penyanyi lain yang pernah menjayakan konsert di Istana Budaya sebelum ini.
Menurut Khai sendiri pada sidang media yang diadakan semalam, dia enggan terlalu memikirkan soal ‘layak atau tidak’ untuk mengadakan konsert di lokasi berprestij itu.
“Mana-mana penyanyi akan mempunyai angan-angan untuk mengadakan konsert di Istana Budaya, begitu juga saya. Sesiapa saja berhak untuk mengadakan persembahan di sini.
“Saya sedar masih baru dalam industri dan saya anggap pengalaman ini sebagai cabaran besar yang ingin saya sahut. Ini kerana peluang seperti ini tak selalu datang,” kata penyanyi berusia 26 tahun itu.
Bagi korang yang ingin merebut tiket Konsert Khai Bahar ‘Dari Smule ke Pentas Dunia’ pada 27 dan 28 Mac kelak, korang boleh mendapatkan tiket di airasiaredtix.com.
Baru-baru ini, pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan aktor Syazwan Zulkifly yang pernah dikatakan sedang berkawan rapat itu tidak lebih dari sekadar rakan biasa.
Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi (34) berkata, dia juga memilih untuk tidak lagi saling mengikuti Syazwan di media sosial selepas mengetahui status aktor berkenaan.
“Kami pernah rapat tapi ia tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya tapi kami masih berkawan dan lepak bersama”
Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas rasa terganggu dengan aktor berkenaan yang sentiasa mahu mendekatinya. Fify turut menjelaskan lagi bahawa dia lebih selesa berkawan dengan seseorang yang berterus terang mengenai status dirinya.
“Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba saya. Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah”
Dalam pada itu, Fify berkata dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup malah akan memeriksa latar belakang mereka terlebih dahulu.
Jelasnya, ini merupakan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan bekas kekasihnya tidak pernah berkelakuan seperti ini.
“Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik. Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa”
Ujarnya lagi, dia tidak pernah serik untuk memulakan suatu hubungan baharu namun ketika ini Fify masih sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon.
“Saya tak pernah tutup pintu hati cuma buat masa sekarang tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta. Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fify muncul dengan sebuah naskah baharu berjudul Padu The Movie sebuah filem yang bakal ditayangkan 6 Jun ini. Kisah ini diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi berita gembira buat penyanyi kesayangan ramai dan juga rakyat Malaysia.
Buat kali pertama dalam sejarah industri muzik tanah air, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal terpahat di Walk Of Fame berkenaan sebaris dengan selebriti dan pengkarya tersohor dunia lain.
Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan nama Tokti sempat berkongsi berita kegembiraan ini di laman Instagram miliknya, beliau memuat naik sebuah posting mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat-peminat yang sentiasa ada ketika waktu susah dan senang.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Untuk info, tahun ini Adelaide Festival Centre Walk of Fame di Australia bakal memahat tiga nama seniman tersohor sebagai tanda penghargaan atas persembahan terbaik pada tahun 2019.
Pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas Adelaide Festival Centre sejak ia mula dibuka pada tahun 1973.
Rata-rata warga meluahkan rasa gembira dan bangga dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini.
Alhamdulillah, congrats Tokti dari majalah Remaja. Rezeki adik Aafiyah ni…hehe