55 orang pelajar dari Malaysia telahpun menerima tajaan biasiswa daripada Kementerian Pendidikan Taiwan (MOE) semalam bagi pengajian bermula tahun 2022.
Daripada jumlah tersebut, 39 pelajar merupakan penerima Biasiswa MOE Taiwan untuk mengikuti program ijazah di Taiwan manakala 16 orang pelajar lain menjadi penerima Biasiswa Huayu Enrichment untuk mempelajari Bahasa Mandarin di universiti-universiti di sekitar Taiwan.
Lebih membanggakan apabila tiga orang pelajar mendapat tajaan Biasiswa Dana Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa Taiwan (ICDF). Dua pelajar lain ditawarkan biasiswa oleh Universiti Nasional Cheng Kung.
Kesemua biasiswa yang dianugerahkan kepada penerima telah disampaikan oleh Anne Hung, wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei yang bertapak di Malaysia.
Untuk pengetahuan, MOE Taiwan mula menawarkan Biasiswa Taiwan dan Biasiswa Huayu Enrichment ini sejak tahun 2004 lagi kepada pelajar-pelajar di Malaysia yang cemerlang bagi mereka melanjutkan pelajaran atau mempelajari bahasa Mandari di Taiwan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Anne berkongsi bahawa bilangan pelajar Malaysia di Taiwan telahpun meningkat hampir dua kali ganda. Sebagai contoh pada tahun 2011, hanya sekitar 7,500 pelajar sahaja yang memilih Taiwan untuk melanjutkan pelajaran namun memasuki tahun 2021, sudah 13,000 pelajar Malaysia yang berada di sana.
Menariknya, ramai juga pelajar bukan berbangsa Cina yang memilih Taiwan tau!
“Semakin ramai pemohon cemerlang bersaing untuk mendapatkan biasiswa ini. Kami juga berbesar hati kerana semakin ramai pelajar bukan Cina dari Malaysia menyedari bahawa Taiwan ialah destinasi ideal untuk mereka melanjutkan pelajaran,” katanya.
Ads
Tambah Anne, 15 daripada 55 orang penerima biasiswa pada tahun ini merupakan pelajar berbangsa Melayu dan tidak mustahil jika jumlah tersebut akan bertambah mengikut tahun selepas ini.
Ini memandangkan insitusi universiti dan kolej di Taiwan kini sedang mengadaptasi pendekatan mesra-umat Islam serta meningkatkan bilangan kursus pengajaran Bahasa Inggeris. Sekaligus, ia membuatkan lebih ramai pelajar antarabangsa berminat mengikuti kursus ijazah sepenuh masa atau mempelajari bahasa Mandarin di Taiwan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini memaklumkan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022 bermula jam 10 pagi.
Setelah penantian kira-kira tiga bulan, para pelajar kini boleh bersiap-sedia untuk menyemak keputusan masing-masing menerusi tiga kaedah.
Pertama, calon boleh ke hadir di sekolah masing-masing bagi mendapatkannya secara fizikal. Kedua, keputusan boleh disemak secara dalam talian menerusi pautan yang akan diberikan. Akhir sekali, calon boleh juga menyemaknya melalui cara khidmat pesanan ringkas atau SMS.
“Apa saja keputusan SPM nanti, terimalah dengan hati yang terbuka, terus bergerak ke hadapan dan lakukan yang terbaik..”
Datuk Dr Radzi Jidin
Untuk pengetahuan, seramai 407,097 calon di seluruh negara telahpun menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac lalu setelah ia ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.
Tinjauan REMAJA di platform Twitter mendapati calon rata-rata merasa terkejut dengan pengumuman tersebut disebabkan faktor tempoh masa kurang 10 hari yang tinggal sebelum tarikh pengumuman keputusan.
@alyarsyaa berkata, “Anxiety saya terus naik. Tiada apa yang saya harapkan melainkan senyuman kedua-dua ibu bapa saya pada hari tersebut.”
Ramai juga yang berpendapat mereka tidak bersedia untuk mengetahui keputusan masing-masing pada tarikh tersebut; apatah lagi cara untuk memberitahu ibu bapa mengenainya.
Bawa bertenang.. ada 9 hari lagi nak berdoa. Hehe..
All the best SPM 2021 candidates!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persisiran pantai di Malaysia sudah sinonim dengan fenomena air pasand dan air surut mengikut waktu. Tatkala air surut, mulalah ternampak bahagian beting pasir yang sebaliknya akan ‘hilang’ dari pandangan sewaktu air pasang terutamanya pada waktu senja.
Jika pada tahun lalu, salah satu lokasi tular adalah Pantai Mek Mas, Kelantan yang tiba-tiba bertukar menjadi lokasi tumpuan pelancong yang ingin mengambil gambar sedang berdiri di bahagian ‘laut terbelah’. Dek kerana kenaikan jumlah pengunjung itu, pihak berkuasa akhirnya mengambil tindakan untuk menutup kawasan tersebut dengan pita amaran atas faktro keselamatan.
Kini, satu lagi lokasi sedang menjadi sebutan sejak musim cuti Tahun Baru Cina pada minggu ini bermula. Fenomena air surut yang berlaku di Pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor, Perak telah membolehkan pengunjung di sana berjalan di atas beting pasir untuk menyeberang ke Pulau Giam yang terletak berhampiran.
Menurut penduduk tempatan di sana, fenomena ini hanya akan berlaku pada bulan Februari pada setiap tahun dan mereka sudahpun terbiasa dengan pertambahan jumlah pengunjung dari dalam dan luar kawasan Pulau Pangkor.
Kebanyakan dari pengunjung di sini mendapat tahu mengenai fenomena tersebut menerusi paparan media sosial. Rata-rata mengambil peluang untuk berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit sebelum mereka tiba di Pulau Giam. Sepanjang perjalanan tersebut, orang ramai akan gian mengambil foto masing-masing umpama berjalan di atas permukaan laut yang terbentang luas.
Lapor Harian Metro, kira-kira 500 orang pengunjung dan penduduk setempat bersilih-ganti berada di sana sepanjang hari bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.15 malam. Namun, penduduk tetap memberi amaran agar tidak mudah leka bergambar sewaktu melalui beting pasir tersebut kerana paras air laut tetap akan pasang terutamanya pada waktu senja.
Silap hari bulan, tak boleh patah balik pulak ke kawasan Pantai Teluk Nipah! Jadi bagi yang merancang untuk ke sini pada bulan Februari ini, sewajarnya korang peka dengan jadual waktu air surut.
REMAJA difahamkan bahawa agensi penyelamat dan usaha serta pihak Bomba turut ditempatkan di kawasan berdekatan untuk memantau orang ramai yang berada di situ.
Keberadaan mereka di sana sekurang-kurangnya boleh mengesyorkan sama ada selamat untuk mereka melintas di beting pasir ataupun terpaksa menaiki bot seperti yang terjadi kepada beberapa pengunjung sewaktu ingin berpatah balik bagi mengelakkan risiko; lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca ribut dan angin kencang yang selalu berlaku sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini terdapat banyak produk kosmetik yang diharamkan penjualannya kerana mengandungi racun berbahaya. Terbaru, perkongsian seorang doktor dilaman sosialnya ini mengejutkan masyarakat.
Manakan tidak, ‘camphor’ atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang selalu kita gunakan sejak dari kecil lagi. Bahan ini berfungsi baik untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema.
Namun, tahu tak sebenarnya produk yang mengandungi kapur barus ini dilaporkan TIDAK SESUAI digunakan untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah.
Selain itu menurut perkongsian dari Public Health Malaysia menunjukkan, produk sebegini boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk si kecil. Bahan dari kapur barus boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik kapur barus sebab ia mudah meresap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).
Antara produk yang mengandungi kapur barus adalah seperti berikut:
Minyak Cap Kapak
2. VapoRub
3. Mentholatum
4. Tiger Balm
5. Salonpas
6. Yoko Yoko
Sumber Foto – FB Public Health Malaysia
7. Minyak Angin Cap Lang
Apa pun produk yang diguna pada anak, biasakan diri untuk baca label. Dah besar baru tahu Camphor tu kapur barus rupanya…huhu