
Pengurusan Kuil Hindu Batu Caves akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
ARTIKEL BERKAITAN: Kuih Kegemaran Ramai! Karipap Duduki Tangga Kelima Pastri Paling Sedap Di Dunia

Pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil itu Tan Sri R. Nadarajah berkata eskalator itu adalah satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti, bersama-sama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.

“Kami berharap kerajaan akan membantu kerana ini akan membolehkan golongan orang kurang upaya dan warga emas yang tidak dapat menaiki tangga, untuk sampai ke kuil utama,” kata Nadarajah pada sidang media bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong hari ini.
Sementara itu Sim berkata Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan program Kesuma MADANI di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lain Negeri Lain Prosedur Solat Aidilfitri, Cer Check Sebelum Ke Masjid Esok

Perlaksanaan solat sunat Aidilfitri pada pagi esok bakal dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Begitupun, setiap negeri didapati mempunyai sedikit perbezaan dalam cara perlaksanaannya mengikut arahan yang dikeluarkan olehh jabatan agama di setiap negeri pada minggu ini.
Jom lihat arahan di negeri korang.
Selangor

Terdahulu, kerajaan negeri Selangor menerusi Jabatan Agama Islam Selangor telahpun mengeluarkan jumlah jemaah yang dibenarkan menghadiri solat sunat Aidilfitri.
Bagaimanapun, setelah pengumuman rasmi Perdana Menteri mengenai perlaksanaan PKP di seluruh negara bermula hari ini, arahan tersebut telah diubah seiring dengan perkembangan baharu itu.
Bagi masjid dan surau yang mempunyai kapasiti biasa melebihi 1000 jemaah, hanya 50 orang jemaah dibenarkan. Bagi yang kapasiti biasanya kurang daripada 1000 jemaah, hanya 20 orang jemaah dibenarkan.
Selain itu, setiap jemaah perllu dipisahkan dengan penjarakan 1.5 meter. Dan setiap baris saf pula perlu diselang satu baris.
Pulau Pinang

Sistem penggiliran akan dilakukan mengikut arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Solat sunat Aidilfitri akan dilakukan dalam tiga sesi berbeza dan kehadiran jemaah ke masjid serta surau dibuat secara giliran.
Sesi pertama bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.15 pagi, sesi kedua; 9.45 pagi hingga 10.30 pagi dan akhir sekali sesi ketiga; 11 pagi hingga 11.45 pagi. Di samping itu, setiap sesi hendaklah diimamkan oleh individu berbeza.
Biarpun ada jarak 30 minit di antara setiap sesi, ia adalah untuk memudahkan proses sanitasi dan bukannya untuk digunakan jemaah bagi beramah mesra di luar kawasan masjid.
Perak

Jumlah maksimum jemaah yang dibenarkan adalah 50 orang di masjid dan surau yang berkapasiti 1000 di seluruh Perak. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) juga menetapkan hanya warganegara lelaki dan berusia 12 tahun ke atas saja yang dibenarkan.
Menariknya, Perak juga membenarkan solat sunat Aidilfitri untuk dilakukan di kawasan lapang dan terbuka (bukan masjid atau surau) tidak melebihi 50 orang jemaah dengan penjarakan fizikal.
Melaka

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di seluruh negeri mengikut kapasiti masjid dan surau. Namun, rakyat diingatkan untuk tidak menambah ruang ekstra solat seperti meletakkan khemah. Selain itu, warga asing tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah esok.
Negeri Sembilan

Kerajaan negeri turut menetapkan jumlah maksimum 50 orang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri esok. Bagi surau pula, hanya seramai 20 orang jemaah dibenarkan.
Negeri Sembilan lebih tegas dari segi syarat had umur apabila hanya lelaki warganegara berusia 15 tahun ke atas dibenarkan menyertai dalam tempoh PKP sekarang.
Perlis

Solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Perlis tidak akan dilakukan di masjid atau surau esok. Sebaliknya, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamullail bertitah agar solat sunat itu dilaksanakan di tanah lapang dengan pengawasan pihak masjid.
Sesi solat akan bermula dari jam 8 pagi. Bagaimanapun, titah Baginda, sekiranya cuaca tidak mengizinkan esok, solat sunat boleh dilakukan dalam masjid mengikut SOP yang ditetapkan.
Orang ramai digalakkan membawa uncang pembungkus kasut bagi menjaga kesucian kawasan selain membawa payung sendiri. Hanya penduduk tetap saja yang dibenarkan.
ARTIKEL BERKAITAN : Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu – REMAJA
BACA LAGI : Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang Tempoh PKP 3.0 – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakah Doa ‘Kebencian’ Untuk Pemimpin Zalim & Bongkak Dibenarkan Agama?

Situasi tegang yang terpaksa dilalui oleh rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini ibarat menyaksikan bom jangka yang mampu meletup pada bila-bila masa.
Episod kekecewaan disusuli episod kedukaan terpaksa dilalui oleh rakyat. Kami punya kesabaran, kami punya keprihatinan. Kami tidak mengharapkan pelangi muncul tanpa hujan di siang hari. Kami tahu kemelut yang dilalui sekarang adalah ujian getir buat semua pihak dan semua orang wajib menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Akan tetapi, kami juga tidak bodoh untuk menganalisa sendiri kelemahan yang dipamerkan oleh sesetengah golongan pemimpin di negara kita.
Adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk sentiasa mengutamakan nasib dan hala tuju rakyat apabila keseluruhan penduduk sesebuah negara itu berdepan isu yang sama.
Ya, musim pandemik mungkin menggugat kestabolan emosi semua. Semua orang sekaran terdesak bagi memastikan kesejahteraan dan kelestarian nyawa diri sendiri dan ahli keluarga terjamin. Itu adalah refleks lumrah. Setiap kali kita diuji, maka terpamerlah keinginan survival sang manusia.
Begitupun, emosi juga adalah cerminan kepada realiti yang sedang rakyat hadapi. Jika tiada angin, masakan pokok mampu bergoyang. Jika tiada isu yang menyentuh nadi amarah rakyat Malaysia, masakan puluhan ribu rakyat mengutarakan ketidakpuas hatian mereka di media sosial pada setiap hari tanpa gagal sehingga tercetusnya tanda pagar – ironically – #KerajaanGagal.

Tambah mengecewakan apabila seorang pemimpin memandang sepi coretan kritikan dari rakyat di media sosial. Ibaratnya anjing menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh.
Tanpa kuasa dan kepentingan kepada pemimpin, kritikan rakyat jauh sekali akan mendatangkan apa-apa kesan.
Apa lagi yang perlu dilakukan oleh rakyat agar suara mereka didengari (dan diambil serius)?

*
*
Kita semakin kekurangan ruang outlet untuk mengadu melainkan kepada Tuhan.
Buat masyarakat beragama Islam, mereka percaya senjata terkuat apabila berdepan dengan golongan zalim adalah doa. Namun, adakah doa berbaur ‘luahan perasaan negatif’ terhadap para pemimpin ini dibenarkan?
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam Hadis Bukhari dan Muslim, maksudnya;
“Takutlah kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada antara doa itu dengan Allah sebarang dinding.” (1)
Tindakan untuk berdoa agar golongan yang menzalami orang lain ini dijauhkan daripada kita juga telah disebut melalui firman Allah SWT dalam surah al-Nisa, ayat 148 yang bermaksud:
“Allah tidak suka berterangan menyebut kejahatan melainkan daripada orang yang dizalimi..” (2)
Jelas Ibnu Abbas menurut Ibnu Kathir, ayat tersebut membawa maksud Allah tidak suka seseorang itu mendoakan keburukan ke atas sesiapa melainkan dia dizalimi. Doa tersebut adalah satu kelonggaran yang diberikanNya.
Al-Sa’di pula pernah berkata bahawa hukum orang yang dizalimi untuk mengadu perihalnya dan menyebut secara terang-terangan kejahatan orang zalim tanpa menambah pembohongan atau berlebih-lebihan mengatasi kadar kezaliman ke atas dirinya adalah harus. (3)
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abdullah bin Amru RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya pemimpin yang adil di sisi Allah nanti akan berada di atas mimbar daripada cahaya, mereka duduk di sebelah kanan Tuhan Yang Maha Pengasih dan sedangkan kedua tangan Allah itu adalah kanan semua orang-orang yang berlaku adil dalam hukum penilaian mereka, adil dalam keluarga dan adil dalam melaksanakan tugas yang dibebankan kepada mereka.” (4)
Betapa mulianya pemimpin yang adil di sisiNya apabila mereka akan ditempatkan di kedudukan yang sangat dekat dengan Allah kelak di akhirat.
*
Akhir kata, penulis percaya rakyat tidak mengharapkan pun seorang pemimpin itu untuk sempurna dalam setiap tindak-tanduknya. Pemimpin juga adalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan.
Namun, kewibawaan seorang pemimpin itu haruslah setanding dengan posisi yang didudukinya itu. Sedangkan kerusi pun boleh terbalik, apatah lagi kedudukan seorang pemimpin yang goyah dek kerana tipisnya integriti.
The foreign correspondent from Phoenix TV China asked a good question about the concerns that there are many Covid-19 patients who are receiving treatment, and at the same time making sure that the victims from the train incident are safe as well. pic.twitter.com/xvqmySMxxV
— Norman Goh (@imnormgoh) May 25, 2021
Pandanglah sensitiviti 37 juta orang rakyat Malaysia yang semakin hari semakin menjauhkan diri daripada punya rasa hormat kepada kalian. Cerminkanlah semula pemilihan kata-kata, kajilah semula bahasa tubuh semasa berucap, perhaluslah strategi yang dicanang.
Mata dan telinga 37 juta orang ini sedang mengikut rapat tindakan kalian selepas ini. Usah celarukan lagi emosi rakyat yang mampu bangkit menentang jika gaya kepimpinan yang sama masih berterusan.
Coretan luahan ini hanyalah pendapat peribadi penulis mewakili suara anak muda. Ia tidak mewakili pendapat keseluruhan pasukan editorial Majalah Remaja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Gaun Pengantin Termahal Di Dunia, Harganya Boleh Beli Sebuah Rumah Mewah!

Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga semestinya mempunyai impian ingin mengenakan busana atau gaun pengantin yang mereka impikan.
Di Hollywood, gaun perkahwinan turut menjadi bualan ramai, tidak kira ia menarik perhatian kerana cantik atau sebaliknya. Selebriti Hollywood juga ghairah bersaing mendapatkan pereka terkemuka dunia bagi memastikan gaun yang disarung di tubuh adalah yang terbaik.
Secara random, ini antara dress pengantin paling mahal of all time...
Serena Williams

Serena Williams memakai gaun Sarah Burton dari Alexander McQueen di hari pernikahannya pada 2017. Walaupun nampak simple, harga gaun pengantinnya dikatakan bernilai US$3.5 juta. Fuh harga…
Kim Kardashian

Gaun putih bersiluet minimalis dari Givenchy menjadi Kim Kardashian ketika bernikah bersama mantan suaminya Kanye West. Gaun perkahwinan yang digayakan wanita jelita itu menjadi topik hangat. dilaporkan, gaun tersebut berharga US$ 500 ribu. Kim bagaikan puteri apabila memakai busana tersebut.
Salma Hayek

Menamatkan zaman bujang bersama bos fesyen Francois-Henri Pinault di Itali pada 2009. Salma Hayek mengenakan busana gaun Balenciaga yang ketika itu masih dibawah arahan fesyen designer Nicolas Ghesquiere.Menurut laporan Brides, harganya mencapai US$ 434 ribu.
Kate Middleton

Gaun pengantin Kate Middleton dibuat oleh Alexander McQueen telah menelan belanja bernilai 250,000 Poundsterling dan dibayar oleh kedua ibu bapa Duchess Of Cambridge itu. Markle dan Harry akan berkahwin 19 Mei ini di Gereja St. George, London.
Catherine Zeta Jones

Ketika bernikah bersama pelakon Micheal Douglas, jelitawan Catherine Zeta Jones menyempurnakan momen bahagianya dengan gaun putih Christian Lacroix berharga US$ 140 ribu.
Vera Wang

Gaun pengantin yang direka oleh pereka fesyen terkemuka Vera Wang ini memang cukup unik dan ‘mewah’. Harganya bernilai US$ 1.5 juta, untuk pengetahuan korang gaun ini dibuat daripada bulu burung merak. Vera Wang memerlukan 2009 bulu burung merak jantan untuk merialisasikan gaun yang wow ini. Angka 2009 itu sesuai dengan tahun pembuatan gaun tersebut.
Victoria Swarovski

Dikenali dengan nama Victoria Swarovski, beliau merupakan pewaris perniagaan kristal yang paling terkenal di dunia itu. Bernikah dengan Werner Muerz , Victoria Swarovski memakai gaun pengantin mewah berharga RM4 Juta. Memetik dari majalah Brides, gaun yang dipakai oleh Victoria dihiasi 500,000 kristal Swarovski dengan berat 100 pound atau sekitar 45 kg. Berat kan?
Gaun sepanjang 26 kaki ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Michael Cinco.
Amal Clooney

Bagi menyempurnakan majlis perkahwinannya bersama suami tercinta, George Clooney pada September 2014, Amal Clooney memilih Oscar de la Renta untuk menghasilkan gaun idamannya yang menelan belanja lebih RM1.5 juta.
Menurut satu laporan media antarabangsa, Amal dan George mahukan majlis perkahwinan yang romantik dan elegan. Oscar menghasilkan gaun perkahwinan istemewa dengan rekaan tanpa bahu dan diserikan dengan renda rona putih gading yang menepati selera pasangan itu.
Nicky Hilton

Majlis perkahwinan Nicky Hilton dan James Rothschild diadakan di Istana Kensington. Pada acara gilang-gemilang itu, Nicky memakai gaun putih rekaan Valention bernilai lebih RM300,000. Menariknya, rekaan ini menggabungkan ciri-ciri moden dan tradisional Inggeris dengan menampilkan dress berkolar tinggi menggunakan kain renda. Kakaknya, Paris Hilton memuat naik gambar Nicky dengan kapsyen “Pengantin paling jelita pernah saya lihat seumur hidup”.
Meghan Markle

Tidak mahu kalah, Menerusi laporan Metro UK, gaun yang dipakai oleh Meghan itu merupakan rekaan rumah fesyen Givenchy.Nampak biasa? Tahukah anda sebenarnya gaun itu mencecah RM2 juta atau 387,000 Poundsterling! Dan menurut pakar fesyen itu hanyalah anggaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

