Setiap pagi merupakan permulaan hidup yang baru, berkat yang baru dan harapan yang baru.
Sebenarnya banyak perkara yang berkaitan dengan amalan sunnah di pagi hari ini. Kita harus bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan olehNYa.
Waktu pagi juga merupakan saat yang tepat untuk memperoleh banyak kemuliaan daripada Allah SWT. Jangan lupakan perkara yang baik dalam menjalani kehidupan ini agar kehidupan kita menjadi lebih bermakna lagi.
Beberapa Amalan Sunnah Di Pagi Hari
Dengan melakukan amalan sunnah di pagi hari, hidup akan menjadi lebih aman dan tenteram. Berikut beberapa amalan di pagi hari yang boleh kita amalkan.
1. Membaca doa bangun tidur
Ads
Dengan membaca doa setelah bangun tidur maka kita akan lebih menghargai kehidupan dalam dunia ini. Sesungguhnya Allah SWT akan selalu membantu umatnya yang menjalankan amalan-amalan baik dengan rutin.
Berikut doanya:
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghidupkan kami setelah Dia mewafatkan kami, dan kepadaNya kami dibangkitkan.”(HR.Al-Bukhari)
2. Mengusap wajah
Mengusapkan tangan di bahagian wajah. Hal ini tentu sangat baik untuk dilakukan kerana ia menggambarkan kebersiha, di mana setelah tertidur maka manusia akan menjalani kehidupan kembali. Oleh kerana itu, alangkah baiknya untuk lebih memaknai hidup dengan bersyukur kepada Allah SWT dengan cara membaca doa dan mengusapkan tangan ke bahagian wajah.
Ads
3. Menggosok gigi di pagi hari
Menggosok gigi lebih dikenali dengan bersugi untuk membersihkan kotoran di bahagian mulut. Islam sememangnya sangat menitikberatkan soal kebersihanan. Dengan menggosok gigi maka kesihatan akan lebih baik selain dapat menghindari daripada penyakit. Oleh kerana itu, langkah yang terbaik ialah dengan menggosok gigi di pagi hari.
4. Melakukan instintsar (memasukkan air dalam hidung)
Instintsar ialah menyedut air melalui hidung dan kemudian mengeluarkannya kembali. Kesucian dalam diri seseorang tentu sangat penting untuk menunjang kesihatannya. Umat manusia tentu harus menjalankan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan ini. Instinstar sendiri merupakan salah satu langkah wuduk yang dilakukan setelah berkumur-kumur.
Rasulullah SAW bersabda:
Ads
“Apabila seorang di antara dari kalian bangun tidur, maka alangkah baiknya untuk beristinstsar tiga kali. Kerana sesungguhnya syaitan bermalam di hujung rongga hidung”(Muttafaq’allaih)
5. Berdoa dan berzikir
Pagi hari merupakan waktu yang paling baik untuk mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT. Salah satu cara untuk memperbaiki kualiti diri ialah dengan berdoa dan berzikir pada pagi hari. Bagi mereka yang berdoa pagi hari tentu akan mendapatkan keistimewaan dalam menjalani kehidupan. Mereka akan selalu diberikan kelancaran dalam rezekinya serta dimudahkan akan urusannya oleh Allah SWT. Sesuatu yang baik akan menghasilkan hasil yang baik pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah nama perempuan, tak akan pernah cukup hijab yang dah ada dekat rumah tu. Asal keluar shopping je mesti bawa balik sehelai dua yang baru.
Sudahnya, habis bersepah-sepah dalam bilik kalau tak disusun dengan baik. Ramai juga yang mengeluh dan masih mencari jalan macam mana nak menyimpan koleksi hijab yang bertimbun tu dengan rapi.
Nah, jangan pening-pening lagi sebab kami nak kongsi kan dengan korang beberapa idea untuk mencipta rak penyangkut hijab. Lepas ni dah tak sakit mata nak tengok hijab bersepah dalam bilik lagi.
1. Paling mudah dan ringkas, gunakan rel tuala atau rod besi secara bertingkat. Lebih banyak hijab digantung dengan kemas.
2. Paip PVC dekat rumah tu jangan dibuang. Cipta satu ruang kreatif seperti dalam gambar untuk menyimpan hijab dengan susunan rapi. Tak guna kos yang tinggi pun uolls.
3. Kalau korang kreatif, lakukan DIY penyepit baju yang digam pada permukaan papan kayu untuk dijadikan sebagai penyangkut hijab. Pastikan guna gam yang kuat untuk digantung pada bahagian belakang pintu bilik.
4. Rak kasut pun boleh dijadikan sebagai tempat untuk menggantung hijab. Jangan pernah had kan daya kreativiti korang ok?
5. Kalau dapat rak yang macam ni pun ok juga kan? Kemas dan tersusun.
6. Untuk lebih stail dan bergaya, tangga kayu juga menjadi salah satu kaedah penyimpanan hijab yang menarik.
7. Kalau nak rak macam ni, cari saja di kedai-kedai perabot yang berdekatan. Pasti ada yang sesuai!
8. Nak simpan hijab dalam almari dengan kuantiti yang banyak? Boleh saja. Gunakan penyangkut langsir dan hanger seperti dalam gambar.
9. 2 in 1. Plastik penstoran kasut juga boleh korang jadikan sebagai tempat menyimpan hijab.
10. Mesti ramai yang kenal dengan penyangkut hijab ni kan. Ini merupakan kaedah paling mudah untuk korang dapatkannya.
Rasanya dah cukup banyak juga tip yang diberikan ini. Semoga bermanfaat dan bolehlah korang shopping banyak lagi nanti sebab dah tak ada masalah macam mana nak kemaskan tudung tu lagi kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 1950-an dan 1960-an, Robert Choe Kim Chwee baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi Selasa di Hospital Melaka pada usia 85 tahun.
Persatuan Bola Sepak Melaka (Melaka FA) dalam satu kenyataan memaklumkan pemergian legenda bola sepak negara itu merupakan satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air.
“Salam takziah kepada keluarga mendiang Robert Choe dan sumbangannya dalam sukan ini tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan itu.
Sebagai penyerang utama skuad negara ketika itu, beliau digeruni pihak lawan kerana kehebatannya menjaringkan gol ‘bicycle kick’, tandukan dan kelincahan beraksi meskipun bertubuh kecil.
Dalam pada itu, zaman kegemilangan mendiang bersama pasukan kebangsaan diwarnai kemenangan Pestabola Merdeka tiga kali berturut-turut iaitu pada 1958, 1959 dan 1960 selain merangkul pingat gangsa di Sukan Asia 1962.
Beliau bersara sebagai pemain pada 1966 selepas Sukan Asia kelima yang menjadi kejohanan terakhirnya sebelum menceburi bidang kejurulatihan termasuk pernah memegang peranan sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka.
Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menyampaikan salam takziah kepada keluarga mendiang menerusi laman Facebooknya.
“Pada 2023, saya bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) berkesempatan menziarahi beliau di kediamannya di Ujong Pasir untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.
“Pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat dunia sukan tanah air dan semoga keluarga mendiang diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini…terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan,” katanya.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Kuih dan muih beraneka macam, Makanlah jangan hanya di pandang’
Begitulah bait-bait lirik yang sering dinyanyikan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Maklumlah sudah menajdi tradisi buat sekian lama bagi orang Melayu untuk menghidangkan barisan kuih raya yang pelbagai buat tetamu yang datang beraya.
Namun dalam puluhan aneka kuih raya, ada beberapa jenis kuih yang pasti menjadi kegemaran ataupun dalam kata mudah, laku keras.
Almond London merupakan antara kuih raya yang paling digemari rakyat Malaysia. Badam panggang yang dibalut dengan adunan doh susu mentega dan kemudiannya disalut dengan coklat yang lazat pasti menjadi tarikan setiap lapisan umur.
Namun, persoalan mengenai asal usul kuih ikonik ini sering diperdebatkan terutama jika kita lihat pada namanya; Almond London. Majoriti menganggap kuih ini berasal dari bandar London yang terletak di United Kingdom dek kerana namanya.
Ada juga yang berandaian bahawa nama itu dipilih kerana dua perkataan itu mempunya hujung rima yang sama. Maka, ianya senang untuk disebut dan mudah untuk dikomersialkan. Almond – London!
Bahkan ada yang beranggapan bahawa nama itu merupakan gabungan tiga perkataan iaitu Almond Land On. ‘Land On’ tersebut merujuk kepada racikan kacang badam yang ditabur (mendarat) di atas atas biskut itu. Kerana sering disebut maka nama kuih itu lebih dikenali sebagai Almond London.
Jadi betul ke kuih Almond London ini berasal dari London?
Malangnya sehingga kini tiada satu sumber sahih yang dapat membuktikan dari mana lahir idea resipi kuih badam ini. Pencipta sebenar kuih tersebut juga tidak dapat dikenalpasti. Sekadar apa yang kita tahu, kuih ini mula popular pada awal tahun 2001 dan kekal sehingga kini.
Antara desas desus yang paling kuat mengatakan bahawa kuih ini berkemungkinan dihasilkan oleh seorang pakar pastri yang berasal dari Eropah. Dikatakan beliau telah menetap di Malaysia pada abad ke‐20.
Maka, ada kemungkinan bahawa individu ini yang mencipta resipi kuih kegemaran rakyat Malaysia ini. Namun ini hanya spekulasi sehingga sekarang.
Apa-apa pun, kuih Almond London kekal sebagai kuih yang tidak jemu dinikmati oleh rakyat Malaysia. Semoga ianya kekal hingga ke generasi yang akan datang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Che Nom, Dari Dapur, MM2H
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Good Boys Go To Heaven ialah siri terbaru daripada Astro Originals yang sarat emosi dan misteri, mengangkat kisah kehilangan kanak-kanak, trauma komuniti serta isu kesihatan mental bermula 8 Mei di Astro One dan sooka.